BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Tarung atau Laksamana Tarung merupakan salah seorang pengasas TAPOPS. Walaupun beliau sudah bersara, Tarung telah kembali ke TAPOPS selepas mendapat berita bahawa Stesen Angkasa TAPOPS diserang.[1]

Penerangan

"Laksamana Tarung adalah salah seorang bapa pengasas TAPOPS. Dia melangkah keluar dari persaraan selepas berita mengenai serangan ke Stesen Angkasa TAPOPS."
— Penerangan laman web rasmi BoBoiBoy Galaxy


Sejarah

Sejarah awal

Dahulunya, Tarung telah menghabiskan masa dengan bekerja sebagai laksamana di TAPOPS dan menjadikan dirinya sebagai dikenali. Kemudian pada suatu ketika, Tarung bersara dari posisinya dan kini bekerja sebagai konservasi, yang mencari dan mengkaji spesies-spesies eksotik dan mistik yang terancam untuk menyelamatkan mereka. Selepas bersara, Tarung turut memutuskan kesemua komunikasi kecuali komunikasi rahsia pasukan TAPOPS sebagai satu-satunya cara untuk berhubung dengan dunia luar kerana beliau juga memerlukan sut-sut bersih.

BoBoiBoy Galaxy

Tarung membuat kemunculan sulungnya dalam Pukauan Katakululu, di mana apabila dia muncul di hadapan Katakululu dan melindungi BoBoiBoy dan Fang dari dipukau olehnya. Dengan menggunakan kebolehannya, Tarung membalikkan pukauan Katakululu kepada dirinya lalu menangkapnya untuk diselamatkan.

Kemudian dia mendedahkan bahawa dia merupakan penerima misteri untuk bungkusan-bungkusan dobi dari TAPOPS itu. Selepas dia membaca mesej dari Koko Ci yang mengatakan bahawa Stesen Angkasa TAPOPS sedang berada dalam bahaya, dia bertolak ke stesen TAPOPS bersama dengan BoBoiBoy, Fang dan Gopal. Tidak lama kemudian mereka tiba di destinasi.

Sebelum Ujian KENTAL, Tarung menjadi marah setelah mengetahui bahawa BoBoiBoy dan Gopal merupakan anggota TAPOPS maka menanya kepada Koko Ci pangkat mereka. Apabila Tarung mengetahui bahawa Ujian Kental TAPOPS sudah lama tidak dijalankan kerana ramai yang gagal, dia memberitahu itulah sebabnya TAPOPS mudah diserang. Lalu Tarung memaksa BoBoiBoy dan yang lain untuk mengambil ujian tersebut.

Dalam Ujian KENTAL, Tarung masuk ke bilik BoBoiBoy dan Gopal untuk membangunkan mereka beberap minit sebelum pukul tujuh pagi supaya mereka bersedia untuk ujian yang akan datang. Gopal meminta lima minit tidur lagi, yang Tarung mengizinkannya. Hampir seminit kemudian, jam berbunyi pukul 7 pagi, dan rupa dan tingkah laku Tarung selak.

BoBoiBoy Movie 2

Laksamana Tarung muncul semula dalam filem ini.

Kuasa

Serangan
5/5 Profil Galaxy Tarung.png
Pertahanan
4/5
Ketangkasan
4/5
Keberanian
5/5
Kelajuan
5/5


Tarung adalah antara ahli TAPOPS yang paling kuat dan gagah, serta mahir dalam pelbagai seni mempertahankan diri. Kekuatannya digandakan lagi apabila dia mengenakan Sarung Tarung, sut khas yang digunakannya apabila dia memerlukan kekuatan tambahan untuk berlawan.

  • Jam Kuasa: Tarung mempunyai seutas jam tangan kuasa di tangannya, namun kuasa dari jam ini masih belum pernah digunakan.
  • Sarung Tarung: Tarung berkebolehan untuk melitupi dirinya dengan berbagai sarung tempur yang berupa haiwan-haiwan eksotik yang dikeluarkannya dari begnya. Dengan bentuk ini, Tarung mampu untuk menumpaskan lawannya dengan hanya satu serangan sahaja.
    • Sarung Tarung Bearimau: Sut tempur pertama Tarung yang berupa gabungan beruang dan harimau yang berwarna biru gelap dengan coretan-coretan jingga gelap. Sarung ini menggandakan kekuatannya dan menjadikannya hampir kebal.
      • Pencak Cakaran Bearimau: Tarung melompat pantas ke arah lawannya lalu melancarkan satu cakaran yang padu. Ia mampu untuk menghancurkan teknik perlindungan lawannya.
      • Pencak Terkaman Bearimau: Tarung mulanya menusuk kukunya ke dalam tanah supaya membolehkannya untuk menuju dan menerkam ke arah lawannya dengan kuat.
      • Cengkaman Bearimau: Tarung dapat melompat ke arah senjata-senjata lawannya dan kemudian mencengkamnya dengan kuat. Nama kuasa ini hanya dinyatakan dalam BoBoiBoy Galaxy: Ledakan Cahaya.
    • Sarung Tarung Komondok: Sut tempur Tarung yang berupa gabungan komodo dan komondok yang berwarna hijau muda. Sarung ini membolehkannya menggerudi ke dalam tanah ataupun objek, dan menyerang menggunakan kuku yang tajam.
      • Pencak Gerudi Komondok: Merupakan teknik menggerudi dengan Tarung berputar dengan laju ke arah lawan dan menjadikan kukunya sebagai senjata utama.
      • Gerudi Komondok: Hampir sama dengan Pencak Gerudi Komondok yang digunakan dalam lorong kecil.
    • Sarung Tarung Katakululu: Sut tempur Tarung yang berwarna ungu dan merupakan sut yang dibuat berdasarkan Katakululu yang ditangkapnya dalam Pukauan Katakululu. Sarung ini membolehkannya memukau musuh untuk mengikuti arahannya.
      • Kuasa Pukauan Katakululu: Tarung menggunakan kebolehan asas Katakululu iaitu memukau lawannya untuk menghapuskan lawannya yang lain.

