BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Ying ialah seorang gadis ceria dan juga merupakan kawan karib kepada Yaya. Mereka sentiasa bersaing dalam setiap aspek tetapi tidak menjejaskan persahabatan mereka. Ying mempunyai kuasa untuk memanipulasi masa dan membolehkannya untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan pantas.

Penerangan

"Ying adalah seorang gadis ceria yang juga seorang teman terbaik untuk Yaya. Mereka sentiasa bersaing dalam setiap aspek tetapi itu tidak menjejaskan persahabatan mereka.

Ying mempunyai kuasa untuk memanipulasi masa dan membuatnya bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam kilat.
"
— Penerangan laman web rasmi BoBoiBoy Galaxy

"Ying adalah gadis yang ceria dan bijak, dan merupakan rakan karib kepada Yaya. Namun begitu, mereka berdua sentiasa bersaing sesama sendiri, terutama sekali dalam peperiksaan. Kuasa Ying merupakan kuasa Manipulasi Kelajuan, membolehkan dia untuk bergerak dalam kelajuan yang tinggi, dan memperlahankan objek mahupun orang hingga hampir tidak bergerak."
— Penerangan laman web rasmi BoBoiBoy Movie 2

Sejarah

BoBoiBoy

Musim 1

Ying ialah kawan baik kepada Yaya. Pada mulanya, Ying adalah seorang yang pemalu, tetapi apabila dia bersin dia akan menjadi seorang yang sangat ceria. Setelah Ying diberikan Jam Kuasa oleh Ochobot, dia mendapat kuasa larian kilat dan dengan kuasa ini, Ying boleh berlari ke serata dunia dalam sekelip mata tanpa berasa penat. Ini juga membuatkan musuh-musuh jahat susah untuk menangkap Ying.

Musim 2

Di Sekolah Rendah Pulau Rintis, Ying merupakan saingan kuat kepada Yaya apabila tiba waktu ujian, membuatkan mereka bersaing untuk mendapatkan nombor pertama. Walau bagaimanapun, mereka tetap saling menghormati antara satu sama lain dan masih mengekalkan persahabatan erat mereka.

BoBoiBoy: The Movie

Ochobot telah diculik oleh pasukan Tengkotak dengan tujuan menggunakannya untuk mencari Klamkabot, sebuah Sfera Kuasa purba dan berkuasa yang menyembunyikan diri di Bumi. Ying bersama kawan-kawannya telah berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia di sebalik misteri Sfera Kuasa.

BoBoiBoy Galaxy

Beberapa ketika setelah peristiwa yang telah berlaku dalam filem, Ying kembali ke Pulau Rintis bersama Yaya selepas pergi melancong. Kemudian mereka dilantik oleh Koko Ci menjadi lans koperal dalam pasukan TAPOPS untuk membantu ahli-ahli lain mencari dan melindungi Power-Power Sphera yang bertaburan di seluruh galaksi, Ying dan yang lain mengembara di galaksi.

BoBoiBoy Movie 2

Atas kejayaan Ying bersama kawan-kawannya menyelamatkan EggaBot, mereka diberikan kelulusan untuk pulang ke Bumi. Apabila di Bumi, mereka menerima mesej kecemasan daripada Komander Koko Ci yang memberikan amaran bahawa Retak'ka telah kembali, dan mengarahkan mereka pergi ke Planet Quabaq.

Kuasa

Serangan
2/5 Profil Galaxy Ying.png
Pertahanan
1/5
Ketangkasan
5/5
Keberanian
3/5
Kelajuan
5/5


Disebabkan Ochobot kehilangan sebahagian daripada ingatannya, kuasa Ying pada mulanya dianggap sebagai larian kilat, tetapi kemudiannya dia mendapat tahu bahawa kuasa dia sebenarnya adalah Kuasa Manipulasi Masa. Dengan kuasa ini, dia boleh membuatkan masa di persekitarannya menjadi perlahan ataupun laju. Ying tidak boleh menggunakan kuasanya dalam jangka masa yang lama dan jamnya akan menunjukkan jangka masa semasa dia menggunakan kuasa perlahankan masa. Dalam siri BoBoiBoy, Ying akan kehilangan kuasanya dan juga keberaniannya apabila dia bersin dan dia perlu bersin semula untuk mendapatkan kuasanya semula sebelum Ying mampu mengatasinya.

