Uncle Yim merupakan anak lelaki kepada seorang penjual yang menjual semua jenis permainan video di sebuah kedai yang terletak di jalan yang amat sunyi. Namun disebabkan oleh bapanya sudah tua, Uncle Yim menggantikan tempatnya dan kedai itu pun dinamakan "Kedai Game Ah Beng & Sons".
Sejarah[]
BoBoiBoy[]
Dalam Papa Zola & Mama Zila, BoBoiBoy, Gopal, dan Ochobot pergi ke kedai yang terletak di lorong yang sunyi untuk membeli permainan Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang. Kedainya juga serba sunyi, tetapi jelas Gopal, kedai itu dahulu meriah. Di situ mereka bertiga disambut oleh Uncle Yim sebagai tauke kedai yang mewarisi kedai itu daripada bapanya (iaitu empunya wajah dalam logo kedai) yang sudah tua. Gopal bertanya tentang permainan video Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang yang keluar 15 tahun dahulu, tetapi tauke tersalah faham apa dan mengherdik bahawa kedainya bukan kedai antik. Setelah BoBoiBoy menunjukkan gambar Papa Zola, barulah tauke faham dan membawa mereka bertiga masuk lalu mengunci pintu dan tingkap kedai untuk selamat bercerita tentang permainan berkenaan tanpa didengari pelanggan lain. Ochobot berkata bahawa di situ tiada seorang pelanggan pun, tetapi diugut akan dihalau keluar oleh tauke.
Tauke lalu menceritakan tentang permainan. Ochobot membidas tauke kerana tadi lupa tetapi sekarang memori kuat, maka dia dihalau keluar dari kedai oleh tauke yang nyata tidak suka dibidas. Lalu, Uncle Yim menyambungkan kisah lama. Gopal bertanya bukankah ada seorang yang hampir menang lalu tauke mengiyakannya dan mengeluarkan buku foto dari kabinet untuk menunjukkan gambar foto satu-satunya pemain yang mencapai stage boss – iaitu dengan memeranjatkan sekali, tidak lain tidak bukan bapa Gopal sendiri.
BoBoiBoy: The Movie[]
Uncle Yim, bersama dengan Azroy, Papa Zola dan Pakcik Kumar, terlihat di warung Tok Aba apabila mereka mendengarkan tentang Pulau Terapung yang diceritakan oleh Pakcik Mat. Tetapi, mereka tidak tertarik dengan cerita itu kerana mereka fikir bahawa itu cerita tahyul dan pergi meninggalkan Pakcik Mat sendirian di kedai Tok Aba.
BoBoiBoy Galaxy[]
Dalam episod MotoBot!, Uncle Yim menjadi watak kecil di mana dia dilihat sedang menjamu selera di warung Tok Aba bersama dengan rakannya. Kemudian dalam Gelora BoBoiBoy Air, Uncle Yim bersama-sama dengan Pakcik Mat dan Pakcik Kumar singgah ke warung Tok Aba untuk menjamu minuman koko sebelum mereka dan pelanggan-pelanggan bertempiaran lari setelah melihat asteroid berapi sedang menjunam.
Rupa[]
Uncle Yim mempunyai kulit yang cerah dan mempunyai bentuk rambut yang tetap. Mempunyai hidung yang besar dan iris matanya berwarna biru serta memakai cermin mata yang berwarna biru. Uncle Yim sentiasa memakai baju kemeja T yang berwarna kuning-emas dan berjaket biru tua serta memakai seluar panjang.
Perwatakan[]
Uncle Yim mempunyai personaliti yang biasa seperti orang lain. Contohnya dia tidak suka dibidas, sepertimana apabila dia mengugut Ochobot untuk menghalaunya keluar dari kedainya jika dia menyampuk dan membidas dia lagi. Cara percakapannya pula jelas sekali menunjukkan bahawa dia adalah seorang berkaum Cina.
Trivia[]
- Dalam Papa Zola & Mama Zila, selepas Gopal menanyakan tentang permainan Papa Zola: Misteri Kekasih Terang-Benderang, Uncle Yim telah tersalah anggap permainan ini sebagai "Kekasih Terang Pemadam". Ini menunjukkan bahawa Uncle Yim kurang mendengar percakapan seseorang.
Galeri[]
- Kategori utama: Gambar Uncle Yim