BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

BoBoiBoy: The Movie

Robot T


Robot T merupakan sekumpulan robot-robot kuning yang berasal dari Kapal angkasa Tengkotak.

Sejarah

Dalam rancangan untuk menangkap Klamkabot dan merampas kuasanya, Robot T digunakan untuk mengikat dan menghentikannya. Namun, walaupun berjaya berbuat demikian, usaha mereka tetap gagal apabila Klamkabot menggunakan sisa tenaga teleportasi yang ada di dalam dirinya untuk melarikan diri.

Kuasa

  • Tembakan Pengikat: Robot-robot T melepaskan satu tembakan dan mengikat musuh untuk menghentikannya.

Trivia

  • Robot T dieja sebagai "Robot Tee" dalam komik BoBoiBoy: Sfera Kuasa.

Galeri

Nenek Sayur


Nenek Sayur ialah seorang nenek dalam BoBoiBoy: The Movie. Akibat adegan kejar-mengejar di antara Tiga Rob dengan polis Pulau Rintis dan BoBoiBoy, sayur kepunyaan nenek tersebut hancur dilanggar tayar kereta. Akibatnya nenek itu menjadi marah dan mahu menuntut bela atas sayurnya dan dengan bantuan BoBoiBoy Taufan, dia berjaya membalas dendam dengan menarik telinga Roberto Santana.

Sejarah

Apabila nenek itu menunggang basikal sambil membawa sayur-sayurannya, geng RDB hampir menabrak nenek dan BoBoiBoy berpecah jadi tiga dengan BoBoiBoy Halilintar, Taufan dan Gempa. Taufan menyelamatkan nenek itu dari kereta geng RDB. Selepas diselamatkan oleh Taufan, salah satu sayur-sayurnya dilanggar oleh tayar kereta dan bikin nenek menangis sayur-sayurnya dimusnahkan. Kerana itu, Taufan membantu nenek itu mengejar geng RDB untuk membalas dendam demi sayur-sayurnya dan juga membantu pihak polis. Rob dan Roberto melemparkan bungkusan dobi-dobi ke arah mobil polis. Kerana itu, mobil itu hampir menumpaskan Taufan dan nenek sampai mereka mengelakkannya. Apabila Rob dan Roberto masih melemparkan bungkusan dobi-dobi ke arah pihak polis, BoBoiBoy Taufan dan juga nenek, akhirnya ketiga-tiga BoBoiBoy berjaya untuk mengalahkan geng RDB dan nenek pun menghukum mereka dengan memulas telinga untuk membalas dendam. Nenek dan BoBoiBoy Gempa mengujar "Terbaik".

Kebolehan

  • Pulasan Telinga: Walaupun nenek tidak mempunyai sebarang kuasa, dia boleh memulas telinga Rob, Robert dan Roberto sebagai bentuk hukuman kerana memusnahkan sayur-sayurannya ketika mereka dikejar oleh polis.

Rupa

Nenek memiliki kening berwarna hitam, mata berwarna ungu terang, hidung besar dan gigi besar. Dia pun mengenakan tudung berwarna pasir kuning, berkacamata perang kemerahan, subang berwarna ungu, baju berwarna merah berbentuk bunga dan ada bunga kuning di bajunya, seluar berwarna perang dan selimpah berwarna hitam.

Apabila nenek menunggang basikal, basikalnya tersebut memiliki rangka-rangkanya berwarna ungu, tayar berwarna hitam, tengkuk berwarna kelabu terang dan juga sarung hendal berwarna hitam. Ada juga bakul berwarna kelabu didepan basikal dimana sayur-sayurnya berada.

Perwatakan

Tidak diketahui tentang perwatakan nenek ini. Ia menunjukkan bahawa dia suka sayur. Ketika sayur-sayurnya dimusnahkan, dia menjadi naik berang dan membalas dendam kepada seseorang yang dianggap bertanggungjawab terhadapnya.

Galeri

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun


Raksasa Pengun merupakan seekor raksasa yang mendiami di Planet Saharu bersama anaknya. Ia pertama kali muncul dalam BoBoiBoy Movie 2.

Trivia

  • Raksasa Pengun memiliki beberapa persamaan dengan Raksasa Gurunda dalam BoBoiBoy Galaxy kerana mereka sangat protektif terhadap anaknya. Disebabkan oleh perkara Gopal, dia mengejar BoBoiBoy dan Gopal dengan marah. Ketika anak mereka bersama Gopal, dia kemudian mengejarnya. Akhirnya, dia bersatu semula dengan anak mereka. Mereka juga berkongsi pelakon suara yang sama.

Galeri

Anak Pengun


Anak Pengun merupakan anak Raksasa Pengun yang muncul dalam BoBoiBoy Movie 2.

Trivia

  • Anak Pengun mempunyai beberapa persamaan dengan Anak Raksasa Gurunda dalam BoBoiBoy Galaxy kerana mereka dicuri oleh Gopal dalam bentuk telur sebelum menetas. Selepas mereka menetas, mereka berdua menyerang Gopal sebelum ibu mereka datang menyerangnya. Akhirnya, dia bersatu semula dengan ibu mereka. Mereka juga berkongsi pelakon suara yang sama.

Galeri

Kuda Botak


Kuda Botak merupakan kuda peliharaan yang dimiliki oleh Hang Kasa. Ia membuat kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy Movie 2.

Galeri

Lain-lain

Pokok Bak-Bak


Pokok Bak-Bak ialah pokok yang muncul dalam BoBoiBoy Movie 2. Ia merupakan salah seorang penduduk Planet Quabaq.

Galeri


Raja Bayugan


Raja Bayugan ialah raja Planet Bayugan.

Sejarah

Dia muncul dalam sistem penghantaran di mana dia mengucapkan terima kasih kepada TAPOPS kerana memberikan mereka amaran awal tentang Retak'ka tiba ke planet mereka.

Advertisement