BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Yaya ialah jiran kepada Tok Aba. Yaya juga adalah rakan BoBoiBoy yang mempunyai keupayaan untuk memanipulasi graviti, yang membolehkan dia untuk mengawal graviti dan terbang.

Penerangan[]

"Yaya adalah jiran Tok Aba. Jangan tertipu oleh keperibadiannya yang lembut kerana Yaya sebenarnya orang yang tegas.

Yaya mempunyai keupayaan untuk memanipulasi graviti. Oleh itu, biarkan dia mengawal graviti dan mampu terbang.
"
— Penerangan laman web rasmi BoBoiBoy Galaxy

"Yaya merupakan seorang gadis yang manis dan peramah, dan sentiasa menasihati rakannya yang lain untuk melakukan perkara yang betul. Meskipun mempunyai personaliti yang lembut, Yaya mempunyai kekuatan yang luar biasa menerusi kuasa Manipulasi Gravitinya. Kuasa tersebut membolehkan Yaya untuk terbang, menggunakan tumbukan graviti dan juga mengapungkan objek."
— Penerangan laman web rasmi BoBoiBoy Movie 2

"Merupakan seorang gadis yang manis dan peramah. Dia sentiasa menasihati rakannya yang lain untuk melakukan perkara yang betul.

Meskipun mempunyai personaliti yang lembut, Yaya mempunyai kekuatan yang luar biasa dengan Kuasa Manipulasi Graviti. Kuasa tersebut membolehkan Yaya untuk terbang, menggunakan tumbukan graviti dan juga mengapungkan objek.
"
— Penerangan dalam Segmen Khas - Jom Kenali Superheroes Anda!

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Musim 1[]

Yaya merupakan orang pertama yang berjumpa dengan BoBoiBoy di Pulau Rintis. Dia bersama Gopal dan Ying telah berkenalan dan mula berkawan dengan BoBoiBoy sejak dia pindah ke situ. Selepas Yaya diberikan Jam Kuasa oleh Ochobot, dia mendapat kuasa terbang dan super kuat. Jadi Yaya bersama kawan-kawannya menggunakan kuasa-kuasa ini untuk melindungi Pulau Rintis daripada ancaman Adu Du di samping membantu masyarakat setempat apabila ada kesusahan.

Musim 2[]

Di Sekolah Rendah Pulau Rintis, pencapaian akademik dan bukan akademik Yaya amat cemerlang. Oleh itu, dia memegang jawatan ketua kelas 5 Jujur dan presiden kesemua persatuan dan kelab sekolah. Dalam Musim 2, Episod 5, Gopal pernah menjelaskan kepada BoBoiBoy dan Fang mengenai Dinding Kejayaan yang tertera jawatan-jawatan Yaya dengan gambar Yaya sebagai pelajar yang paling dicintai.

BoBoiBoy: The Movie[]

Yaya dan kawan-kawannya telah membuat rancangan untuk berkelah, yang mana BoBoiBoy telah terlepas kerana membantu pihak polis memberkas kumpulan perompak. Setelah itu, BoBoiBoy mengajak kawan-kawannya untuk mencandat sotong bersama Papa Zola untuk menebus kesilapannya namun malang tidak berbau apabila Ochobot telah diculik oleh pasukan Tengkotak dengan tujuan menggunakannya untuk mencari Klamkabot, sebuah Power Sphera purba dan berkuasa yang menyembunyikan diri di Bumi. Yaya bersama kawan-kawannya telah berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia di sebalik misteri Power Sphera.

