BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

"Bangkitlah, Trio Trendi Kebenaran!"
Papa Zola, BoBoiBoy vs Ejo Jo Finale


Trio Kebenaran ialah sekumpulan wira yang terdiri daripada Papa Zola, Tok Aba dan Iwan. Berbekalkan Jam Kuasa milik Yaya, Ying dan Gopal, mereka membentuk pasukan ini untuk mengganggu konsentrasi Ejo Jo dari menjelmakan Naga Bayang.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Trio Kebenaran pertama kali ditubuhkan dalam BoBoiBoy vs Ejo Jo Finale. Cadangan BoBoiBoy disambut dengan baik sekali, terutamanya Papa Zola yang memuji kecerdasan anak muridnya. Maka dua orang tua itu berganding bahu untuk membentuk "Pasukan Superhero Malaya" dan memilih jam kuasa untuk mereka memakainya. Tok Aba menggunakan jam kuasa Ying, sementara Papa Zola masih bingung untuk memilih dua jam tangan yang tinggal. Gopal dan Yaya berlumba-lumba mendesak guru mereka supaya memilih jam kuasa masing-masing, sementara BoBoiBoy cuba membantu dengan menanyakan Papa Zola, apakah ciri-ciri yang dia akan gunakan untuk memilih jam kuasa yang terhebat, sama ada Kuasa Manipulasi Graviti atau Kuasa Manipulasi Molekul. Akhirnya, Papa Zola memilih jam Yaya kerana warna merah jambunya.

Gelagat Papa Zola yang "lawak" membuatkan Ejo Jo hampir hilang tumpuan. Gopal bertanya, siapa pula yang akan memakai jam kuasanya. Maka Papa Zola bertanya kepada murid-muridnya siapa yang berani menyertainya. Rata-rata mereka enggan kerana takut dan berbahaya untuk umur semuda mereka, namun Iwan tampil tanpa rasa segan-silu. Dengan pantasnya Tok Aba menyuruh Iwan untuk memakai jam kuasa Gopal, lantas mereka bertiga bersiap sedia untuk bertempur. Akan tetapi, Papa Zola terhenti sebentar untuk membincangkan nama yang lebih "trendi" untuk pasukan barunya, membuatkan Ejo Jo hilang tumpuan dan terbatal pembentukan Naga Bayang serta Tok Aba yang terkilan dan geram. Setelah berbincang sebentar, Papa Zola bertetap dengan nama "Trio Trendi Kebenaran"! Ochobot mengulas bahawa Ejo Jo masih belum mengumpul tenaga maksimum yang tinggi lagi, maka masanya masih menyebelahi pasukan wira yang baru dibentuk itu untuk menyelamatkan keadaan.

Tok Aba mara dahulu dengan menggunakan Larian Laju untuk berlari ke arah musuh itu, tetapi terhenti di tengah jalan kerana berasa tidak larat. Seterusnya, Papa Zola bertindak dengan menghidupkan kuasa graviti dengan terbang laju-laju di udara, tetapi tidak mengenai Ejo Jo sebaliknya melayang ke sana dan ke sini. Walaupun serangan dua orang tua itu tidak berhasil, namun gelagat mereka berjaya menjejaskan tumpuan Ejo Jo dan melengahkan penghasilan Naga Bayang. Hal itu disahkan oleh Komputer Ejo Jo yang terus menyokong tuannya untuk meneruskan usahanya. Walaupun diganggu oleh Papa Zola, namun Ejo Jo berjaya melangkah ke fasa seterusnya iaitu membuka vorteks di langit yang gelap untuk memanggil Naga Bayang.

Melalui liang kokun itu, BoBoiBoy memanggil Iwan untuk menukarkan perangkap bayang itu. Iwan segera melakukan apa yang disuruh dengan melepaskan tukaran molekul, tetapi tidak berhasil. Mujurlah Papa Zola bijak mengganggu Ejo Jo dengan Tendangan Kehenseman, sekaligus membatalkan vorteks penghasilan Naga Bayang itu. Melihat tendangan itu, Gopal memuji kehebatan gurunya. Ejo Jo yang geram kerana penghasilan Naga Bayang tergendala buat kali kedua mencipta Bayangan Diri untuk mengelakkan Papa Zola mengganggunya lagi. Pada masa yang sama, Fang sedar daripada pengsan dan melihat bayang-bayang Ejo Jo yang bertarung sengit dengan guru kelasnya, manakala Iwan masih terkial-kial mencari jalan untuk menukarkan Kokun Bayang untuk menyelamatkan BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang terkurung di dalamnya. Lantas, Gopal menyuruh Iwan untuk mengeluarkan suaranya ketika menggunakan kuasa itu, tetapi Iwan nampak keberatan untuk berbuat demikian.