Dalam BoBoiBoy: The Movie, Ying telah menerima peningkatan ke tahap kedua bagi kuasanya. Peningkatan kuasa ini membolehkan dia mengulang semula sesuatu peristiwa yang telah lepas. Sebagai contoh, apabila ada rakannya yang berada di dalam kesusahan dan tidak sempat menyelamatkannya, Ying boleh mengulang semula masa sebelum insiden itu berlaku dan Ying boleh memberi amaran awal sebelum perkara itu terjadi. Ying juga boleh menyerang musuhnya berulang-ulang kali semasa menggunakan kuasanya itu.

Tahap 1

BoBoiBoy
  • Larian Laju: Ying menggunakan kuasanya untuk berlari dalam kelajuan normal sambil memperlahankan masa di persekitarannya.
  • Seribu Tendangan Laju/Tendangan Laju/Tendangan Seribu Laju: Ying menyerang musuhnya dengan melompat di atasnya sebanyak seribu kali secara berulang-ulang dan bertubi-tubi.
  • Seribu Lompatan Laju: Ying melompat dengan sangat pantas pada salah satu kepingan dam haji Raksasa Tidur untuk menghancurkannya.
  • Cakaran Laju: Serangan yang digunakan terhadap Raksasa Tidur dengan mencakarnya bersama Yaya.
  • Perlahankan Masa/Kuasa Perlahankan Masa: Kuasa yang digunakan untuk memperlahankan masa.
  • Tulisan Laju: Ying menggunakannya semasa dia menjawab ujian untuk bertulis dengan sangat laju sehingga dapat membakar kertas ujiannya.
  • Kuasa Kelajuan Masa/Kelajuan Masa: Kuasa yang digunakan untuk melajukan pergerakan.
  • Kelajuan Maksima/Kuasa Maksima: Kuasa yang digunakan untuk melajukan proses semua murid 5 Jujur mengemas kelas.
  • Pusingan Laju-laju: Digunakan untuk melancarkan Yaya ke arah musuh dengan kelajuan yang sangat laju.
  • Kayuhan Laju: Menggunakan kekuatan dan kelajuan kakinya membolehkan dia untuk mengayuh sampan dengan laju. Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Bebola Masa: Sebuah sfera besar dihasilkan untuk memperlahankan pergerakan lawan. Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
BoBoiBoy Galaxy
  • Kuasa Slow-Mo: Kelajuan musuh dikurangkan dengan mendadak untuk menyelamatkan dirinya atau kawannya.
  • Larian Laju: Ying berlari sambil menggunakan kuasanya untuk memperlahan persekitaran.
  • Seribu Tendangan Laju: Ying melompat ke arah lawannya sambil menendangnya berkali-kali.
  • Mini Skuter: Sebuah kenderaan istimewa yang diberikan oleh MotoBot yang menyerupai mini skuter.
    • Pecutan Laju: Ying menggunakan kenderaannya untuk memecut dengan pantas.
    • Kuasa Slow-Mo: Dengan mengadaptasi kuasanya dengan kenderaannya, Ying memperlahankan kelajuan di angkasa untuk menyerang Nyamuk Amok.
  • Jawapan Laju: Ying menggunakan kuasa masanya untuk menulis jawapan dengan laju dalam Ujian Kental. Kuasa ini serupa dengan teknik Tulisan Laju dalam siri BoBoiBoy.
  • Potongan Laju: Ying memotong bahan-bahan masakan menggunakan pisau dengan laju dan pantas.
  • Lompatan Laju: Dengan kuasanya, Ying melepasi sungai lava dengan lompatan yang pantas.
  • Tendangan Laju: Teknik tendangan pantas ke arah musuh. Ia merupakan antara kuasa yang sering digunakan, kadang-kadang diserang bersama kuasa Yaya.
  • Pukulan Laju: Ying menggunakan kuasanya untuk menampar bola dengan laju di udara.
  • Simbahan Gayung Laju: Ying berlari dengan pantas untuk mengisi air di dalam gayung dan terus menyimbah ke tubuh badan Roktaroka.
  • Momentum Tendangan Laju: Setelah Yaya mencampakkan batu-batu di hadapan, Ying mengumpulkan kuasanya di kaki lalu menendang batu-batu itu ke arah musuh dengan pantas.
  • Serangan Laju: Ying menyerang musuh dengan kelajuan yang tinggi.
    • Seribu Serangan Laju: Ying menggunakan kuasanya untuk menyerang musuh dengan pantas. Kuasa ini digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy: Kemunculan Lagenda.
  • Seribu Balingan Salji: Ying melontarkan beberapa bola salji terhadap Mawas Ais dalam Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy.
  • Kelajuan Slow-Mo: Ying menyelamatkan Anthony daripada terjun daripada salji longsor dalam Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy.
  • Putaran Laju: Ying memutarkan kayu stik dengan laju untuk menyalakan api dalam Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy.
  • Kelajuan Maksima: Ying membantu Anthony untuk membuat taufan lebih tinggi dan meretakkan ais untuk mendapatkan panel heksagon dalam Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy.
  • Power Sphera ArmoBot
    • Tendangan Supersonik
  • Kuasa Cakap Laju: Ying boleh menggunakan kuasanya untuk bercakap dengan laju. Ia digunakan dalam TGV PSA Ying BoBoiBoy Movie 2.
  • Larian Supersonik
  • Larian Halaju Tinggi
  • Tendangan Super Sonik
  • Kuasa Tulisan Laju
  • Tendangan Somersault Kelajuan Tinggi
  • Kuasa Browsing Laju
  • Kelajuan Rendah
  • Tendangan Ribut
  • Kelajuan Tinggi

