BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Suzy merupakan salah seorang daripada pelajar kelas 5 Jujur di Sekolah Rendah Pulau Rintis.

Sejarah

BoBoiBoy

Dalam Musim 2, Episod 12, Suzy adalah salah seorang daripada gadis yang menyaksikan kemusnahan Probe. Dia juga adalah salah seorang pelajar darjah 5 yang diculik oleh Ejo Jo dan Komputer. Dia sering dilihat dengan gadis-gadis lain.

Dalam BoBoiBoy vs Ejo Jo Bahagian 1, dia menangis apabila BoBoiBoy akan dibunuh oleh Ejo Jo. Dia juga dilihat bersama gadis-gadis lain.

Rupa

Dia adalah lebih tinggi daripada Siti dan adalah kira-kira ketinggian Amy. Dia mempunyai rambut perang gelap dengan reben merah sebagai ekor kuda, mata ungu gelap dan kulit yang cerah. Sebagai watak kecil sekolah yang lain, dia sering dilihat berpakaian seragam yang lengan putih yang panjang dengan jalur merah di pergelangan tangan, ditutup seperti Iwan dan Ying tetapi warnanya adalah ungu, dengan reben kuning terang padanya dan kasut sekolah hitam. Dia sering dilihat memakai fesyen ekor kuda.

Perwatakan

Suzy kawan rapat dengan Siti dan gadis-gadis lain. Dia jarang dilihat bercakap dengan rakan-rakan sekelasnya, yang membuktikan bahawa dia lebih selesa dengan rakan-rakan perempuan dan tidak selesa dengan rakan-rakan lelaki selain Iwan.

Trivia

  • Dalam buku Detektif Yaya 1, Suzy mendedahkan bahawa dia ialah peminat setia kepada Yaya. Suzy juga mementingkan penampilan yang kemas dan cantik. Namun, perwatakannya yang tampak sombong dan tidak menghiraukan orang lain membuatkan dia tidak mempunyai ramai kawan.

Galeri

Kategori utama: Gambar Suzy
Advertisement