Menggunakan petunjuk yang dimiliki, mereka telah berjaya menemui lokasi keberadaan Ochobot di Pulau Terapung bersama-sama Klamkabot. Selepas mendengar apa yang telah berlaku dari Klamkabot, mereka telah pergi ke Lab Power Sphera untuk menaik taraf Ochobot supaya dia dapat melarikan diri dari Tengkotak dan Kuasa Teleportasi akan selamat. Namun apabila Bora Ra mengancam untuk mencederakan Papa Zola, Adu Du dan Probe jika mereka tidak membawa Ochobot ke lokasi mereka, maka Fang dan yang lain telah menyusun sebuah rancangan supaya mereka dapat melarikan diri dari Tengkotak di mana Fang menghubungkan semua rakannya dengan kuasa bayangnya. Malangnya, rancangan mereka gagal apabila Kiki Ta menembak Ochobot dan menghentikan proses teleportasinya.

Setelah Bora Ra berjaya merampas Kuasa Teleportasi, Fang membantu BoBoiBoy bertarung menentangnya sementara Yaya, Ying dan Gopal menentang Gaga Naz sehinggalah mereka berada di ambang kekalahan. Selepas Ochobot menyalurkan tenaga terakhirnya kepada Yaya dan kawan-kawannya, mereka berjaya menentang kembali pasukan Tengkotak. Namun, Bora Ra yang awalnya tidak dapat menerima kekalahannya mengeluarkan lohong hitam gergasi yang mula menyedut semua yang ada di situ. Fang cuba menghalangnya menggunakan kuasa bayang tahap keduanya sebelum BoBoiBoy berpecah menjadi tujuh dan menentang Bora Ra habis-habisan sehingga akhirnya dia disedut ke lohong hitamnya sendiri. Selepas pertarungan itu tamat, Fang memujuk BoBoiBoy yang menangis sambil memeluk Ochobot, yang rupa-rupanya masih hidup berkat jasa Klamkabot yang telah menyalurkan kesemua tenaganya kepadanya lalu menyampaikan pesanan terakhirnya kepada BoBoiBoy.

Yaya, Papa Zola serta yang lain berswafoto bersama-sama sebelum mereka disapa oleh J-Rex. Koko Ci yang berada di kapal angkasa Tengkotak akhirnya mendedahkan identiti sebenarnya kepada mereka iaitu sebagai pengintip yang menyamar lalu mengucapkan selamat tinggal dan berlepas ke angkasa. Mereka bermalam di situ sebelum pulang ke Pulau Rintis dan menjalani kehidupan yang aman dan damai.

BoBoiBoy Galaxy[]

Beberapa ketika setelah peristiwa yang telah berlaku dalam filem, Yaya kembali ke Pulau Rintis bersama Ying selepas pergi melancong. Kemudian mereka dilantik oleh Koko Ci menjadi lans koperal dalam pasukan TAPOPS untuk membantu ahli-ahli lain mencari dan melindungi Power-Power Sphera yang bertaburan di seluruh galaksi, Yaya dan yang lain mengembara di galaksi.

BoBoiBoy Movie 2[]

Atas kejayaan Yaya bersama kawan-kawannya menyelamatkan EggaBot, mereka diberikan kelulusan untuk pulang ke Bumi. Apabila di Bumi, mereka menerima mesej kecemasan daripada Komander Koko Ci yang memberikan amaran bahawa Retak'ka telah kembali, dan mengarahkan mereka pergi ke Planet Quabaq.

Kuasa[]

Serangan
4/5 Profil Galaxy Yaya
Pertahanan
2/5
Ketangkasan
3/5
Keberanian
3/5
Kelajuan
4/5


Disebabkan Ochobot kehilangan sebahagian daripada ingatannya, kuasa Yaya pada mulanya dianggap sebagai terbang dan super kuat, tetapi kemudian didedahkan adalah Kuasa Manipulasi Graviti. Dengan kuasa ini, dia boleh menguasai graviti dan melepaskannya, yang memberikannya super kuat yang sebenarnya. Oleh kerana Yaya memanipulasi graviti juga membolehkan dia untuk terbang.

Dalam BoBoiBoy: The Movie, Yaya telah menerima peningkatan ke tahap kedua bagi kuasanya. Peningkatan kuasa ini membolehkan dia mengangkat objek-objek yang lebih berat dengan mengurangkan keberatan sesuatu benda dengan kuasa gravitinya. Dengan kebolehan ini, secara tidak langsung memberikan kuasa yang lebih kuat kepada Yaya untuk bertarung.

