BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Super Makcik Probe merupakan mod Probe yang bertukar setelah Adu Du memasukkan dua minuman koko ke dalam Probe. Ia hampir sama dengan Super Probe yang asal tetapi dengan warna merah jambu.

Sejarah

BoBoiBoy

Super Makcik Probe hanya muncul dalam Musim 1, Episod 5, apabila Adu Du menuang dua cawan koko Tok Aba ke dalam Probe dan Probe bertransformasi menjadi Super Makcik Probe yang mana warnanya berubah menjadi merah jambu berbanding mod asal yang berwarna ungu. Dia bertempur dengan BoBoiBoy dan rakan-rakannya dan telah menculik BoBoiBoy Petir dalam usaha Adu Du membuatkan BoBoiBoy hilang ingatan buat selamanya.

Senjata

  • Beg Tangan Maut: Beg tangan yang dilengkapi dengan pelbagai senjata tembakan yang begitu banyak.
  • Kilauan Cermin Mekap: Cermin yang digunakan untuk mengaburi pandangan lawan.
  • Tembakan Pisau Dapur: Super Makcik Probe melepaskan beberapa bilah pisau daripada pergelangan tangan kirinya untuk memerangkap lawan.
  • Sudip Penghalang: Digunakan untuk membalikkan sesiapa yang berlari dengan pantas seperti Ying.
  • Pengadun Roti Berduri: Digunakan untuk membunuh Ying, tetapi ditukarkan menjadi roti perancis oleh Gopal.
  • Laser Pemusnah: Sama seperti Super Probe.

Rupa

Rupa Super Makcik Probe hampir sama dengan Super Probe, tetapi seluruh badannya berwarna merah jambu dengan corak yang berwarna putih pada bahagian dada. Dia memakai cermin mata yang besar dengan bibirnya mempunyai kesan gincu.

Trivia

  • Jelas Probe, dia bertukar menjadi Super Makcik Probe kerana dia terbawa-bawa watak makciknya sebagai Makcik Saodah.
  • Tangan Super Makcik Probe telah ditukarkan menjadi roti dan Kuih Koci Mak Timah oleh Gopal.
  • Meskipun Super Makcik Probe dan Adu Du telah diperangkap oleh BoBoiBoy di bawah tanah, tetapi mereka dapat melepaskan diri selepas berbincang dengan bosnya.
  • Dalam Musim 2, Episod 10, Komputer Ejo Jo menunjukkan faktor mengapa komponennya seringkali rosak, iaitu selepas dipenuhi dengan bahan kimia yang tidak membantu.

Petikan dialog

  • "Aku... Super Makcik Probe!"
  • "Haha! Rasakan! Beg Tangan Maut!"
  • "Maaf, mak terbawa-bawa watak mak cik ni."
  • "Tapi jangan risau! Tengok ni, wahai anakku!"
  • "Eh, jadi roti?"
  • "Sekarang, makan ni!"

Galeri

Advertisement