BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


TAPOPS-B, juga dikenal sebagai TAPOPS-U (TAPOPS Underground) dalam komik, ialah pangkalan TAPOPS dibina di Bumi telah dihadiri oleh geng BoBoiBoy sementara menunggu untuk Stesen Angkasa TAPOPS untuk dibina semula.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy Musim 2[]

Geng BoBoiBoy hadir pada pertemuan di TAPOPS-U. Koko Ci memulakan taklimat dengan memperkenalkan TAPOPS-U. Gopal bertanya mengapa perlu dibina pangkalan di Bumi sedangkan lebih senang dibina di angkasa, maka Koko Ci menerangkan bahawa semenjak BoBoiBoy menyertai TAPOPS, serangan musuh terhadap Stesen Angkasa TAPOPS meningkat sebanyak 500 peratus, malah penyamaran sebagai dobi turut terbongkar. Tarung mengumumkan penyamaran bagi TAPOPS-U sebagai "Pusat Pencuci Kapal Angkasa Suci" yang akan dikelola oleh Kaizo bersama bekas anak-anak kapal Kapten Vargoba.

Akses[]

Untuk memasuki ke dalam pangkalan TAPOPS-U, ahli-ahli TAPOPS perlu memesan "Koko-Kojato" di warung Tok Aba yang berfungsi sebagai kod rahsia.

Ciri-ciri[]

  • Kafeteria TAPOPS-U
  • Bilik Kebal Power Sphera
  • Rumah Hijau
  • Pusat Kawalan TAPOPS-U

Galeri[]

Advertisement