BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Terra merupakan salah seorang ahli dalam Superhero Elemen bersama dengan Coral dan Oake.

Sejarah[]

OldTown White Coffee's Superhero Elemen[]

Terra, Coral dan Oake merupakan pasukan Superhero Elemen yang mempunyai kuasa yang unik; Terra boleh mengawal elemen tanah, Coral boleh mengawal elemen air manakala Oake boleh mengawal tumbuhan. Pada suatu hari di ladang OldTown, mereka bertiga bersama-sama menanam pokok-pokok koko dengan menggunakan kebolehan mereka. Namun, Adu Du tiba-tiba muncul di sebatang pokok dan memetik sebiji koko lalu melemparkan koko itu ke dalam kepala Probe untuk menguji tenaga koko itu. Probe akhirnya bertukar menjadi Mega Probe lalu Adu Du berpendapat bahawa koko-koko di situ mengandungi tenaga yang amat tinggi untuk digunakan kemudian mengarahkan Mega Probe untuk menangkap mereka.

Ketiga-tiga Superhero Elemen cuba melarikan diri daripada Mega Probe. Mega Probe segera mengeluarkan Meriam Penyedut untuk menyedut mereka. Mereka pantas berpegang pada tanah, tetapi malangnya ketiga-tiga mereka berjaya disedut masuk ke dalam sebuah balang gergasi yang terletak di belakang Mega Probe. Adu Du menanamkan niat untuk menjadikan mereka sebagai pekerjanya untuk menanam pokok-pokok koko tanpa dihalang oleh sesiapapun. Terra segera menghubungi BoBoiBoy untuk meminta bantuan, lalu BoBoiBoy segera menuju ke tempat keberadaan mereka. Setibanya dia di sana, BoBoiBoy terkejut melihat kawasan ladang OldTown yang gelap dengan beberapa batang pokok mati, lalu mendapati Adu Du mempergunakan Terra, Coral dan Oake untuk menanam biji koko. Dia memanggil nama Adu Du lalu meminta untuk melepaskan kawan-kawannya, tetapi Adu Du segera memerintahkan Mega Probe untuk menyerang BoBoiBoy.

Mega Probe mula menembak BoBoiBoy dengan Laser Pemusnah dan BoBoiBoy segera berlindung dengan menghasilkan Tanah Pelindung, namun dia tercampak ke udara akibat letusan kecil. Mega Probe meneruskan tembakannya yang membuatkan BoBoiBoy berasa geram lalu melepaskan beberapa bilah Keris Petir ke arah Mega Probe. Tembakan Mega Probe mengenai dan memusnahkan Keris-Keris Petir itu, tetapi masih ada sebilah yang tertinggal dan ia mengenai Adu Du dan merosakkan alat kawalan lalu menyedarkan ketiga-tiga Superhero Elemen. BoBoiBoy yang turun ke tanah ditembak lagi oleh Mega Probe, tetapi sempat dihalang oleh ketiga-tiga Superhero Elemen yang menyerang balas terhadap Mega Probe. Tindakan itu memberikan peluang kepada BoBoiBoy untuk berpecah kepada tiga dan kemudian BoBoiBoy Taufan, BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Gempa masing-masing menyerang Adu Du, Probe dan menghancurkan mesin kawalan Adu Du. Kemudian keadaan kembali normal dengan keindahan di ladang OldTown, ketiga-tiga Superhero Elemen dan BoBoiBoy berbalas mengucapkan terima kasih.

Terra dan BoBoiBoy bersama-sama mengitar semula kertas dan plastik di Taman Pulau Rintis dengan memasukkannya ke dalam tong yang betul sementara Coral dan Oake berasa bangga melihat sikap BoBoiBoy yang rajin mengitar semula itu. Kemudian, BoBoiBoy terperasan akan bunyi bising di kawasan semak-samun. Rupa-rupanya, Adu Du muncul semula dengan membawa senjata bersamanya dan menggunakan senjata pistol itu untuk mengecilkan BoBoiBoy. Ketiga-tiga Superhero Elemen terkejut, dan apabila Adu Du ingin memijak BoBoiBoy yang kecil seperti semut, Terra segera menghasilkan beberapa bongkah dengan hujung runcing berpusing ke arah Adu Du dan membuatkan Adu Du terlepaskan pistolnya dan tercampak. Terra bertanya kepada BoBoiBoy cara untuk mereka menolongnya, lalu BoBoiBoy menjawab dengan menggunakan pistol Adu Du untuk membesarkan dia semula. Lantas Oake memainkan Ukulelenya untuk mengawal tumbuhan dan mengambil pistol Adu Du itu, namun Adu Du sempat bangkit dan menuju ke arah pistol itu. Coral segera melemparkan bebola air ke arah Adu Du, malangnya air itu terkena pada pistol Adu Du itu dan mengecilkan ketiga-tiga Superhero Elemen.

