BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

StealthBot merupakan sebuah Power Sphera yang berada dalam tangan Lanun Angkasa. Kemudian, ia berjaya diselamatkan oleh BoBoiBoy, Fang, dan Kapten Kaizo.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

Dalam Misi Koloni Lanun, BoBoiBoy, Fang dan Kapten Kaizo telah menemui StealthBot di dalam kapal angkasa Lanun. StealthBot telah diubahsuai oleh Lanun Angkasa di mana saiznya lebih besar dari yang sepatutnya. BoBoiBoy berpendapat mungkin mereka ingin menghalimunankan lebih banyak sasaran. Kaizo pula berkata rancangan mereka ialah untuk menyembunyikan satu armada supaya mereka boleh menyerang hendap. Fang berkata untuk menyelamatkannya dengan menggunakan kuasanya, namun Kaizo mengingatkan penggera akan berbunyi jika mereka berbuat begitu. Maka, mereka memanggil Cattus dan menggunakan BellBot untuk mengecilkannya lalu menggunakan kuasanya. Akhirnya, mereka berjaya menyelamatkan StealthBot selepas bertungkus-lumus melarikan diri dari Kapten Vargoba.

Dalam kredit akhir Sinaran Penamat, StealthBot telah diletakkan di bilik sementara Power Sphera beserta dengan Power-Power Sphera lain dan berada dalam mod tidak aktif.

Kuasa[]

  • Kuasa Halimunan: StealthBot mempunyai kebolehan untuk menghalimunankan sasaran supaya tidak dapat dikesan oleh musuhnya.

Rupa[]

Trivia[]

  • Nama StealthBot diambil dari perkataan "stealth", sesuai dengan kebolehannya yang sentiasa senyap.

Galeri[]

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

BoBoiBoy Galaxy

Lain-lain[]

Advertisement