Tok Aba's Kokotiam merupakan sebuah kedai koko yang terletak di Pulau Rintis yang ditubuhkan oleh Tok Aba pada tahun 1967 (tahun dalam dunia siri BoBoiBoy) menurut buku cerita khas yang dibacakan olehnya dalam Musim 3, Episod 16. Koko-koko tin di kedai ini amat terkenal di Pulau Rintis, kerana mempunyai potensi yang tinggi dan ramuannya yang istimewa, sehingga menjadi buruan makhluk asing seperti Adu Du.
Dalam Musim 2, Episod 1, Tok Aba telah memperbaharui papan tanda kedai kokonya dan dari Tok Aba's Kokotiam, Tok Aba menukar nama tersebut kepada Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam. Nama baru kedai ini juga diambil daripada papan tanda baru yang kini mempunyai gambar muka Tok Aba dan BoBoiBoy berbanding dengan papan tanda yang lama, tidak mempunyai sebarang gambar.
Sejarah
BoBoiBoy
Pada tahun 1967, Tok Aba berhasrat untuk membuka kedai kokonya sendiri maka dia menubuhkan kedai ini di taman Pulau Rintis dan tidak jauh dari rumahnya. Kedai ini menjadi terkenal apabila Tok Aba mengkhususkan diri untuk menjual minuman koko. Tok Aba juga telah mengambil Ochobot sebagai pembantu di gerainya secara percuma, sehingga Ochobot menjadi pekerja terbaik pada tahun 2011. Selain itu, BoBoiBoy juga turut membantu pada masa lapang.
Dalam Musim 1, Episod 1, Gopal telah mempromosikan kedai koko Tok Aba dan dalam penjelasannya itu, dia memberitahu tentang senarai makanan yang diperbuat daripada coklat. Antaranya adakah kek coklat, aiskrim coklat dan cekodok coklat. Manakala minuman coklat yang paling terbaik sekali adalah Tok Aba's Special Hot Chocolate dan Special Ice Chocolate Tok Aba.
Selepas BoBoiBoy berpindah dan menetap di Pulau Rintis dalam Musim 2, Episod 1, Tok Aba telah melakukan pengubahsuaian Tok Aba telah membuat beberapa pembaharuan pada nama dan papan tanda kedainya dengan meletakkan gambar muka BoBoiBoy dan dirinya sendiri dan mengambil nama daripada papan tanda baru itu.
Pada Musim 2, Episod 5 pula, Ochobot telah menukarkan kedai koko Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam menjadi kapsul besar yang berbentuk silinder seperti dram yang perlu dibawa dengan motosikal. Motosikal perlu berhenti di tempat yang sesuai dan kemudian aktifkan kapsul ini dengan menekan butang pada alat kawalan. Kapsul akan terpisah daripada sambungan motosikal, ia bergolek dan berhenti di tempatnya dan akhirnya kapsul ini akan bertukar menjadi kedai koko.
Menu
Minuman
- Tok Aba's Special Hot Chocolate
- Special Ice Chocolate Tok Aba
Makanan
- Kek coklat
- Aiskrim coklat
- Cekodok coklat
- Biskut coklat BoBoiBoy
Trivia
- Pada tahun 2009, Tok Aba's Kokotiam sepatutnya menjadi hibrid kedai kafe/rumah, di mana rumah itu dihubungkan dengan kawasan kafe. Sama seperti rumah BoBoiBoy sekarang, rumah itu mempunyai dua tingkat dan BoBoiBoy terletak di tingkat dua. Tok Aba pada mulanya sepatutnya menjual kopi secara automatik, sementara BoBoiBoy hanya dikatakan minum susu. Ia kemudiannya diubah menjadi minuman berkaitan koko. Tetapi, nama kedai sepatutnya Tok Aba's Kopitiam, lalu diubah menjadi Tok Aba's Kokotiam.
- Tok Aba mempunyai hasrat untuk menyerahkan kedai ini kepada BoBoiBoy setelah cucunya itu meningkat dewasa nanti.
Galeri
Gambar rasmi
BoBoiBoy Galaxy
Cekupan skrin
BoBoiBoy
Musim 1
Musim 2
Video
BoBoiBoy Reborn