BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Tanah Pelindung merupakan teknik pertahanan bagi BoBoiBoy Tanah yang membolehkannya untuk melindungi diri ataupun kawan-kawannya dari serangan musuh.

Sejarah

Teknik ini pertama kali digunakan oleh BoBoiBoy dalam Musim 1, Episod 2 untuk melindungi Yaya dan Ying daripada tembakan pistol Adu Du. Teknik ini kelihatan jarang digunakan dalam musim pertama dan kedua, tetapi dalam Musim 2, Episod 12, ia digunakan oleh BoBoiBoy Gempa yang dicipta dalam bentuk bebola untuk melindungi dirinya dan Fang.

Dalam BoBoiBot Bersedia, versi 2.0 digunakan oleh BoBoiBot untuk melindungi dirinya dari Harimau Bayang.

Kuasa

BoBoiBoy Gempa
  • Tanah Pelindung, Berlapis-lapis: Meninggikan aras tanah untuk menyerang lawan secara bertubi-tubi.

Galeri

Advertisement