BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Vespira, juga dikenal sebagai Jeneral Vespira, ialah salah seorang Jeneral Berlima dari Planet Windara. Dia pertama kali muncul dalam Pergolakan Di Windara.

Sejarah[]

Dalam Pergolakan Di Windara, dia membuat kemunculan kecil di dalam isu ini bersama dengan Jeneral Berlima yang lain.

Dalam Kesatria Windara!, BoBoiBoy dan rakan-rakan sudah memasuki istana dan sedang melalui ruang legar dengan bimbingan peta yang dibaca oleh Ying. Tiba-tiba, mereka berhadapan dengan dua daripada Jeneral Berlima: Jeneral Vespira bersusuk langsing dan Jeneral Karumbang bersusuk besar sasa. Gopal menyuruh si kumbang membuka topi kerasnya, maka dia pun membuka dan menayangkan wajah yang sangat menyeramkan Gopal. Biarpun dipujuk oleh BoBoiBoy supaya bersabar, Fang naik berang dan bertindak memakai Separa Beruang Bayang untuk bertarung, dibantu oleh Yaya dan Ying dengan kuasa masing-masing. tetapi semuanya dijatuhkan oleh dua jeneral.

BoBoiBoy pun naik marah dan bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar, menghunus Pedang Halilintar untuk menentang si Vespira yang menghunus Pedang Penyengat. Tiba-tiba, lantai melebur, maka BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa dan mengeluarkan Pelindung Gempa untuk menghentikan peleburan. Dua jeneral menyerang Gempa. Maka BoBoiBoy dan lain-lain terpaksa melarikan diri.

Dua jeneral yang ditugaskan menentang geng BoBoiBoy dimarahi oleh Muskida kerana gagal menangkap mereka, tetapi memberi alasan bahawa mereka tiada jalan lain untuk mencapai Kristal Isyarat. Tiba-tiba sahaja, pintu balairung dirempuh oleh Hentakan Perisai Graviti, dan munculnya geng BoBoiBoy memakai baju perisai kesateria. Ying menyekat pasukan Askar Kelkatoa dengan kuasanya. Jeneral Berlima pun menyedari bahawa geng BoBoiBoy telah memakai baju perisai Kesateria Windara legenda dari bilik lama Papiliam.

Gopal diancam oleh Pedang Penyengat Jeneral Vespira yang berasid, maka Yaya menyuruh BoBoiBoy membantu Gopal sementara dia menghadapi si Vespira. BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Duri dan melakukan Libasan Duri untuk menahan Jeneral Vespira, kemudian melepaskan Tumbosaur untuk menumpaskan musuhnya.

Kuasa[]

  • Pedang Penyengat: Pedang Vespira yang juga boleh merembeskan jisim asid.
    • Sengatan Bertalu-talu: Menebas dengan pantas dengan pedang merembeskan asid.
    • Belahan Pedang Penyengat

Rupa[]

Perwatakan[]

Trivia[]

  • Vespira ialah satu-satunya ahli Jeneral Berlima yang tidak muncul dalam versi animasi.
  • Nama Vespira mungkin berasal daripada perkataan "Vespa", nama genus untuk tebuan, sejenis serangga terbang seperti penyengat besar yang mempunyai sengat yang menyakitkan.

Galeri[]

Advertisement