BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Tombak Halilintar merupakan senjata utama bagi BoBoiBoy Halilintar dalam BoBoiBoy: The Movie. Saiznya lebih panjang dari Pedang Halilintar.

Sejarah[]

Senjata ini digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie di mana BoBoiBoy Halilintar pertama kali menggunakannya untuk dengan melontarkan ke arah Kurita lalu dikombokan dengan Tusukan Bayang oleh Fang. Akibat daripada serangan itu, Kurita hilang kawalan lalu ia terhempas ke dalam laut.

Kemudian setelah BoBoiBoy berpecah, Halilintar menggunakan tombak ini sekali lagi dengan menghasilkan Pusaran Halilintar dan serangan itu bertembung dengan Lohong Hitam milik Bora Ra. Lalu dia menyerangnya lagi berulang kali dengan serangan jenis tetakan dan diakhiri dengan renjatan halilintar yang menyebabkan Bora Ra pengsan dan jatuh ke tanah. Kemudian, setelah Bora Ra diikat dengan Akar Berduri oleh BoBoiBoy Duri, BoBoiBoy Halilintar menusuk tombaknya ke dalam batu lalu renjatannya mengalir melalui seluruh akar tersebut sehingga ia sampai ke Bora Ra.

Kuasa[]

BoBoiBoy The Movie
  • Pusaran Halilintar: BoBoiBoy Halilintar memusingkan tombaknya dengan laju untuk menghasilkan kilat, dan kemudian menyerang Bora Ra dari arah atas.
  • Tetakan Tombak Halilintar: BoBoiBoy Halilintar menggunakannya terhadap Bora Ra dengan menetak dan memukulnya berulang kali dengan kuat untuk melemahkannya.
BoBoiBoy Galaxy
  • Hujan Tombak Halilintar

Trivia[]

  • Ia merupakan tombak panjang dengan corak bilah halilintar berwarna merah di kedua-dua hujung kiri dan kanannya.

Galeri[]

Lihat juga[]

Advertisement