Tahap 2

  • Kuasa Ulangan Masa: Setelah mendapat tingkatan kuasa daripada Ochobot, Ying mampu mengundurkan masa ke belakang dan apabila musuh diserang dan Ying menggunakan kebolehannya. Kuasa Ying juga mempengaruhi masa dunia sebenar walaupun dia menggunakan kebolehannya berulang-ulang kali tetapi tidak akan mengubah masa sebenar.

Kuasa Kombo

  • Serangan Kombo Y & Y: Serangan kombo yang dilakukan bersama Ying yang dimulakan dengan Kuasa Graviti Pemberat ke atas tanah sambil Ying menggunakan Larian Laju pada pusat kuasa Yaya untuk mengumpulkan tenaga, kemudian Yaya melepaskan Ying dengan Serangan Kombo Laju dan Padu, kemudian diakhiri dengan Ying menerjah musuh berulang-ulang kali. Dalam Musim 3, Episod 22, kombo ini digunakan lagi dengan dimulakan oleh Ying yang memusingkan Yaya dengan Pusingan Laju-laju yang melancarkan Yaya ke arah musuh dengan kelajuan yang sangat laju, diikuti oleh Yaya menumbuk musuh dengan Tumbukan Super Sonik dan Ying menerjah musuh dengan Tendangan Seribu Laju.

Rupa

Ying memakai cermin mata yang berkanta bulat dan berbingkai biru. Dia memakai topi bulu berwarna kuning yang dihiasi dengan sebiji lencana bulat yang bergambar watak raksasa hijau dan Yaya di atas kepalanya dan latar belakang merah jambu. Dia memakai baju berlengan panjang yang berjalur biru, kuning dan putih, beralas anak baju yang separuh kuning dan separuh jingga di bawah dan tepi berbiru tua. Ying mengikat rambutnya dan memakai topi beanie yang dihiasi dengan pin kegemarannya.

Dalam musim pertama, dia memakai seluar biru yang menutupi lututnya, dan kasut sukan berwarna kuning. Ying juga bercermin mata yang berwarna biru. Apabila dia bersin dan hilang kuasa, cermin matanya akan jatuh pada matanya, tetapi apabila dia bersin dan memulihkan kuasanya semula, cermin matanya akan naik ke atas topi (hanya berlaku dalam musim pertama).

Dalam musim kedua, rambut Ying mula memanjang. Dia juga memakai dua pin pada topinya.

Dalam musim ketiga, rambut Ying dipanjangkan lagi, poligon Ying bertambah dan ada sedikit perubahan pada seluar Ying.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, Ying memakai baju berwarna kuning dengan jalur biru dan putih yang mendatar di kedua-dua lengannya yang panjang, berseluar jeans berwarna biru gelap dan berkasut kelabu dan kuning. Ying mengikat rambutnya yang panjang dengan rapi dan memakai topi beanie berwarna kuning dan biru muda yang dihiasi dengan dua pin kegemarannya. Ying juga memakai cermin mata bukan kerana dia rabun, tetapi untuk menjaga matanya dari kelajuan tinggi.

