BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

TrophyBot merupakan sebuah Power Sphera yang dijadikan sebagai hadiah untuk pemenang tempat kedua dalam Perlumbaan Angkasa Nova Prix, iaitu BoBoiBoy.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

TrophyBot muncul dalam Perlumbaan Nova Prix sebagai hadiah kepada pemenang dalam Perlumbaan Angkasa Nova Prix. Laksamana Tarung telah mengarahkan BoBoiBoy dan rakan-rakannya untuk memenangi perlumbaan tersebut. Lalu Koko Ci memilih BoBoiBoy dan Fang untuk berlumba manakala yang lain sebagai kru sokongan. Semasa pemberian hadiah selepas perlumbaan, rupanya TrophyBot telah dijadikan hadiah untuk pemenang tempat kedua dalam perlumbaan ini, maka TrophyBot diberikan kepada BoBoiBoy.

Dalam kredit akhir Sinaran Penamat, TrophyBot telah diletakkan di bilik sementara Power Sphera bersama dengan Power-Power Sphera lain dan berada dalam mod tidak aktif.

Trivia[]

  • Nama TrophyBot diambil dari perkataan "trophy", sesuai dengan rupanya yang berbentuk seperti sebuah trofi.
  • Menurut surat peminat, kebolehan TrophyBot ialah menggembirakan seseorang yang memenangi sebuah piala.
  • Dalam surat peminat Majalah Komik BoBoiBoy isu #78, TrophyBot didedahkan boleh bersuara. Ia disuarakan oleh Farhan Anuar.

Galeri[]

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Konsep seni[]

Advertisement