BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


"Terkandas!" merupakan isu ke-12 BoBoiBoy Galaxy Musim 2. Ia telah dikeluarkan pada 29 Oktober 2021.

Sinopsis[]

BoBoiBoy dan Fang terkandas di sebuah lembah terpencil setelah pod kecemasan mereka terhempas di sana. Hilang arah dan buntu, mereka harus mencari jalan untuk menghubungi Maripos dan memberitahu perkhabaran buruk mengenai Kuputeri yang sudah ditawan musuh. Mereka tiba di sebuah perkampungan untuk meminta bantuan. Walaupun ia nampak seperti ditinggalkan, namun ada mata-mata yang memerhati pergerakan mereka. Adakah BoBoiBoy dan Fang akan berjaya mencari jalan keluar dari lembah itu, atau terperangkap di sana buat selamanya?

Plot[]

Maripos membawa Yaya, Ying dan Gopal dengan pod kecemasan dari kapal angkasa Kuputeri ke sebuah gua di mana terletaknya markas rahsia yang dihuni oleh kumpulan penentang Reramos. Di situ, mereka berusaha menghubungi BoBoiBoy dan Fang yang menaiki satu lagi pod kecemasan.

Pod kecemasan yang dinaiki oleh BoBoiBoy dan Fang terhempas di suatu kawasan pergunungan di Planet Windara. Fang juga cuba menghubungi kawan-kawan yang terpisah menerusi alat komunikasi, tetapi gagal kerana isyarat terlalu lemah. Tidak jauh dari lokasi mereka terdapat asap yang berkepul, maka BoBoiBoy dan Fang menuju ke tempat berkenaan untuk memohon bantuan dan mencari makanan, lebih-lebih lagi untuk BoBoiBoy yang sudah kebuluran.

BoBoiBoy dan Fang tiba di sebuah perkampungan yang kelihatan sepi seolah-olah tiada penghuni. Mereka memasuki rumah yang mengeluarkan asap tadi kerana keluar bau sedap. Di dalam, mereka melihat makanan di atas meja dan terus mengambilnya. Tiba-tiba, mereka ditimpa oleh jaring perangkap kerana disangka penceroboh. BoBoiBoy bertukar menjadi Blaze dan memotong jaring dengan Cakera Api untuk membebaskan dirinya dan Fang. Munculnya sekumpulan budak tempatan mengepung mereka; Fang bersedia untuk menyerang tetapi BoBoiBoy menghalang dan bertegur sapa dengan budak-budak itu.

Budak-budak kampung itu akhirnya menyambut baik kedatangan mereka; ketuanya memperkenalkan diri sebagai Papileon dan mengalu-alukan kedatangan BoBoiBoy dan Fang ke Kampung Kepaku, pusat pelancongan tersohor di Windara. BoBoiBoy bertanya ke mana perginya semua orang tua; jawabnya, semua penduduk dewasa ditangkap oleh Tentera Kelkatoa ke suatu kuari tidak jauh dari sini, maka tinggal sahaja budak-budak yang terpaksa menyamar untuk mempertahankan kampung. BoBoiBoy dan Fang bersedia untuk meninggalkan kampung, tetapi dikenakan bayaran mahal atas makanan yang mereka terima; Papileon menjelaskan bahawa mereka telah mengambil bekalan makanan kampung untuk seminggu. Setelah mereka mengaku tidak mampu bayar, Papileon sudi memaafkan mereka asalkan dapat membantunya.

BoBoiBoy dan Fang bersama Papileon menuju ke perkarangan Kuari Lembah Kepaku, di mana penduduk dewasa dari Kampung Kepaku ditangkap untuk menjadi buruh paksa dengan layanan yang sangat kejam. Dengan senyap mereka menyelinap masuk ke dalam kuari melalui jalan rahsia yang diketahui oleh Papileon, sehingga mereka tiba di ruang simpanan hasil galian dan bertemu dengan datuk Papileon iaitu Papiliam, tukang besi terhandal di planet Windara.

Pada masa yang sama, kapal Muskida telah mendarat di bangunan kuari. BoBoiBoy, Fang, Papileon dan Papiliam mengambil kesempatan untuk mengintai aktiviti Muskida yang mendapat pesanan bahawa Kuputeri sudah dibawa ke Istana Kupuri. Kemudian, mereka menyaksikan Muskida seorang tahanan yang tersungkur dalam kerja dan merayu belas kasihan daripada Muskida, kemudian Muskida membebaskan ikatan tahanan itu kemudian melepaskan kerumunan mata-mata lalatnya untuk membahamnya dari belakang. Kekejaman ini mencetuskan BoBoiBoy dan Fang untuk bertindak.

BoBoiBoy menjadi Halilintar dan melakukan Pecutan Kilat untuk memburu Muskida, dibantu oleh Fang mengeluarkan kuasa Rimba Bayang, di mana dia menghasilkan pelbagai bentukan haiwan bayang untuk menjatuhkan halangan. Setelah menjumpai Muskida, Halilintar yang berang cuba menetaknya dengan Pedang Halilintarnya tetapi Muskida sempat melarikan diri dengan mata-mata lalatnya. Maka Halilintar terpaksa menggelintar dalam pagar sesat yang terbentuk dari kotak-kotak hasil galian, dan sebaik sahaja jumpa Muskida, dia cuba menyerang berulang kali tetapi Muskida sentiasa menepis dengan menggunakan mata-mata lalatnya.

Sekali Muskida melemparkan kotak-kotak besar ke atas Halilintar, maka Halilintar menukarkan pedangnya kepada Tombak Halilintar untuk menjatuhkan kotak-kotak itu. Setelah itu, Halilintar beralih kembali kepada pedang dan melakukan Belahan Pedang Halilintar untuk memutuskan bahagian kaki Muskida daripada badannya. Muskida membalas dengan menyuruh mata-mata lalatnya mengerumuni Halilintar. Halilintar menghapuskan lalat-lalat itu dengan Sambaran Halilintar. Ini membuat Muskida betul-betul marah dan cuba menyerang balik dengan cuba melontarkan kotak-kotak lagi dengan lalat-lalat yang tinggal, tetapi akhirnya ditumpaskan oleh Fang dengan Pemukul Lalat Bayang.

Setelah pertarungan selesai dan kemenangan diraikan oleh tahanan-tahanan dalam kuari, Papiliam mengecamkan Fang sebagai anak kepada Gabenor Gogobugi dan adik kepada Kaizo, malah dia mengatakan bahawa dia pernah mendengar khabar tentang ibu bapa Fang, malah mereka pasti bangga dengan bakti Fang; kata-kata ini membuat Fang sangat sedih. Pada masa yang sama, Muskida tampil dengan badan robotnya dan terbang melarikan diri. Sebagai tanda penghargaan, Papiliam memberikan Fang satu kunci ke bilik yang penuh dengan barang berharga di Istana Kupuri. Akhirnya, BoBoiBoy dan Fang dihubungi dari Yaya yang memberi mereka koordinat seterusnya untuk berkumpul untuk merancang tindakan seterusnya.

Watak[]

Trivia[]

Galeri[]

Video[]


Rujukan[]

Pautan Luar[]

Advertisement