Dalam Lepaskan Kuasamu, Yaya telah menerima peningkatan ke tahap ketiga bagi kuasanya selepas dia minum jus yang terbuat dari buah Oakuat daripada Planet Rimba, bermakna ia menjadi lebih kuat daripada kuasa tahap kedua.

Tahap 1[]

BoBoiBoy
  • Kelajuan Super Sonik: Yaya menambahkan kuasa graviti untuk terbang dengan lebih laju.
  • Tumbukan Padu: Tenaga graviti dikumpul di tangan Yaya untuk menumbuk dengan kuat.
    • Tumbukan Super Padu: Tumbukan yang dua kali ganda lebih padu berbanding Tumbukan Padu yang biasa.
    • Tumbukan Padu, Bertubi-tubi: Yaya menggunakan Tumbukan Padu untuk menyerang musuh secara bertubi-tubi dengan amat pantas.
    • Tumbukan Padu Maksima: Yaya menumbuk musuhnya dengan pantas yang menyebabkan musuhnya tercampak ke belakang. Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Tumbukan Super Sonik: Yaya menambahkan kuasa graviti untuk menumbuk dengan lebih kuat.
  • Cakaran Laju: Serangan cakaran laju yang diserang bersama Ying. Digunakan terhadap Raksasa Tidur dalam musim pertama.
  • Tendangan Super Kuat: Dengan menambahkan kuasa graviti pada kakinya, Yaya mampu menendang dengan kuat.
  • Kuasa Pemberat Graviti/Pemberat Graviti: Yaya membuatkan objek menjadi berat dengan kuasa gravitinya.
  • Graviti Pemberat: Yaya menghentakkan kedua-dua tangannya ke atas tanah untuk memberatkan musuh.
  • Kuasa Graviti: Yaya menghasilkan sfera graviti untuk mengurung Amar Deep, Stanley, BoBoiBoy, Gopal dan Fang. Sfera itu boleh dimanipulasikan sama ada diringankan atau diberatkan.
  • Kuasa Angkatan Graviti: Yaya mengangkat bebola gergasi ke atas udara.
  • Tumbukan Bertubi-tubi: Yaya mengumpulkan kuasa graviti di tangannya lalu menumbuk musuhnya secara bertubi-tubi. Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
BoBoiBoy Galaxy
  • Apungan Graviti/Kuasa Apungan Graviti: Yaya boleh mengangkat benda-benda berat untuk membantu kawan-kawan, atau menghalang musuh.
  • Hempasan Graviti: Yaya menyelubungi musuhya dengan kuasa gravitinya lalu mengangkatnya ke atas sebelum dihempaskan semula dengan kelajuan normal ke bawah. Kuasa ini hampir sama dengan kuasa lamanya, Hempasan Graviti Maksima.
  • Skuter: Sebuah kenderaan istimewa yang diberikan oleh MotoBot yang menyerupai skuter.
    • Tolakan Graviti: Yaya mengumpulkan kuasa graviti pada kenderaannya, lalu menyerang musuh dengan laju.
    • Mampatan Graviti: Yaya menghasilkan bebola graviti yang akan menarik musuhnya seperti magnet lalu terbentuknya sebuah bola bagi memerangkap atau mencegah pergerakan daripada musuhnya.
  • Apungan Kertas: Yaya mengapungkan beberapa helai kertas di sekelilingnya sewaktu menjawab ujian untuk mengelakkan rakannya meniru.
  • Tolakan Graviti: Yaya mengapungkan semua batu di sekelilingnya, lalu melepaskan kuasa graviti dengan menolak batu-batu itu secara bergilir ke arah musuh.
  • Tumbukan Padu: Yaya mengumpulkan kuasa graviti di tangannya sebelum melepaskannya dengan satu tumbukan terhadap sasarannya dengan padu. Ia merupakan kuasa utama Yaya dan sebagai kuasa yang paling banyak digunakan, kadang-kadang diserang bersama kuasa Ying.
    • Tumbukan Padu Bertubi-tubi: Dalam Galaxy Episod 12, Yaya menggunakan Tumbukan Padu versi bertubi-tubi untuk menghancurkan dinding halimunan Panto tetapi gagal. Nama teknik ini kemudian dinyatakan dalam "Pergolakan Di Windara".
  • Tolakan Padu: Kuasa ini digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy: Kemunculan Lagenda.
  • Graviti Pemberat: Yaya menggunakan graviti untuk memberatkan dan menghentikan musuh.
  • Smash Padu: Yaya mengumpulkan kuasa graviti di tangannya lalu terus melepaskannya dengan tamparan padu pada bola tampar.
  • Lantunan Graviti: Yaya membentuk piring graviti untuk melantunkan semula bola tampar ke udara.
  • Graviti Peringan: Yaya menggunakan kuasa graviti untuk meringankan dan mengangkat seseorang.
  • Serangan Graviti: Kuasa graviti digunakan untuk mengangkat objek di sekeliling Yaya dan dibaling ke arah musuh.
  • Tarikan Graviti
  • Power Sphera ArmoBot
    • Hentakan Graviti Berganda: Yaya menggunakan kuasa graviti untuk menghentak di tanah hingga mengapungkan batu-batuan dan melontarkannya ke arah lawan. Kuasa ini disebut Kuasa Graviti Berganda dalam komik BoBoiBoy Movie 2 - Evolusi Kuasa.
    • Tumbukan Graviti
  • Tumbukan Graviti: Yaya menggunakan kuasa graviti untuk menumbuk musuhnya dengan kuat. Nama teknik ini dinyatakan dalam komik BoBoiBoy Movie 2 - Evolusi Kuasa.
  • Pecutan Graviti
  • Pelindung Graviti
  • Gelombang Graviti
  • Tendangan Graviti
  • Perisai Graviti
    • Hentakan Perisai Graviti: Yaya menggunakan Perisai Graviti untuk menghentak sesuatu. Kuasa ini hanya digunakan dalam Kesatria Windara!, tetapi tidak ditunjukkan secara fizikal.
    • Lontaran Perisai Graviti
  • Mampatan Graviti
  • Tekanan Graviti