Iwan semakin tertekan melihat Papa Zola teruk dibelasah oleh bayang-bayang Ejo Jo sehingga memekik bagai perempuan dibuatnya. Ejo Jo menyeru bayangan dirinya untuk menghabiskan Papa Zola dengan Tendangan Maut dan proses pengeluaran Naga Bayang hampir maksimum. Mujurlah Tok Aba yang serba sengal otot itu masih kuat untuk memperlahankan masa dan mengalihkan Papa Zola dari ditendang Bayangan Diri Ejo Jo dan menggunakan Kelajuan Normal untuk kembali ke masa biasa. Kemudian, dia mengusik-ngusik Bayangan Diri Ejo Jo dengan Kuasa Slow-Mo. Walaupun Bayangan Diri itu tumpas, namun Ejo Jo tetap girang kerana sempat membuka vorteks semula dan mengeluarkan Naga Bayang. Jelas Komputer Ejo Jo, kuasa bayang ini merupakan kuasa teknologi nano yang membolehkan olahan bentuk-bentuk mengikut imaginasi pemakai. Fang mengulas kehebatan Naga Bayang keluaran Ejo Jo itu.

Naga Bayang itu menyedut Kokun Bayang untuk menelan mereka yang terkurung di dalamnya. Setelah lama terkial-kial memberkesankan kuasa penukaran molekul tanpa menyebut apa-apa, Iwan akhirnya akur kepada apa yang disuruh oleh kawan-kawannya, tetapi dengan satu kejutan iaitu melontarkan suara garau yang luar biasa! BoBoiBoy dan Gopal mengekek terdengarnya, terbuat Iwan kecil hati dan terhenti. Yaya dan Ying geram dan menghukum mereka dengan pukulan bertubi-tubi. Kemudian, Gopal meminta Iwan meneruskan apa yang hendak dilakukannya, sementara Kokun Bayang sudah menghampiri mulut Naga Bayang. Kali ini, Iwan tanpa rasa malu melontarkan suara istimewanya dan menggunakan Kuasa Tukaran Molekul untuk menukarkannya. Oleh itu, BoBoiBoy segera menggunakan Kuasa Tiga lalu memecahkan kokun itu dan melepaskan diri bersama rakan-rakannya.

Ejo Jo terkejut dan marah melihat musuh-musuhnya terlepas lalu menyuruh Naga Bayang untuk menyedut mereka semua dengan lebih kuat. BoBoiBoy Gempa bertindak balas dengan menjelmakan Tarikan Tanah, iaitu cerancangan tanah untuk kawan-kawannya berpaut. Akan tetapi, Mukalakus tidak sempat berbuat demikian dan hampir berjaya disedut oleh Naga Bayang. Mujurlah Adu Du sempat menghidupkan Kuasa Maksimum dan memecut jauh dari Naga Bayang hingga terlanggar besi-besi yang karat. Ribut angin Naga Bayang begitu kuat sehingga ada di antara mereka yang tidak larat untuk berpaut pada Tarikan Tanah lalu terlepas. BoBoiBoy Taufan cuba mengawal keadaan dengan melepaskan Pusaran Taufan, tetapi tidak cukup kuat untuk mengatasi sedutan Naga Bayang. Sambil berpaut-paut pada Tarikan Tanah, Yaya, Ying dan Gopal meminta Papa Zola, Tok Aba dan Iwan untuk memulangkan jam kuasa mereka.

Ahli-ahli[]

  • Papa Zola: Ahli yang memakai jam kuasa Yaya. Dia berjaya mengganggu konsentrasi Ejo Jo untuk menghentikannya mengeluarkan Naga Bayang.
  • Tok Aba: Ahli yang memakai jam kuasa Ying. Dia berjaya menumpaskan Bayangan Diri Ejo Jo.
  • Iwan: Ahli yang memakai jam kuasa Gopal. Dia bergabung selepas membuktikan keberaniannya. Dia berjaya menukarkan Kokun Bayang Ejo Jo untuk membebaskan BoBoiBoy dan kawan-kawannya.

