TargetBot merupakan sebuah Power Sphera jahat yang pernah menjadi konco Jugglenaut. Kemudian, dia telah dibawa ke Stesen Angkasa TAPOPS dan diprogramkan semula.
Sejarah[]
BoBoiBoy Galaxy[]
TargetBot pertama kali muncul dalam dalam Sarkas Kegelapan, di mana ia melihat Jugglenaut mengaktifkan Power-Power Sphera yang telah dicuri tempoh hari. Ia kemudian merayau di sekitar khemah sarkas yang gelap lalu mengejutkan Gopal, menyebabkan dia berlari keluar dari khemah sarkas tersebut. Setelah BoBoiBoy, Yaya dan Ying memasuki ke dalam khemah itu, TargetBot muncul secara tiba-tiba lalu menakutkan mereka sehingga Yaya dan Ying menyerangnya. Tetapi ia berjaya mengelak serangan mereka dengan pantas sehingga membuatkan BoBoiBoy Api berasa marah lalu mengatur rancangan untuk menangkapnya.
Ying mula memperlahankan masa lalu Yaya memerangkapnya dengan tarikan graviti. TargetBot berjaya ditumpaskan selepas BoBoiBoy Api melancarkan serangan Bebola Api padanya. Lalu BoBoiBoy menggesanya untuk memberitahu di mana rakannya Gopal, tetapi ia berkata bahawa ia tidak tahu dan tidak bersalah. Setelah BoBoiBoy dan rakan-rakannya pergi menemui Gopal, TargetBot mengambil kesempatan untuk melarikan diri dan kembali ke Jugglenaut. Ia telah dihukum apabila dicampak ke dinding kerana gagal menghalang BoBoiBoy dan rakan-rakannya walaupun ia berjaya membuatkan mereka menunjukkan kuasa-kuasa mereka.
Dalam kredit akhir Sinaran Penamat, TargetBot telah diletakkan di bilik sementara Power Sphera bersama dengan Power-Power Sphera lain dan berada dalam mod tidak aktif.
Kuasa dan Kebolehan[]
- Kuasa Kelajuan: TargetBot mempunyai kuasa kelajuan yang digunakan untuk menakutkan lawannya dengan menggertak lawannya secara agresif dan ia juga mampu mengelak serangan lawan dengan laju. Kelemahannya ialah kelajuannya menurun apabila Ying menggunakan Kuasa Slo-Mo dan Yaya menggunakan Graviti Pemberat terhadapnya.
Trivia[]
- Nama TargetBot diambil dari perkataan "target" yang bermaksud sasaran, sesuai dengan rupanya yang menyerupai papan sasaran.
- TargetBot mempunyai kebiasaan menggunakan nama panggilan 'hamba'.