SimenBot adalah watak dalam BoBoiBoy Galaxy. Ia merupakan sebuah Power Sphera berharga yang pernah menjadi milik TAPOPS sebelum ini, namun ia telah dicuri dan digunakan oleh Jugglenaut.
Sejarah
BoBoiBoy Galaxy
SimenBot mula-mula dilihat sedang disimpan di dalam Bilik Kebal Power Sphera di Stesen Angkasa TAPOPS bersama-sama dengan ApiBot dan BebelonBot. Namun, ketiga-tiga mereka telah dicuri oleh Panto dan dihantar ke Planet Sarkas sebelum mereka diaktifkan dan diprogramkan semula oleh Jugglenaut dalam Musim 1, Episod 13. Kemudian Jugglenaut menggunakan SimenBot untuk melepaskan simen pengeras untuk memerangkap BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Koko Ci. Dalam Musim 1, Episod 14 pula, Kaizo telah berjaya memisahkan SimenBot daripada Jugglenaut. Setelah Jugglenaut dikalahkan oleh BoBoiBoy Halilintar, ketiga-tiga ApiBot, BebelonBot dan SimenBot telah dikumpulkan oleh Gopal lalu mereka dibawa semula ke Stesen Angkasa TAPOPS.
Kuasa
- Kuasa Simen Pengeras: Dengan menggunakan SimenBot, Jugglenaut melepaskan simen pengeras ke arah musuhnya untuk memerangkap mereka.
Trivia
- SimenBot merupakan Power Sphera kesembilan yang muncul dalam BoBoiBoy Galaxy, yang pertama ialah MotoBot, kedua ialah BellBot, ketiga ialah HookaBot, keempat ialah CardBot, kelima ialah ApiBot, keenam ialah MelonBot, ketujuh ialah GigiBot dan kelapan ialah BebelonBot.
- Namanya telah didedahkan pada skrin komputer.
- Menurut Koko Ci, SimenBot merupakan salah satu Power Sphera berharga yang berada dalam mod tidak aktif.
- Ia tidak diketahui bagaimana kedua-dua Power Sphera SimenBot dan BebelonBot didapatkan oleh Koko Ci.
- Oleh kerana SimenBot boleh menghasilkan simen, namanya ialah "SimenBot".
- Ia telah didedahkan oleh BoBoiBoy dalam surat peminat Majalah Komik #71 bahawa HookaBot, ApiBot, BebelonBot dan SimenBot sebenarnya agak bising apabila mereka bersama dalam satu bilik sehingga menyebabkan BoBoiBoy sukar untuk tidur, walaupun keempat-empat mereka tidak pernah bercakap ataupun bersuara dalam siri.
- SimenBot merupakan Power Sphera ketiga yang tidak bersuara. Yang pertama ialah ApiBot dan kedua ialah BebelonBot.