FANDOM



Yap Ee Jean merupakan pelakon suara yang pernah membintangi suara bagi watak Mei Mei dalam siri Upin & Ipin selama tiga musim pertama siri animasinya dan filem Geng: Pengembaraan Bermula. Pada musim ke-4 siri Upin & Ipin, orang lain telah menggantikan Ee Jean sebagai pelakon suara bagi Mei Mei dalam siri Upin & Ipin.

Setelah mengundurkan diri buat sementara waktu, Ee Jean kembali ke bidang mengisi suara bagi watak Ying dalam siri animasi Malaysia, BoBoiBoy. Ee Jean juga turut menyuarakan watak Ying dalam BoBoiBoy: The Movie dan kesinambungannya, BoBoiBoy Galaxy.

Trivia

  • Beberapa biodata Ee Jean didedahkan dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu ke-72, iaitu:
    • Nama panggilannya ialah YeYing dan Eejean;
    • Berasal dari Sungai Petani, Kedah;
    • Mempunyai hobi untuk membuat kraf tangan, melukis, yoga, melancong dan menulis;
    • Makanan kegemarannya ialah roti dan butter, sambal udang dan ikan asam pedas;
    • Minuman kegemarannya ialah teh tarik;
    • Tempat yang paling ingin dilawati olehnya ialah Santorini dan Switzerland.

Galeri

Video