BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Tom, atau Thomas merupakan ketua dalam Lima Panglima Scammer dan juga penipu nama yang berasal dari Planet Ata Ta Tiga. Dia juga merupakan abang kepada Bago Go, Wak Baga Ga, Bagi Gi dan Bagu Gu.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Tom pertama kali muncul dalam 5 Panglima Scammer, yang datang ke Bumi bersama saudara-saudaranya untuk membalas dendam terhadap Adu Du dan Probe yang telah menipu keturunan mereka. Sebelum dia memperkenalkan diri, Probe cuba meneka bahawa namanya ialah Bage Ge, tetapi bukan. Corak namanya ternyata lain daripada adik-adiknya kerana namanya Tom, iaitu si penipu nama. Ini membuatkan Probe berasa hairan sama ada "Tom" adalah nama sebenarnya atau pun bukan. Tom bagi pihak Lima Panglima Scammer mengulangi ugutannya lagi untuk menyedut kesemua kekayaan di Bumi atas perbuatan Adu Du dan Probe. Akhirnya, Adu Du terpaksa menyetujui cadangan BoBoiBoy untuk memulangkan semula kapal angkasanya kepada mereka untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan. Namun, Tom juga menuntut supaya Adu Du meminta maaf, yang mana kali ini Adu Du enggan untuk berbuat demikian, maka Tom memulangkan kunci kapal angkasa Adu Du dan ahli-ahli Panglima Scammer menaiki kapal angkasa masing-masing dan menghujani seluruh bandar Pulau Rintis dengan bedilan laser yang bertalu-talu.

Dalam Pertarungan Di Bulan, Tom dengan Lima Panglima Scammer menyerang SampahBot Adu Du dengan MegaBot ScamBot. Tidak lama kemudian, Gopal menukarkan batu-batu bulan jadi emas berlian, menjadikan Lima Panglima Scammer melupakan pertarungan dan mengejarnya. Apabila mereka melupakan pertarungan, Adu Du masuk ke dalam MegaBot ScamBot dan memijak ke arah mereka.

Rupa[]

Tom memakai cermin mata yang berbingkai merah yang sama besar dengan matanya dan bermisai serabut ala-ala misai kucing. Tom memakai jaket hijau dengan lencana bersimbol dolar.

Perwatakan[]

Sebagai seorang ketua dan abang sulung, Tom berperwatakan adalah yang paling garang berbanding saudara-saudaranya yang lain, lebih-lebih lagi jika kalah dalam pertarungan. Tom biasanya menggunakan panggilan "mu" apabila sedang berbicara.

Trivia[]

  • Nama "Tom" mungkin diambil dari watak Tom dalam Tom and Jerry. Misainya juga sama dengan Tom.
  • Dia mendapatkan nama Tom daripada ibunya.
  • Dalam Musuh Baru Dan Lama, nama penuhnya didedahkan menerusi akaun Spacebooknya iaitu Thomas.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Tom

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Advertisement