BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Tamparan Ombak ialah gerakan serangan BoBoiBoy Air.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Dalam Bangkit BoBoiBoy Air, BoBoiBoy Air menggunakan serangan ini untuk mengalahkan BoBoiBot Taufan.

Dalam Musuh Baru Dan Lama, BoBoiBoy Air menggunakannya untuk mengelak Tusukan Jari Jemari Bayang Fang.

Komik Mini: Api vs. Air[]

BoBoiBoy Air menggunakannya untuk melawan BoBoiBoy Api, tetapi dihentikan oleh BoBoiBoy Tanah.

BoBoiBoy Galaxy[]

Dalam Gelora BoBoiBoy Air, BoBoiBoy Air menggunakan Tamparan Ombak Gergasi untuk menghalang Roktaroka dari menuju ke rumah Tok Aba.

Dalam Pencetak Rompak, BoBoiBoy Air menggunakannya terhadap ApiBot cetak rompak buatan CetakBot dan RompakBot.

Kuasa[]

  • Tamparan Ombak Gergasi: BoBoiBoy Air menyeru ombak gergasi untuk memberikan tamparan kepada musuhnya.

Trivia[]

  • Ia dalam bentuk tangan ditunjukkan dalam Musim 3, Episod 20. Namun, ia dalam bentuk gelombang dalam Musim 3, Episod 24 dan BoBoiBoy Galaxy Episod 17.

Galeri[]

Video[]

Advertisement