BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


TAPOPS-U (TAPOPS Underground) ialah pangkalan TAPOPS dibina di Bumi telah dihadiri oleh geng BoBoiBoy sementara menunggu untuk Stesen Angkasa TAPOPS untuk dibina semula.

Sejarah

BoBoiBoy Galaxy Musim 2

Geng BoBoiBoy hadir pada pertemuan di TAPOPS-U. Koko Ci memulakan taklimat dengan memperkenalkan TAPOPS-U. Gopal bertanya mengapa perlu dibina pangkalan di Bumi sedangkan lebih senang dibina di angkasa, maka Koko Ci menerangkan bahawa semenjak BoBoiBoy menyertai TAPOPS, serangan musuh terhadap Stesen Angkasa TAPOPS meningkat sebanyak 500 peratus, malah penyamaran sebagai dobi turut terbongkar. Tarung mengumumkan penyamaran bagi TAPOPS-U sebagai "Pusat Pencuci Kapal Angkasa Suci" yang akan dikelola oleh Kaizo bersama bekas anak-anak kapal Kapten Vargoba.

Ciri-ciri

  • Kafeteria/Kantin
  • Bilik Kebal Power Sphera
  • Rumah Hijau

Trivia

  • "Koko-Kojato" ialah kod rahsia untuk masuk ke pangkalan rahsia.
Advertisement