BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Sibella, juga dikenal sebagai Jeneral Sibella, ialah salah seorang Jeneral Berlima dari Planet Windara. Dia pertama kali muncul dalam Pergolakan Di Windara.

Sejarah[]

Sejarah awal[]

Sibella dilantik menjadi Jeneral oleh Maharaja Reramos pada suatu ketika sebelum kedatangan BoBoiBoy. Dia bekerja sejawat dengan Muskida, Cikala, Karumbang dan Vespira.

BoBoiBoy Galaxy Windara[]

Apabila Kuputeri bangkit semula dengan bantuan BoBoiBoy dan kawan-kawannya, Sibella dan Cikala menerima arahan untuk menangkap pemerintah asal Windara itu. Mereka pergi menyerang kapal angkasa Kuputeri yang menuju ke Windara, berlawan dengan wira-wira muda (khususnya Yaya dan Ying) dan berjaya menangkap buruan tersebut.

Apabila BoBoiBoy dan kawan-kawannya datang bertarung semula di Istana Kupuri, Sibella juga turun berlawan tetapi akhirnya dikalahkan dalam pertarungan sengit oleh Yaya dan Ying.

Kuasa[]

  • Tinju Mentadu/Tinju Mentadak/Jurus Tinju Mentadak: Sibella boleh menyerang lawan dengan tumbukan yang hebat.
  • Tinju Meteorit: Sibella melancarkan tumbukan pantas bertubi-tubi.

Rupa[]

Sibella merupakan makhluk yang menyerupai serangga mentadak. Dia mempunyai empat batang lengan, iaitu sepasang lengan seakan manusia dan sepasang lagi seakan mentadak. Warna kulitnya merah jambu dengan tepi-tepiannya yang berwarna tua. Kakinya mempunyai dua batang jari runcing dan berwarna merah jambu tua. Matanya terdiri daripada sklera hitam dan iris kuning.

Pakaian Sibella amat menyerupai busana Cina yang dipanggil ceongsam. Bajunya merah kuning cerah dengan bahu berbentuk gelembung runcing dan kolar V-cut terbuka, diimbuhi dengan dua helai reben pada bahagian dada. Dia juga dilengkapi sepasang sarung tangan waja, tali pinggang kuning, dan kain cawat berwarna merah bertepi kuning yang terpampang simbol seakan tengkorak.

Dalam versi animasi, reka bentuk Sibella diimbuh dengan sedikit corak jingga kuning dan sebentuk daiman pada dahinya.

Perwatakan[]

Sibella merupakan perajurit yang panas baran dan pedas mulutnya. Dia juga merupakan kenalan lama dengan Maripos.

Trivia[]

  • Reka bentuk Sibella adalah berdasarkan spesies mentadak orkid (Hymenopus coronatus) yang terkenal dengan warna merah jambunya.

Galeri[]

Advertisement