Sharmine Bakri merupakan salah seorang kakitangan dalam syarikat Animonsta Studios. Beliau merupakan antara penggubah muzik yang menyusun beberapa lagu dalam francais BoBoiBoy.
Biografi[]
Sharmine merupakan seorang lulusan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang terletak di Shah Alam, Selangor dalam jurusan Sarjana Muda Gubahan Muzik.
Kerjaya[]
Sharmine berkhidmat sebagai pelakon suara di syarikat Monsta, misalnya telah menyuarakan watak EggaBot dalam BoBoiBoy Movie 2, Jaga Kar dalam Motion Comic BoBoiBoy Galaxy Musim 2 dan Yaya dalam Kembali Aidilfitri.
Selain menyumbangkan suaranya, beliau juga bertanggungjawab dalam menggubah dan menyusun lagu, muzik dan runut bunyi dalam francais BoBoiBoy. Antara kerja gubahan yang telah dijayakan oleh Sharmine ialah:
Nama kerja | Tahun | Catatan |
---|---|---|
Lagu Pembukaan Fly With Yaya | 2018 | |
Runut bunyi BoBoiBoy Movie 2 | 2019 | Bersama Yuri Wong |
Runut bunyi Papa Pipi | 2019 | Bersama Muhamad Nazmeen Mohd Nasir |
Bersedia Extended Version | 2021 | Disusun semula |
Kembali Aidilfitri | 2022 | |
Temani Raya | 2023 | |
Kembali Beraksi | 2023 | Disusun |
Trivia[]
- Sharmine sangat suka akan kucing.