BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Tanah Pendinding merupakan salah satu kuasa bagi BoBoiBoy Gempa yang digunakan untuk menghalang serangan musuh dengan meninggikan aras tanah.

Penggunaan[]

Kuasa ini sebenarnya sama dengan Tanah Pelindung iaitu digunakan untuk pertahanan. Semakin kuat serangan musuh, semakin tinggi tanah ini dihasilkan untuk menampannya.

Sejarah[]

Dalam Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 3), BoBoiBoy Halilintar bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa dan menggunakan kuasa ini untuk menahan biskut Yaya gergasi, tetapi sebaliknya Tanah Pendinding diruntuhkan dengan mudah dan menuju ke BoBoiBoy Gempa. Dalam BoBoiBoy: The Movie, kuasa ini digunakan lagi oleh BoBoiBoy Gempa dengan menghasilkan tanah yang berdindingkan kristal untuk menghalang serangan Bora Ra dan Gaga Naz.

Seterusnya dalam Gergasi Cattus, kuasa ini mula digunakan oleh BoBoiBoy Tanah yang meninggikan aras tanah sebagai penghalang untuk melindungi Cattus dari ditangkap oleh Adu Du.

Trivia[]

  • Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 4 semasa babak BoBoiBoy Tanah menghasilkan Tanah Pendinding, suaranya diambil dari BoBoiBoy: The Movie.

Galeri[]

Advertisement