Trivia[]

  • Nama kumpulan ini pada awalnya dicadangkan oleh Tok Aba sebagai kumpulan "Superhero Malaya".
  • Dengan menggunakan kuasa Yaya, bertambah pula dengan sifat Papa Zola yang boleh dikatakan "kelakar" telah berjaya mengganggu konsentrasi Ejo Jo dari mengeluarkan Naga Bayang.
  • Tidak seperti pelajar-pelajar Sekolah Rendah Pulau Rintis yang lain, Iwan telah memperlihatkan keberanian dan kebolehannya dalam menjadi seorang wira cilik apabila dia berjaya menggunakan kuasa Gopal.
  • Walaupun usia Tok Aba telah menjangkau tua, namun beliau masih mampu menunjukkan kebolehannya dalam menggunakan Jam Kuasa Ying untuk mengusik-ngusik Bayangan Diri Ejo Jo.
  • Semasa Naga Bayang menyedut BoBoiBoy dan kawan-kawannya, Trio Kebenaran telah mengembalikan jam kuasa kepada pemilik asalnya Yaya, Ying dan Gopal.

Galeri[]

Video[]

L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy / BoBoiBoy Reborn | BoBoiBoy Galaxy | Papa Pipi
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Musim 2: Isu 1 | Isu 2 | Isu 3 | Isu 4 | Isu 5 | Isu 6 | Isu 7 | Isu 8 | Isu 9
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Movie 2 | BoBoiBoy Movie 3
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Super Probe | ToToiToy | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Pakcik Ikan | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Kumar | Posmen | Nenek Ying | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | Encik Biskut | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Komputer Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Polis Gemuk | Polis Kurus | Ketua Polis | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | Detektif Konon | BoBoiBoy Api | Pakcik Kantin | Anak Kantin | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Wakil KPKT | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Duri | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Pemilik D'Sosej | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Burung Nuri Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot | Tok Cendatok | Gaharum | Brolangkas Brothers | Qually | Jaguh Paruh Lang | Tok Ngau | Rukawr | Jaga Kar | Pengawal Ladang | Profesor Utan | Musang Salji | Tumbosaur | Puak Baja | PasuBot | Alpha Jumbosaur | BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun | Anak Pengun | EggaBot | Gogobi | Cakada | Kechik | Ayu Yu | Retak'ka | Hang Kasa | Pipi Zola | Kang Kong | Kuda Botak | Maskmana | Pokok Bak-Bak | King Kang Kong | Raja Bayugan | Kaum Cendawa | Papa Cendawa | Mama Cendawa | Anak Cendawa | Laskar Guruhan | BibikBot | ArmoBot | KristalBot | GammaBot | Satriantar | Kuputeri | Mas Mawais | King Balakung | Panglima Pyrapi | BoBoiBoy FrostFire | BoBoiBoy Glacier | BoBoiBoy Supra | Amato

Papa Pipi

Nekpi | Cikgu Warni | Doktor Dahlia | Vijay | Melur | Chia

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Razak | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Ezra | Lelabah Kristal | EnerBot | EquBot | Raksasa Gerojoh | GigaBot
Terbitan turunan
Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | Detektif Yaya | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special | Fly With Yaya | Destinasi Terbaik
Tempat
Planet Bumi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Yong Pin Aerotrain Express | Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Planet Ata Ta Tiga | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Kedai Runcit | Pejabat Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous | Pulau Terapung | Lab Sfera Kuasa | Kilang Sfera Kuasa | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A | Planet GogoBugi | Sektor 88-19 Bima Lima | Planet Saharu | Sektor Z55-2P Galaksi Solaria | Asteroid Kristal | Planet Quabaq | Planet Gur'latan | Sektor G159A Nusagima | Planet Bayugan | Planet Rimbara | Planet Gugura | Akademi Pulau Rintis | TAPOPS-B | Kampung Muriong | Planet Kadruax
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarabangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba | Fire & Water | Lagu Rukun Negara | Aneka Baju Raya
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Majalah Komik BoBoiBoy | Movie Animation Park Studios | BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR
Advertisement