BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Nur Yasmin Muhammad Khairuddin merupakan salah seorang kakitangan yang telah memegang beberapa peranan dalam syarikat Animonsta Studios.

Biografi[]

Yasmin merupakan seorang lulusan dari Multimedia University (MMU) dalam jurusan Animasi, Teknologi Interaktif, Grafik Video dan Kesan Khas pada peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Kerjaya[]

Yasmin telah menjalankan beberapa peranan sepanjang beliau berkhidmat di Monsta, antaranya ialah melaksanakan beberapa kerja suara bagi projek animasi dan pengiklanan. Beliau telah menyumbangkan suaranya untuk watak Raksasa Platipah dan Panto dalam siri animasi BoBoiBoy Galaxy, Raksasa Pengun dalam BoBoiBoy Movie 2, iklan radio BoBoiBoy Sunway Velocity School Holiday Carnival dan narasi video profil syarikat Animonsta Studios Sdn. Bhd.. Beliau turut menyanyikan lagu Bersedia Extended Version yang telah disusun semula oleh Sharmine Bakri.

Kemudian, Yasmin terlibat dalam bidang penggubah animasi di mana beliau bertanggungjawab untuk menyusun semua lapisan animasi yang diberikan oleh sejumlah pengeluaran visual akhir sambil menambah beberapa pembetulan warna, kesan visual dan grafik gerakan jika perlu dilakukan sedemikian. Selain itu, beliau dapat mengawasi dan membimbing arah seni dan pencahayaan untuk pasukannya yang melakukan rendering. Antara projek animasinya ialah seperti yang berikut:

Peringkat Projek Tahun
Kompositor Junior BoBoiBoy: The Movie 2016
BoBoiBoy Musim 3 (EP19-26) 2015-2016
Kompositor Senior BoBoiBoy Galaxy Musim 1 (EP1-EP24) 2016-2018
BoBoiBoy Movie 2 2019
Video Muzik "Faizal Tahir - Fire & Water" 2019
Astro MELETOP feat. BoBoiBoy & Adu Du 2019
Papa Pipi EP1-EP22 + Lagu 2019-2020
Fly With Yaya 2020
Mechamato 2020
Monsta x United Nation Development Program PSA 2020
Monsta x Kementerian Perpaduan Negara PSA 2020
Monsta x Prego TVC 2020
Monsta x Kempen Yakult KUBASMI 2020
BoBoiBoy Chinese New Year TVC 2021
BoBoiBoy EP1 Extended Version 2021
BoBoiBoy X Kempen Lembaga Air Selangor 2021
BoBoiBoy Iklan FGURA 2021
PapaPipi TikTok Weekly Content 2021
PapaPipi Vaksin PSA 2021
PapaPipi Persediaan PSA 2021
PapaPipi Lagu "Hapipi Birthday" 2021
Monsta x Dubai Expo 2020 2021
Monsta x Tourism Selangor 2022
Monsta x Lembaga Koko Malaysia 2022
Monsta x PERKESO 2022
Monsta x PUBG Mobile 2022
Monsta x GSC "Fire Safety PSA" 2022
Fly With Yaya "Tohoku Omotenashi" 2022
Mechamato X Yimo Tapir TikTok 2022

Kini, beliau turut menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Peneraju Pasca Pengeluaran (Penjenamaan).

Advertisement