Tahap 2[]

  • Hempasan Graviti Maksima: Setelah mendapat tingkatan kuasa daripada Ochobot, Yaya menyelubungi musuhya dengan kuasa gravitinya lalu di angkat ke atas sebelum dihempaskannya dengan kelajuan maksima ke bawah tanah.

Tahap 3[]

  • Graviti Menolak
  • Lapangan Graviti Liputan Maksima

Kuasa Kombo[]

  • Serangan Kombo Y & Y: Serangan kombo yang dilakukan bersama Ying yang dimulakan dengan Kuasa Graviti Pemberat ke atas tanah sambil Ying menggunakan Larian Laju pada pusat kuasa Yaya untuk mengumpulkan tenaga, kemudian Yaya melepaskan Ying dengan Serangan Kombo Laju dan Padu, kemudian diakhiri dengan Ying menerjah musuh berulang-ulang kali. Dalam Musim 3, Episod 22, kombo ini digunakan lagi dengan dimulakan oleh Ying yang memusingkan Yaya dengan Pusingan Laju-laju yang melancarkan Yaya ke arah musuh dengan kelajuan yang sangat laju, diikuti oleh Yaya menumbuk musuh dengan Tumbukan Super Sonik dan Ying menerjah musuh dengan Tendangan Seribu Laju.
    • Serangan Kombo Laju dan Padu: Yaya melepaskan kuasa gravitinya yang laju dan padu kepada Ying, yang akan menambahkan kepantasan larian Ying.
  • Kombo Padu B.A.G.

