BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Waibi ialah watak dalam siri BoBoiBoy Galaxy. Dia merupakan alien kaktus yang tinggal di Planet Gurunda bersama dengan penduduk lain.

Sejarah

BoBoiBoy Galaxy

Dalam Gergasi Cattus, Waibi mula-mula muncul sebagai lembaga yang muncul di mulut gua sebelum rebah kerana kehausan. BoBoiBoy dan rakan-rakannya yang menyedari kehadirannya pergi mendekati. Waibi cuba meminta air daripada mereka, lalu Ying menawarkan airnya kepada Waibi. Ochobot mengimbas Waibi dan memberitahu yang lain yang ia adalah penduduk asli di Planet Gurunda. Selepas minum, Waibi kembali bertenaga dan mengucapkan terima kasih kepada mereka. Selepas memperkenalkan diri masing-masing, Waibi memberitahu bahawa tujuan ia danag adalah untuk mencari bantuan luar kerana kampungnya telah diserang. BoBoiBoy bersetuju untuk membantu lalu mereka melakukan perjalanan ke kampung Waibi.

Setibanya mereka, datang anak lelaki Waibi memberitahu ayahnya yang satu lagi rumah telah diserang lalu mereka bergegas ke tempat kejadian. Sambil itu, Waibi menceritakan bahawa sumber air raksasa itu datang daripada pokok-pokok kaktus namun pokok-pokok kaktus itu telah bertukar menjadi getah-getah aneh, jadi ia datang ke Kampung Kaktoi untuk air. Raksasa itu didedahkan ialah Cattus, dan ketika Adu Du cuba untuk menangkapnya, Waibi bersama penduduk kampung mendapat tahu bahawa Gopal ialah orang yang menukarkan pokok-pokok kaktus itu menjadi gula-gula getah selepas melihat tindakan Gopal.

Selepas Adu Du dikalahkan dan BoBoiBoy menemui Power Sphera, Waibi mengucapkan selamat tinggal dan berpesan kepada mereka supaya datang lagi kerana banyak lagi perkara yang boleh ia ceritakan.

Trivia

  • Dalam komik BoBoiBoy Galaxy: Kembara Ke Angkasa, nama Waibi juga dieja sebagai "YB" iaitu singkatan untuk "Yang Berduri".
  • Waibi ialah watak alien ketiga yang didedahkan sebagai penduduk Planet Gurunda, yang pertama ialah Cattus dan kedua ialah BellBot.
  • Waibi mempunyai kemahiran untuk menceritakan sesuatu perkara dari mula hingga akhir dengan panjang lebar, sehinggakan membuatkan pendengarnya berasa amat bosan.

Galeri

Advertisement