Stesen Angkasa TAPOPS merupakan sebuah stesen di mana ahli-ahli pasukan TAPOPS berkumpul dan berehat. Stesen ini biasanya menyamar sebagai Dobi Angkasa untuk ahli-ahli TAPOPS mengorek maklumat-maklumat yang penting melalui taktik berborak dengan pelanggan-pelanggan yang datang. Dengan menggunakan resit dobi, ahli-ahli TAPOPS berkomunikasi dengan mereka yang sedang menjalankan misi di luar sana.
Dalam episod Sinaran Penamat, stesen TAPOPS akhirnya runtuh dan mengalami kemusnahan akibat kesan yang kuat dari serangan BoBoiBoy Solar.
Ciri-ciri
- Bilik BoBoiBoy dan Gopal: Bilik di mana BoBoiBoy dan Gopal berehat dan mengemaskan diri.
- Arena Latihan: Tempat di mana ahli-ahli TAPOPS berlatih atau menjalankan ujian.
- Perpustakaan: Tempat di mana ahli-ahli TAPOPS belajar dan mengulang kaji untuk mendapatkan maklumat.
- Bilik Kebal Power Sphera: Bilik berkunci yang menjadi tempat penyimpanan Power-Power Sphera berharga.
- Penjara: Mana-mana penjenayah yang dikehendaki oleh TAPOPS akan ditempatkan di penjara ini selepas berjaya diberkas.
Trivia
- Stesen Angkasa TAPOPS turut dikenali dengan Markas TAPOPS dan Dobi Angkasa.