Rupa[]

Yaya sering berpakaian serba merah jambu. Bajunya berlengan merah jambu yang panjang, berjalur putih dan merah jambu yang menegak. Di atas bajunya, dia memakai anak baju yang berwarna kuning dan berlukisan bunga merah tersenyum. Yaya memakai tudung merah jambu yang berbunga kuning, mempunyai tanda berbentuk mulut di bahagian tepi atas kepalanya, dan beralaskan sepasang gogel. Dia juga berseluar merah pulasan.

Dalam musim kedua, gayanya tidak banyak berubah tetapi dia memakai pin tudung berbentuk bunga di tepi tudungnya. Dia memakai tali pinggang berkepit, tudungnya telah diubah suai sedikit. Poligon Yaya semakin banyak dan menjadikan wataknya semakin lembut. Kasutnya juga telah diubah suai sedikit.

Dalam musim ketiga pula, dia tidak lagi memakai pin tudungnya di tepi tetapi sebaliknya di tepi gogelnya dan memakai gogel merah jambu. Tudung Yaya pula berada di luar bajunya seperti selendang pendek dan lengan bajunya semakin singkat. Yaya juga memakai kasut merah jambu dan sedikit kelabu. Poligon Yaya juga semakin bertambah sejak musim kedua.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, Yaya mempunyai lengan panjang berwarna merah jambu pada blaus putih dan bertali pinggang kuning dengan beg kecil yang dihiasi dengan bunga yang digantung di pinggang kanannya, berseluar merah jambu yang gelap dan berkasut putih dan merah jambu gelap. Gaya tudungnya juga berubah dan gogelnya kini berwarna kuning.

Perwatakan[]

Yaya adalah seorang gadis yang manis, ceria dan peramah, tetapi mudah kecil hati. Dia juga seorang budak perempuan yang prihatin dan selalu memberi nasihat kepada kawan-kawannya dan orang lain tidak kira dalam apa-apa situasi pun. Dia juga suka menolong orang dan tidak suka apabila kawan-kawannya menolak pertolongannya. Yang paling kurang menyenangkan orang, Yaya suka membuat biskut tetapi biskut-biskut yang dibuatnya tidak sedap dimakan. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak wajar membidas ketidaksedapan biskut Yaya supaya Yaya tidak naik berang, tambahan lagi selepas dia mendapat kuasa yang kuat daripada Ochobot.

Sebagai ketua kelas di sekolah, Yaya menunjukkan sikap tegasnya tanpa rasa takut atau berat sebelah dalam mendenda pelajar yang melanggar peraturan disiplin sekolah, baik pelajar biasa ataupun kawan baiknya sendiri. Dia juga tidak akan mengaku kalah dalam persaingannya terhadap Ying untuk mendapat nombor satu dalam setiap ujian dan peperiksaan.

Hubungan[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai rencana yang menumpukan kepada hubungan. Rujuk Yaya.

Trivia[]

