BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Tukul Lohong Hitam merupakan senjata ciptaan Yoyo Oo yang digunakan oleh Bora Ra untuk menguatkan Kuasa Lohong Hitamnya. Ia menjadi kelengkapan bersama baju perisai Bora Ra. Tukul ini akhirnya hancur apabila BoBoiBoy berpecah lima dari dalamnya.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy: Ledakan Cahaya[]

Semasa Bora Ra menceroboh rumah agam gabenor di Planet GogoBugi, dia menggunakan Tukul Lohong Hitam dalam pertempuran melawan Kapten Kaizo untuk mendapatkan Power Sphera EnerBot.

BoBoiBoy: The Movie[]

Semasa BoBoiBoy Api mengikat Bora Ra dengan Gegelung Api, Bora Ra sempat menteleportasikan baju perisainya bersama Tukul Lohong Hitam. Menggunakan pelbagai serangan, Bora Ra berjaya mengalahkan BoBoiBoy serta memusnahkan Ochobot. Di akhir pertarungan, Bora Ra menyedut BoBoiBoy Ais ke dalam Tukul Lohong Hitam. Namun, BoBoiBoy berjaya berpecah menjadi lima dari dalam sekaligus menghancurkan tukul ini.

Kuasa[]

  • Pukulan Lohong Hitam: Bora Ra dapat menggunakan tukulnya untuk memukul lawannya dengan kuat. Ia pertama kali digunakan terhadap Kapten Kaizo semasa muda tetapi dihalang oleh Dinding Tenaga.
  • Mampatan Lohong Hitam: Setelah menghasilkan lohong hitam dari tukulnya, Bora Ra melontarkannya ke arah lawan yang dapat memampatkan atau menghancurkan badan lawannya.
  • Sedutan Lohong Hitam: Merupakan teknik pertahanan bagi Bora Ra yang membolehkan dia untuk menyedut kuasa lawannya ke dalam lohong hitam atau menyedut lawannya ke dalam tukul. Dia juga melepaskan sesuatu dari tukulnya misalnya seperti kuasa atau lawan.

Trivia[]

  • Tukul Lohong Hitam merupakan antara senjata kegemaran Bora Ra.

Galeri[]

BoBoiBoy: The Movie[]

BoBoiBoy Galaxy: Ledakan Cahaya[]

Konsep seni[]

Advertisement