Selepas Adu Du membuka matanya, dia mendapati bahawa dia juga telah menjadi kecil. Kemudian Adu Du bangun dan muncul pula semut gergasi di belakangnya. Adu Du berasa takut lalu melarikan diri sementara semut itu mengejar Adu Du sehingga Adu Du terjatuh dan menyangka bahawa dia akan dimakan oleh semut itu. Akan tetapi, rupa-rupanya semut itu hanya menggesel-geselkan antenanya ke antena Adu Du. Adu Du berasa pelik, tidak tahu apa kena dengan semut itu. Tetapi sebaik sahaja melihat antena semut itu, Adu Du mendapat satu idea untuk memasangkan alat kawalan pada semut itu. Sementara itu, BoBoiBoy memberitahu kepada ketiga-tiga Superhero Elemen untuk cari dan dapatkan pistol pengecil Adu Du untuk menjadi besar semula. Namun, Coral tertanya-tanya di mana terletaknya pistol pengecil itu kerana rumput terlalu panjang dan menjadi penghalang bagi mereka untuk mencari pistol itu. Oake lantas memainkan Ukulelenya untuk menolak rumput-rumput yang panjang itu dan membuatkan BoBoiBoy dan Terra berasa kagum. Sebaik sahaja nampak keberadaan pistol pengecil Adu Du itu, mereka pantas berlari untuk mendapatkannya, namun Adu Du muncul dengan menunggang seekor semut yang dikawal olehnya. Semut itu segera menyerang, tetapi mujur mereka sempat mengelak. BoBoiBoy ingin menyerang semula semut itu, tetapi sempat dihalang oleh Coral yang berkata semut itu tidak bersalah. Semut itu dikawal dan diberikan perintah lagi oleh Adu Du untuk memenyekkan mereka.

Apabila melihat semut itu ingin melemparkan batu ke arah Coral, BoBoiBoy segera berubah menjadi BoBoiBoy Halilintar dan mematahkan serangan semut itu. Adu Du bertambah geram dan semut itu mula menuju ke arah BoBoiBoy. BoBoiBoy Halilintar sempat menyuruh ketiga-tiga Superhero Elemen untuk mendapatkan pistol pengecil itu sementara dia mengalihkan perhatian Adu Du dan semut itu. Superhero Elemen bersetuju lalu menuju ke pistol itu. Apabila semut itu melompat ke arah BoBoiBoy Halilintar, dia segera melontar sebilah Pedang Halilintar dan menjatuhkan semut itu lalu menyerang lagi dengan Tetakan Halilintar. Semut itu sempat mengelak dan kemudian menahan serangan BoBoiBoy Halilintar. Sementara itu, ketiga-tiga Superhero Elemen bekerjasama mengubah posisi pistol pengecil itu. Serangan BoBoiBoy Halilintar berjaya dipatahkan semula oleh semut itu apabila kedua-dua bilah Pedang Halilintar patah dan BoBoiBoy turut jatuh. Adu Du berkata "Habislah Kau, BoBoiBoy" dan dibalas oleh BoBoiBoy yang berkata Adu Du telah terlambat. Apabila Adu Du melihat pistol pengecilnya mula memancarkan cahaya, Adu Du segera menembak Superhero-Superhero Elemen. Coral menghasilkan Perisai Air untuk berlindung. Percikan air itu terkena lagi pada pistol lalu meletup dan membesarkan semula BoBoiBoy, Superhero Elemen dan Adu Du serta semut tadi. Semut itu mengejar Adu Du dan Adu Du melarikan diri sambil menangis dan meminta maaf kepada semut itu.

Terra, Coral dan Oake dan BoBoiBoy berjumpa di kedai Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam sebelum berpisah; Coral mengucapkan terima kasih kepada BoBoiBoy lalu berpesan agar menjaga dirinya baik-baik. Kemudian BoBoiBoy bertanya ke mana ketiga-tiga Superhero Elemen itu akan pergi selepas ini dan dijawab oleh Oake yang berkata nak bersiar-siar di bandar sambil cari makan. Terra mengajak BoBoiBoy untuk pergi sekali tetapi BoBoiBoy terpaksa menolak kerana dia kena pulang ke rumah untuk mengemas beg kerana dia akan berkhemah dengan Ochobot pada keesokan harinya. Akhirnya, Terra, Coral dan Oake mengucapkan selamat tinggal kepada BoBoiBoy.

BoBoiBoy: The Movie[]

Terra melakukan kemunculan ringkas dalam filem ini bersama Coral dan Oake yang sedang berada di dalam restoran OldTown White Coffee.

BoBoiBoy Galaxy[]

Terra muncul dalam sedutan siri BoBoiBoy Galaxy.

Kuasa[]

  • Sarung Tangan Kuasa: Merupakan sepasang sarung tangan yang membolehkan Terra untuk mengawal elemen tanah. Terra juga boleh menggunakan sarung tangan ini untuk menghubungi seseorang seperti BoBoiBoy.
    • Timbunan Tanah: Memerangkap musuh ke dalam tanah, tetapi meninggalkan sebahagian tubuh musuhnya. Teknik ini pertama kali digunakan dalam episod 3 untuk memerangkap Mega Probe.
    • Tumbukan Tanah: Menghasilkan beberapa bongkah dengan hujung runcing berpusing ke arah musuhnya. Teknik ini pertama kali digunakan dalam episod 4 untuk menghalang Adu Du daripada memijak BoBoiBoy yang kecil.
    • Tanah Penghalang: Menghalang sesuatu dengan menghasilkan tanah di hadapan objek itu. Teknik ini pertama kali digunakan untuk menghalang kapal angkasa milik Koko Ci jatuh ke dalam gaung dalam sedutan Jimat Tenaga Elektrik.

Rupa[]

Perwatakan[]

Terra merupakan seorang yang bertenaga dan menunjukkan sikap berani.

Trivia[]

  • Nama Terra bermaksud "Bumi" dalam Bahasa Latin. Ini merujuk kepada kuasa tanahnya.
  • Terra berkongsi kuasa yang sama dengan BoBoiBoy Tanah/BoBoiBoy Gempa.
  • Terra ialah ahli termuda dalam kalangan rakan-rakannya.

Galeri[]

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

OldTown White Coffee's Superhero Elemen
BoBoiBoy The Movie
BoBoiBoy Galaxy
Advertisement