  • Yaya merupakan adiwira Muslimah berhijab pertama di Asia. Dia juga merupakan antara beberapa adiwira Muslimah yang berhijab di seluruh dunia.
  • Pada asalnya, pelakon suara Yaya ditukarkan daripada Nur Sarah Alisya kepada Nur Fathiah Diaz yang merupakan pelakon suara watak BoBoiBoy kerana beliau pada awalnya berasa malu dan kurang yakin. Walau bagaimanapun, Sarah berjaya membawakan watak Yaya.
  • Jenis darah Yaya ialah A.
  • Yaya suka membuat eksperimen dengan berbagai-bagai resepi biskut, tetapi dia tidak pernah merasa biskutnya sendiri.
  • Walaupun dia tidak dapat membuat biskut, dia dapat memasak makanan yang boleh dimakan selain biskut.
  • Mengikut konsep asal, Yaya tidak bertudung penuh, sebaliknya memakai scarf kepala (yang juga bergogel) dan terdedah rambut jambul pepat di hadapan dan ekor kuda di belakang. Bajunya berwarna merah terang dan kuning tetapi kasutnya tetap sama seperti kasutnya dalam musim pertama.
  • Selain daripada siri BoBoiBoy, Yaya juga turut tampil dalam siri sedutan ringkas berbentuk tauladan, iaitu Apa Kata Yaya sebagai watak utama.
  • Dalam buku Detektif Yaya 1, Suzy mendedahkan bahawa dia adalah peminat setia Yaya.
  • Menurut surat peminat BoBoiBoy, genre kegemaran Yaya adalah aksi.
  • Surat peminat mendedahkan bahawa Yaya sudah tahu rasa biskutnya tetapi dia enggan menerima hakikat rasanya yang mengerikan.
  • Dalam buku Detektif Yaya 5, apabila Yaya selesema, setiap kali bersin mencetuskan gempa bumi, yang hampir menghancurkan Sekolah Rendah Pulau Rintis semasa peperiksaan. Ochobot bertanggungjawab melepaskan jam tangannya untuk mengelakkan keadaan semakin buruk.
  • Yaya mempunyai kusyen plushy bersama BoBoiBoy, Cattus dan Ochobot[1].
  • Yaya mempunyai garisan lintang yang membezakannya di antara 'keayuan comel molek' dan 'ketegasan singa garang'. Menurut cerita Gopal, sebelum Yaya melepasi garisan pagar sekolah, dia akan kelihatan lemah-lembut bagai ayu comel molek, tetapi selepas sahaja Yaya melepasi garisan pagar sekolah, sifatnya terus berubah menjadi garang dan tegas yang langsung tidak memberikan peluang bagai ketegasan singa garang.
    • Ini juga menunjukkan bahawa Yaya merupakan watak pertama yang mempunyai lebih dari satu personaliti. Watak yang kedua ialah Tarung.
  • Dalam versi alih suara bahasa Inggeris di YouTube (bukan Disney Channel), nama Yaya ditukar kepada "Hanna" (Tiada sebab yang jelas diberikan atas hal ini). Dalam kredit Musim 1, Episod 3, dia tidak dilihat memakai tudungnya, hanya cermin matanya. Rambutnya kelihatan pendek, bergelombang dan coklat.
    • Walau bagaimanapun, dalam versi Disney Channel Musim 3, Episod 23, tudung Yaya hilang semasa Ying menjelaskan tentang kesan rumah hijau, ini menandakan penampilan pertama rambut Yaya dalam episod sebenar, walaupun ini adalah kesilapan.
  • Yaya mendapat peringkat ke-6 dalam BoBoiBoy: Watak-Watak Terkuat.
  • Yaya mempunyai akaun Instagram bersama dengan BoBoiBoy dan Papa Zola.[2]
  • Dalam Jiran Terbaik!, Yaya ditunjukkan mempunyai telefon bimbit sendiri.
  • Dalam Fly With Yaya episod Ada Apa Di Asakusa?, Yaya memberikan hadiah yang dibeli olehnya dari bandar Asakusa kepada kawan-kawannya, iaitu:
    • Pemadam untuk Ying
    • Magnet untuk Gopal
    • Chopstick untuk Fang
    • Keychain untuk BoBoiBoy
  • Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 19, Yaya dan Ying berada di tempat ketiga sebagai ahli TAPOPS yang paling popular.
  • Menurut biodata Yaya dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu #85:
    • Makanan kegemarannya ialah tempura udon manakala minuman kegemarannya ialah teh hijau.
    • Jenis lagu kegemarannya ialah pop.
    • Warna kegemarannya ialah merah jambu dan juga kuning.
    • Yaya suka mencuba resepi-resepi biskut yang diciptanya sendiri dan disebabkan itu, biskutnya selalu berasa unik.
    • Yaya suka membaca novel misteri pada masa lapang.

Petikan dialog[]

  • "Kan, kan, kan?"
  • "Jom Fly With Yaya!"

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Yaya. Rujuk Yaya/Galeri.

Video[]

Rujukan[]

Advertisement