BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Tumbukan Bertubi-tubi merupakan salah satu kuasa bagi BoBoiBoy Gempa dalam BoBoiBoy: The Movie yang digunakan untuk menumbuk musuhnya secara bertubi-tubi. Ia juga digunakan oleh Yaya.

Penggunaan[]

  • Versi BoBoiBoy Gempa: BoBoiBoy menumpukan daya kekuatan pada tangan gempanya dan melepaskan tumbukan kencang secara bertubi-tubi pada sasarannya.
  • Versi Yaya: Selepas menumpukan kuasa graviti yang kuat pada tangan, Yaya menumbuk sasarannya secara bertubi-tubi.

Sejarah[]

Dalam BoBoiBoy: The Movie, teknik ini pertama kali digunakan oleh BoBoiBoy Gempa. Ketika melawan Gaga Naz, BoBoiBoy melemahkannya dengan melepaskan tumbukan yang kencang secara bertubi-tubi ke arahnya, namun serangannya tidak berkesan kerana Gaga Naz berlindung dengan tangan sibernatiknya. Kemudian, Yaya juga menggunakan teknik ini dengan kuasa gravitinya terhadap Gaga Naz selepas diperangkap dalam Bebola Masa oleh Ying. Gabungan kuasa itu memberikan sedikit kesan kepada Gaga Naz.

Galeri[]

Video[]

Advertisement