BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Keretapi Yong Pin Aerotrain Express merupakan satu-satunya keretapi berkelajuan tinggi yang berada di sekitar kawasan Pulau Rintis. Keretapi ini dilihat hanya mempunyai dua orang penumpang dan seorang ahli krew sahaja.

Sejarah

Keretapi ini pertama kali kelihatan dalam Musim 1, Episod 1, apabila BoBoiBoy mendengari nyanyian Wahid pada masa mikrofon itu masih belum ditutup. Lalu Wahid meminta maaf atas kesilapannya dan meminta agar tidak ada yang melaporkan kepada bosnya tentang apa yang berlaku. Lalu, ia tiba di Stesen Keretapi Pulau Rintis dan BoBoiBoy bertemu dengan Tok Aba.

Dalam Musim 1, Episod 13, keretapi ini dilihat lagi apabila BoBoiBoy berjalan memasuki ke dalam keretapi dengan membawa begnya untuk pulang semula ke bandarnya untuk menyambung persekolahan di sana dan pada masa yang sama, Fang berjalan keluar daripada keretapi untuk menetap di Pulau Rintis dan memulakan misinya di sana.

Dalam Musim 2, Episod 1 pula, Yong Pin Aerotrain muncul lagi apabila BoBoiBoy bertemu semula dengan Tok Aba dan Ochobot.

Trivia

  • Nama keretapi ini diambil daripada nama Kee Yong Pin, iaitu pengarah bersama siri ini.
  • Keretapi ini merupakan satu-satunya cara menuju Pulau Rintis dengan kenderaan darat
  • Keretapi ini sangat sepi kerana hanya ada dua orang yang menaikinya
  • Yong Pin Aerotrain merupakan keretapi maglev kerana menggunakan magnet sebagai penggerak

Galeri

Advertisement