BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Shielda merupakan adik kembar perempuan kepada Sai. Sebelum ini, Shielda merupakan penjaga Power Sphera di Planet Volkania. Kemudian, dia telah dipindahkan ke Stesen Angkasa TAPOPS dan menjadi salah seorang anggota TAPOPS.

Sejarah[]

Kehidupan awal[]

Shielda merupakan ahli tetap dalam pasukan TAPOPS. Dia merupakan adik kembar kepada Sai, dan kedua-dua mereka adalah sepasukan bersama dengan Fang sebelum dia berpindah dan menyertai pasukan BoBoiBoy.

BoBoiBoy Galaxy[]

Dalam Pertarungan Hangat, Shielda bersama Sai dan Fang telah ditugaskan untuk menghalang pasukan BoBoiBoy daripada mengambil Power Sphera sebagai Pasukan A semasa Ujian Kental TAPOPS. Shielda dan Sai dengan mudah mengalahkan Yaya, Ying dan Gopal dan kemudian mereka pergi ke lokasi BoBoiBoy. Mereka telah menghina BoBoiBoy dan kawan-kawannya sebagai pasukan yang lemah dan menyamakan Fang seperti mereka. Penangan itu telah membangkitkan satu kuasa elemental BoBoiBoy, iaitu BoBoiBoy Api. BoBoiBoy yang tidak dapat mengawal perasaan terus menyerang Pasukan A sehingga Laksamana Tarung tiba dan mengumumkan bahawa Ujian Kental telahpun tamat, membuatkan Pasukan A berasa lega. Tarung turut menenangkan BoBoiBoy yang membuatkan dia kembali normal. Setelah semua kembali ke Stesen Angkasa TAPOPS, Shielda dan Fang meminta maaf kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya kerana keterlaluan dan kemudian berbaik dengan mereka.

Shielda muncul secara ringkas dalam Si Penceroboh Panto bersama Sai dan Fang, ditugaskan oleh Laksamana Tarung untuk menjaga Jokertu dari melarikan diri dari penjara. Kemudian dalam Loopa Lupa?, Shielda bersama pasukannya muncul secara ringkas apabila mereka berusaha untuk melindungi Stesen Angkasa TAPOPS yang telah diserang oleh penjahat asing. Mereka akhirnya dikalahkan oleh Tarung dengan Kuasa Sarung Tarung.

BoBoiBoy Movie 2[]

Selepas penduduk Kampung Rimbara masuk ke dalam sebuah kapal angkasa, Shielda menjaga mereka sementara Sai mengenderai kapal angkasa itu membawa mereka ke tempat yang selamat.

Kuasa[]

Serangan
2/5
Pertahanan
4/5
Ketangkasan
3/5
Keberanian
5/5
Kelajuan
3/5


  • Perisai: Merupakan senjata asas bagi Shielda yang mempunyai kuasa tersendiri. Perisai milik Shielda merupakan peralatan penting yang memberi perlindungan kepada diri sendiri ataupun abangnya apabila berhadapan dengan lawan. Oleh sebab itu, Shielda lebih cenderung kepada pertahanan daripada serangan setiap kali bertempur.
    • Lantun Semula: Dengan perisainya, Shielda boleh menyerap dan kemudian melantun semula dengan lebih kuat. Bukan sahaja serangan lawan, malah objek seperti batu, serangan mulut, dan lain-lain pun boleh diserap dan dilantunkan semula.
    • Pertahanan Perisai: Shielda menggunakan perisainya sebagai teknik pertahanan diri dari serangan lawan.
    • Hentakan Perisai: Serangan asas bagi Shielda dengan menghentakkan perisainya di atas tanah dan menghasilkan gelombang kuasa yang boleh mematahkan serangan lawan.
    • Rempuhan Perisai: Shielda berlari ke arah lawannya dengan laju lalu menggunakan perisainya untuk merempuh lawan dengan laju.

Rupa[]

Dia mengenakan pakaian yang sama seperti abangnya, akan tetapi perisai miliknya adalah lebih besar dan sesuai untuk mempertahankan diri dari serangan.

Perwatakan[]

Seperti abangnya, Shielda adalah seorang yang serius dan efisien, terutama sekali dalam misinya. Tetapi, dia nampak lebih penyabar daripada abangnya dan tahu apabila perlu mundur apabila keadaan dalam situasi yang bahaya atau tidak terkawal. Tetapi, dia juga sangat degil.

Trivia[]

  • Nama Shielda diambil dari perkataan shield iaitu bermaksud perisai dalam bahasa Inggeris, yang merupakan senjata utamanya.
  • Walaupun kadangkala Shielda dan Sai perlu bersaing antara satu sama lain dengan BoBoiBoy dan rakan-rakannya ketika latihan kental, tetapi lazimnya mereka saling berkawan antara satu sama lain. Shielda dan Sai juga sentiasa memberikan tips yang berguna kepada mereka.[1]
  • Dia dan abangnya mempunyai tiga tanda di bawah mata mereka yang serupa dengan ibu Fang dan Kaizo dalam komik ekstra BoBoiBoy Galaxy: Ledakan Cahaya.
  • Makanan kegemaran Shielda ialah pisang goreng manakala minuman kegemarannya ialah teh hijau.
  • Jenis lagu kegemaran Shielda ialah pop.
  • Warna kegemaran Shielda ialah hijau, sama seperti abang kembarnya.
  • Shielda pernah dibawa berjalan-jalan ke pantai Pulau Rintis oleh Yaya dan Ying.[2]
  • Shielda selalu memberikan tips tentang seni mempertahankan diri dan cara pertarungan yang efektif kepada Yaya dan Ying.
  • Dalam sebuah komik mini, perisai Shielda mempunyai banyak kegunaan, antaranya sebagai pertahanan diri, mainan haiwan peliharaan, kuali dan payung.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Shielda

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

BoBoiBoy Galaxy
Lain-lain
BoBoiBoy Movie 2
Lain-lain

Rujukan[]

Advertisement