BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

SimenBot merupakan sebuah Power Sphera berharga yang pernah dicuri oleh Panto dan digunakan oleh Jugglenaut. Selepas kekalahannya, SimenBot diambil semula oleh TAPOPS.

Sejarah

BoBoiBoy Galaxy

SimenBot mula-mula dilihat sedang disimpan di dalam Bilik Kebal Power Sphera di Stesen Angkasa TAPOPS bersama-sama dengan ApiBot dan BebelonBot. Namun, ketiga-tiga mereka telah dicuri oleh Panto dan dihantar ke Planet Sarkas sebelum mereka diaktifkan dan diprogramkan semula oleh Jugglenaut dalam Sarkas Kegelapan. Kemudian Jugglenaut menggunakan SimenBot untuk melepaskan simen pengeras untuk memerangkap BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Koko Ci. Dalam Kemunculan Halilintar pula, Kaizo telah berjaya memisahkan SimenBot daripada Jugglenaut. Setelah Jugglenaut dikalahkan oleh BoBoiBoy Halilintar, ketiga-tiga ApiBot, BebelonBot dan SimenBot telah dikumpulkan oleh Gopal lalu mereka dibawa semula ke Stesen Angkasa TAPOPS.

Dalam kredit akhir Sinaran Penamat, SimenBot telah diletakkan di bilik sementara Power Sphera bersama dengan Power-Power Sphera lain dan berada dalam mod tidak aktif.

Kuasa

  • Kuasa Simen Pengeras: Dengan menggunakan SimenBot, Jugglenaut melepaskan simen pengeras ke arah musuhnya untuk memerangkap mereka.

Rupa

Trivia

  • Nama SimenBot berasal dari kuasanya iaitu penghasilan kuasa simen pengeras.
  • Menurut Koko Ci, SimenBot merupakan antara Power Sphera berharga yang berada dalam mod tidak aktif di samping ApiBot dan BebelonBot.
  • Bersama ApiBot dan BebelonBot, nama mereka pertama kali didedahkan menerusi skrin komputer.
  • Ia tidak diketahui bagaimana kedua-dua Power Sphera SimenBot dan BebelonBot didapatkan oleh Koko Ci.
  • Walaupun tidak pernah bercakap ataupun bersuara, tetapi menurut BoBoiBoy dalam surat peminat, SimenBot bersama HookaBot, ApiBot dan BebelonBot agak bising apabila mereka bersama dalam satu bilik sehingga menyebabkan BoBoiBoy sukar untuk tidur.
  • Rupa SimenBot sama dengan bentuk mangkuk ikan.
  • Dalam beberapa konsep seni SimenBot dalam BoBoiBoy Galaxy: Kemunculan Lagenda, ia mempunyai sepasang roda dan sepasang tangan.

Galeri

Advertisement