BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Super Probe merupakan mod pertempuran Probe yang pertama kali bertukar setelah serbuk koko dimasukkan ke dalam Probe.

Sejarah

BoBoiBoy

Super Probe pertama kali muncul dalam Musim 1, Episod 1, setelah setelah Adu Du mengarahkan Komputer untuk memasukkan lebihan serbuk koko ke dalam Probe membuatkan Probe hilang kawalan lalu berlari-lari ke sana sini. Kemudian, dia bertukar menjadi Super Probe sementara BoBoiBoy cuba mendapatkan semula koko. Kemudian Adu Du dan Super Probe mengejarnya apabila menyedari Bola Kuasa mengekori BoBoiBoy tetapi mereka gagal apabila BoBoiBoy berjaya melepaskan diri.

Dalam Musim 1, Episod 5, Probe telah bertukar menjadi Super Makcik Probe setelah Adu Du memasukkan dua cawan air koko dan memiliki tubuh badan berwarna merah jambu.

Dalam Musim 1, Episod 7, Probe telah bertukar menjadi Super Duper Probe yang dua kali ganda lebih besar dari Super Probe dalam dunia permainan untuk mengalahkan BoBoiBoy dan Gopal.

Dalam Musim 2, Episod 12, Probe menggunakan mod ini untuk berlawan dengan Robot PETAI. Walaupun dia teruk dibelasah, dia tetap bangkit untuk terus berlawan. Namun, apabila Super Probe mendapati PETAI ingin menembak Adu Du, dia segera melindungi bosnya. Akibatnya, seluruh tubuh Super Probe terlerai kepada bahagian yang lebih kecil dan sementara Probe melayang jatuh ke bawah, Adu Du berlari ke arahnya untuk menyambut Probe. Kemudian, Probe yang hanya tinggal separuh badan meminta maaf kepada Adu Du atas kesalahannya sementara kor tenaga nyawanya masih bertahan. Probe juga berterima kasih kepadanya atas jasanya yang telah mengutip dan menjaganya sementara Adu Du merayu kepada Probe untuk tidak meninggalkannya. Walau bagaimanapun, kor tenaga Probe berhenti bergerak selepas sempat meninggalkan kata-kata terakhir, "Probe, Robot Tempur... Misi Terakhir, tamat..."

Dalam Amukan Koko Jumbo, Probe dihidupkan semula dan tampil dalam bentuk barunya, Mega Probe semasa Koko Jumbo sedang mengamuk untuk memenyekkan Adu Du. Tambahan lagi, suara Probe apabila berada dalam bentuk barunya itu juga berubah supaya suaranya kedengaran lebih robotik. Sejak daripada itu, Probe tidak lagi menggunakan Super Probe.

Senjata

Serangan
3/5
Pertahanan
4/5
Ketangkasan
2/5
Keberanian
4/5


  • Laser Pemusnah: Super Probe menggunakan meriam yang berada di belakangnya bagi melancarkan laser pemusnah ke arah musuhnya.
  • Cakera Pemotong: Super Probe menggunakan cakera yang boleh memotong apa-apa sahaja dalam sekelip mata.

Rupa

Super Probe adalah dua kali ganda lebih besar berbanding dengan rupa asalnya dengan mempunyai senjata-senjata yang lebih kuat. Dia juga mempunyai dua kaki untuk berjalan dan roket serta sayap untuk terbang. Penyepitnya kini telah menjadi lebih besar sehingga boleh mengepit dua orang manusia sekaligus.

Kemunculan

Trivia

  • Berbanding dengan rupa Probe yang asal, Super Probe lebih besar dan melengkapi dengan senjata-senjata tembakan yang hebat dan boleh terbang dengan lebih tinggi.

Petikan dialog

  • "Mod: Super Probe!"
  • "Aku Super Probe! Robot Pemusnah!"

Galeri

Kategori utama: Gambar Super Probe

Gambar promosi

Cekupan skrin

Advertisement