Rupa

Tarung berkongsi sebahagian daripada kulitnya dengan harimau putih dan tubuhnya berotot. Dia mempunyai rambut biru dengan sorotan putih dan sepasang mata biru yang tajam. Dia mempunyai kulit putih dengan jalur biru muda, yang akan berubah kepada warna jingga dengan jalur hitam apabila marah. Dia memakai baju singlet berwarna biru muda yang terdapat logo pasukan TAPOPS di bahagian dadanya berserta dengan seluar berwarna jingga dengan jalur biru muda. Tarung memakai kasut but biru yang bergred tentera serta jam tangan di pergelangan tangan kiri dan gelang di pergelangan tangan kanan.

Perwatakan

Menurut Adu Du, Tarung terkenal dengan ketegasannya walaupun Tarung dilihat sebagai lelaki yang bersopan-santun semasa pertemuan pertama mereka.

Menurut Fang, Tarung mempunyai personaliti ketara yang berubah mengikut waktu. Dari jam 7 pagi ke 7 malam, dia amat serius, cepat meradang, dan tegas, tetapi dari 7 malam ke 7 pagi pula dia amat bersopan santun dan peramah orangnya. Warna kulitnya juga berubah mengikut "mood".

Meskipun dengan perwatakan garangnya, Tarung juga menunjukkan sikap yang protektif terhadap semua ahli TAPOPS termasuk BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Dia juga memiliki kasih sayang terhadap haiwan, iaitu Cattus seperti yang ditunjukkan dalam episod Dendam A.B.A.M..

Semasa dipengaruhi oleh EmotiBot, Tarung menjadi tenang. Tetapi apabila mendapat arahan daripadanya, Tarung lebih ganas dan menggunakan Sarung Tarung untuk menyerang BoBoiBoy dan kawan-kawannya.

Trivia

  • Namanya mungkin merujuk kepada kemahiran pertarungan pakarnya.
  • Warna kulit Tarung akan bertukar dari putih kepada merah setiap kali dia marah.
    • Walaupun begitu, apabila Tarung bereaksi terhadap hidangan laksa BoBoiBoy dan Gopal, imej latar belakang menunjukkan kulitnya telahpun berwarna merah sewaktu dia kecil.
  • Tarung merupakan watak kedua yang mempunyai lebih dari satu personaliti selepas Yaya.
  • Menurut Fang, Tarung hanya akan bersikap garang dan tegas semasa waktu bekerja sahaja iaitu bermula dari pukul 7 pagi sehingga 7 malam, melainkan waktu rehat. Bukan hanya itu, warna kulitnya juga akan berubah menjadi merah ketika waktu bekerja.
    • Memiliki sifat berlawanan pada waktu tertentu menjadikan Tarung watak kedua yang memiliki dua perwatakan yang berbeza, selepas Yaya.
  • Tarung mempunyai penampilan yang hampir serupa dengan Uno, antagonis utama dalam siri Ejen Ali.
  • Tarung merupakan alien yang menyerupai manusia keempat yang muncul, yang pertama ialah Fang, kedua ialah Kapten Kaizo, dan ketiga ialah Jokertu.
  • Tarung merupakan alien ketiga yang tidak pengsan selepas memakan biskut Yaya, yang pertama ialah Probe manakala yang kedua ialah Lahap.
    • Menurut surat peminat, Tarung tidak mengalami sebarang reaksi setelah memakan biskut Yaya adalah berkat dari latihan Tarung yang menguatkan perutnya untuk memakan benda-benda pelik. Tambahan pula, disebabkan Tarung adalah alien yang berasal dari planet lain maka sistem pencernaannya adalah berbeza dengan orang di Planet Bumi.
  • Tarung hampir sama dengan Gado dari siri permainan Bloody Roar pada tahun 90-an, selain daripada muka yang teruk.
  • Dalam temuramah bersama pelakon suara Tarung, Nur Iman Andaliz, ia didedahkan bahawa Sarung Tarung dijahit khas oleh Power Sphera bernama JahitBot, yang mana setiap jahitannya mempunyai kuasa yang tersendiri seperti sarung tempurnya.
  • Dia tinggal di Planet Dargha'ya, memelihara dan mengkaji spesies yang jarang berlaku sebelum dia bersara selepas mendengar bahawa Stesen Angkasa TAPOPS telah diserang.
  • Makanan kegemaran Tarung ialah laksa manakala minuman kegemarannya ialah teh hitam.
  • Jenis lagu kegemaran Tarung ialah lagu-lagu membina semangat.
  • Warna kegemaran Tarung ialah biru.
  • Laksamana Tarung kembali aktif dalam TAPOPS apabila mengetahui yang ianya dalam bahaya.

Galeri

Wiki-wordmark.png
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Tarung. Rujuk Tarung/Galeri.

Video

Rujukan

Advertisement