Perwatakan

Ying adalah seorang yang pemalu tetapi setelah mendapat kuasa, dia menjadi seorang yang berani. Dia seorang yang sangat pandai di kalangan rakan-rakannya disebabkan kelebihan dia yang boleh membaca dan mempelajari sesuatu dengan pantas, sehinggakan dia dapat melompat kelas. Sebenarnya, Ying muda setahun daripada rakan-rakannya yang lain. Oleh sebab itu, dia berada di kelas 5 Jujur, iaitu kelas murid berumur 11 tahun. Dia juga seorang yang berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang perlawanan dan peperiksaan, terutamanya dengan pesaing ketat peperiksaannya iaitu kawan baiknya, Yaya.

Dalam musim pertama, dia suka membuat usikan membuat panggilan telefon lalu muncul di depan penerima panggilan, walaupun sebelum menerima kuasanya (dengan menggunakan telefon bimbit). Ini semakin mudah setelah Ying menerima kuasanya, kerana dia tidak perlu dekat dengan penerima panggilan untuk memulakan usikan.

Walaupun perwatakannya sentiasa bertukar-tukar, namun dia tetap fokus dalam setiap perlawanan dan pertarungan. Dia akan berusaha untuk membantu kawan-kawannya yang berada dalam kesusahan. Jika ada serangan musuh yang laju, Ying adalah orang pertama yang akan mendapatkan kawan-kawannya yang tidak sempat mengelak.

Ying seorang yang sangat ceria. Apabila dia seronok ataupun marah, dia akan bercakap dengan sangat laju. Di medan pertempuran, Ying berperanan sebagai ahli sokongan di mana dia akan menghalang musuh daripada menyerang atau menggunakan kuasanya untuk memberikan sokongan kepada kawan-kawannya.

Hubungan

Wiki-wordmark.png
Wiki BoBoiBoy mempunyai rencana yang menumpukan kepada hubungan. Rujuk Ying.

Trivia

  • Ying adalah yang termuda di antara empat rakannya.
  • Dalam surat peminat, genre kegemaran Ying dikatakan fantasi.
  • Dia berkaum Cina, pelakon suaranya iaitu Yap Ee Jean juga turut berkaum Cina.
  • Pengembaraan adalah hobinya, selain mengumpul setem dan bermain permainan video seperti yang dinyatakan dalam siri BoBoiBoy.
  • Ying sangat suka main permainan video. Permainan video kegemaran Ying ialah Papa Zola 5: Kebenaran di Lorong Kegelapan. Namun begitu, ibu bapa Ying hanya membenarkan dia bermain permainan video selama 30 minit sahaja.
  • Ying ialah seorang yang sangat pandai sehinggakan dia dapat melompat kelas yang setahun lebih tua darinya.
  • Ying adalah seorang yang pantang tentang hal peperiksaan. Setiap kali tiba masa peperiksaan, Ying akan bersaing dengan kawan baiknya sendiri, iaitu Yaya. Hari peperiksaan adalah satu-satunya hari di mana mereka akan bermusuhan.
  • Ying menjadi watak pertama di kalangan rakan-rakannya yang warna matanya berubah sepanjang siri. Pada asalnya, dia mempunyai mata yang berwarna perang, dan kemudian berubah menjadi warna biru. Watak yang kedua ialah Fang.
  • Dalam musim pertama, Ying selalu hilang kuasanya apabila bersin, tapi dengan latihan yang banyak dia telah mengatasi kelemahannya.
  • Ying mendapat tempat ke-8 dalam video BoBoiBoy: Watak-Watak Terkuat.
  • Seperti yang ditunjukkan dalam BoBoiBoy Galaxy, Ying berasa jijik terhadap labah-labah.
  • Dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 1, Episod 13, garis besar kasutnya bersinar apabila dia akan menggunakan kuasanya.
  • Ying selalu tergesa-gesa kerana dia hendak melakukan sesuatu dengan pantas, khususnya menyiapkan kerja sekolah.
  • Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 19, Ying dan Yaya berada di tempat ketiga sebagai ahli TAPOPS yang paling popular.
  • Menurut biodata Ying dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu #86:
    • Makanan kegemaran Ying adalah tosai manakala minuman kegemarannya adalah bubble tea.
    • Subjek kegemaran Ying ialah bahasa Malaysia dan Inggeris.
    • Jenis lagu kegemaran Ying ialah rap rock.
    • Warna kegemaran Ying ialah kuning.
    • Ying mewakili Sekolah Rendah Pulau Rintis dalam acara olahraga.

Galeri

Wiki-wordmark.png
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Ying. Rujuk Ying/Galeri.

Video

Advertisement