Tarikan Tanah merupakan salah satu kuasa bagi BoBoiBoy Gempa. Kuasa ini digunakan dengan mengeluarkan tanah yang tajam untuk berpegang.
Sejarah[]
BoBoiBoy[]
Dalam Musim 3, Episod 2, Ejo Jo terkejut dan marah melihat musuh-musuhnya terlepas lalu menyuruh Naga Bayang untuk menyedut mereka semua dengan lebih kuat. BoBoiBoy Gempa bertindak balas dengan menjelmakan Tarikan Tanah, iaitu cerancangan tanah untuk kawan-kawannya berpaut. Ribut angin Naga Bayang begitu kuat sehingga ada di antara mereka yang tidak larat untuk berpaut pada Tarikan Tanah lalu terlepas. BoBoiBoy Taufan cuba mengawal keadaan dengan melepaskan Pusaran Taufan, tetapi tidak cukup kuat untuk mengatasi sedutan Naga Bayang. Sambil berpaut-paut pada Tarikan Tanah, Yaya, Ying dan Gopal meminta Papa Zola, Tok Aba dan Iwan untuk memulangkan Jam Kuasa mereka.