BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Siti merupakan salah seorang daripada pelajar kelas 5 Jujur di Sekolah Rendah Pulau Rintis.

Rupa

Siti merupakan pelajar perempuan yang terpendek di kelas, malahan lebih pendek daripada Ying yang lebih muda daripadanya. Dia memakai tudung berwarna jingga dengan anak tudung berwarna warni. Pakaian sekolahnya seperti Yaya tetapi rompinya berwarna kuning.

Trivia

  • Seperti rakan-rakan sekelas lainnya, dia juga mesra terhadap BoBoiBoy dan kawan-kawannya kecuali Fang.
  • Seperti Iwan, dia juga salah seorang pelajar yang paling senyap dalam kelas.
  • Seperti Yaya, dia juga pakai tudung.
  • Siti menangis apabila BoBoiBoy dikalahkan oleh Ejo Jo dalam BoBoiBoy vs Ejo Jo Bahagian 1.
  • Seorang gadis kelihatan seperti memakai tetapi memakai tudung putih muncul dalam episod Apa Kata Yaya, Bersedekah.
  • Dalam Buku Detektif Yaya 2, Siti merupakan rakan sekelas Yaya. Seorang yang pemalu dan pendiam, tetapi mempunyai bakat melukis yang terpendam. Ke mana Siti pergi, dia akan membawa buku lakarannya bersama.

Galeri

Kategori utama: Gambar Siti
Advertisement