BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Ini merupakan topeng yang dipakai oleh Kapten Kaizo. Apabila Kaizo memakai topeng ini, Kaizo boleh menggunakan Kuasa Manipulasi Tenaga yang berasal daripada topengnya dan ini membolehkannya untuk mengolah tenaga dengan kaedah serangan dan menjana kuasa yang berlipat ganda.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, Kapten Kaizo dilihat menggunakan Pedang Tenaga sambil memakai topengnya. Kaizo juga mempunyai topeng baru berwarna jingga dan menggunakannya sebagai kuasa tahap keduanya untuk bertarung dengan musuh.

Kuasa

BoBoiBoy
  • Kuasa Manipulasi Tenaga: Kuasa Kaizo.
    • Tumbukan Tenaga: Kapten Kaizo mengumpulkan tenaga yang tinggi pada tangannya, lalu menumbuk musuhnya dengan tumbukan yang padu dengan pantas.
      • Tumbukan Tenaga Penuh: Tingkatan kuasa daripada teknik Tumbukan Tenaga yang mengumpulkan tenaga ke tangannya dan melepaskan tenaga tersebut melalui tumbukan ke arah objek dalam kelajuan yang pantas.
    • Gari Tenaga: Kapten Kaizo mengumpulkan kuasanya, lalu memerangkap musuhnya untuk menghalangnya bergerak. Selain menggari musuhnya, Kapten Kaizo juga menggunakan teknik ini sebagai medium untuk menyeksa musuhnya.
    • Tendangan Tenaga: Kapten Kaizo mengumpulkan tenaga pada kakinya, lalu menendang musuhnya dengan sekuat hati.
    • Tolakan Tenaga: Kapten Kaizo membentuk tenaga yang berbentuk hemisfera di hadapannya lalu menolak ke arah musuhnya bagi menjauhkan diri daripada musuhnya.
    • Dinding Tenaga: Kapten Kaizo menghasilkan dinding lut sinar yang tidak boleh ditembusi ataupun dipecahkan. Teknik ini membolehkan Kapten Kaizo untuk mencipta halangan daripada diganggu orang lain ataupun memerangkap musuhnya dalam dinding tersebut. Kaizo juga dilihat boleh menghasilkan Dinding Tenaga tanpa mengaktifkan topengnya.
BoBoiBoy Galaxy
  • Topeng Jingga: Kuasa tahap kedua bagi Kaizo dengan mengaktifkan topengnya dan menggunakan Kuasa Jingga yang lebih kuat dengan serangan yang lebih efektif dan pertahanan yang lebih kukuh.
    • Pedang Tenaga Jingga: Pedang berwarna jingga yang lebih panjang dan mempunyai serangan yang kuat dari Pedang Tenaga biasa.
    • Dinding Tenaga Jingga: Dinding Tenaga berwarna jingga yang amat kuat dan kukuh berbanding Dinding Tenaga biasa. Bahkan, serangan Jugglenaut sebagai Giganaut juga langsung tidak memberikan sebarang kesan.
      • Ceracak Tenaga: Semasa berada dalam Dinding Tenaga Jingga, Kaizo boleh menghasilkan bilah-bilah jingga yang panjang dengan mempunyai gerigi yang tajam di luarnya untuk menyerang musuh yang cuba memecahkannya.
        • Tukaran Tenaga: Ikatan Tenaga Jingga: Kaizo meneruskan serangannya dengan menukarkan Ceracak Tenaga menjadi Ikatan Tenaga Jingga, iaitu memanjangkan bilah-bilah jingga itu dan mengikat musuhnya untuk menyukarkan pergerakannya.
  • Pedang Tenaga: Pedang Tenaga standard yang telah diubah suai sedikit. Kaizo dilihat mengaktifkan topengnya sewaktu menggunakannya.
    • Tetakan Pedang Tenaga: Dengan menggunakan Pedang Tenaga, Kaizo menyerang musuhnya dengan sekali tetakan di tubuh badannya. Pertama kali digunakan terhadap Jugglenaut.
    • Belahan Pedang Tenaga: Kaizo meluru dengan laju ke arah musuh lalu melakukan gaya membelah.
    • Pusaran Pedang Tenaga: Kaizo menggunakan tenaga dari pedangnya untuk berpusing dengan laju dan pergi ke sasaran lalu menyerang dengan pedangnya. Pusaran ini hampir sama seperti Pusaran Maksima yang dilakukan oleh Sai.
  • Dinding Tenaga: Dinding Tenaga yang sama seperti asal sebagai teknik pertahanan.
    • Dinding Tenaga Berlapis: Kaizo menggandakan Dinding Tenaga menjadi tiga untuk melindungi dirinya dari serangan musuh yang kuat.

Galeri

Kategori utama: Gambar Topeng Kaizo
Advertisement