Ini adalah senarai watak kecil yang muncul dalam francais BoBoiBoy.
Alebi[]
"Jangan takut Encik Alebi, tikus tu dah tak ada." |
Alebi merupakan seekor gajah yang mempunyai ketakutan terhadap tikus. Ia dilihat dalam imbas kembali oleh BoBoiBoy Angin dalam Musim 1, Episod 3, yang menunjukkan Yaya sebagai yang paling kuat di kalangan rakan-rakannya kerana dia mampu mengangkat Alebi yang berada di atas sofa. Asal-usulnya langsung tidak diketahui.
Trivia[]
- Babak di mana Yaya mengangkatnya dengan sofa asalnya berasal dari iklan pengenalan Yaya.
Galeri[]
- Kategori utama: Gambar Alebi
Wahid[]
Wahid ialah watak kecil dalam siri BoBoiBoy yang muncul dalam Musim 1, Episod 1.
Sejarah[]
Wahid merupakan pemandu Keretapi Yong Pin Aerotrain, iaitu keretapi yang dinaiki oleh BoBoiBoy untuk pulang ke Pulau Rintis. Wahid bernasib malang kerana dia terlupa untuk menutup mikrofon apabila dia menyanyi lagu yang didengari oleh semua penumpang termasuk BoBoiBoy. Dia meminta maaf di atas suara yang membuatkan semua penumpang dengar dan meminta supaya kesilapan itu tidak sampai kepada pengetahuan bosnya.
Trivia[]
- Jika anda menonton babak paling pertama dalam Musim 1, Episod 1 (tidak termasuk babak Super Probe mengejar BoBoiBoy kerana babak tersebut adalah sneak peek untuk bahagian kedua), Wahid merupakan watak pertama yang muncul dalam siri ini.
- Nama dia boleh dilihat di bahagian kiri bajunya yang tertera sebagai tanda nama.
Ernie[]
Ernie ialah watak kecil dalam siri BoBoiBoy.
Sejarah[]
Ernie muncul secara ringkas dalam Musim 1, Episod 1, di mana dia sedang menemani BoBoiBoy di dalam keretapi Yong Pin Aerotrain Express yang sedang menuju ke Pulau Rintis.
Dia juga membuat kemunculan kecil ketika Gopal berjalan dalam pergerakan perlahan dalam Musim 1, Episod 13.
Rupa[]
Ernie memiliki rambut dan kening yang berwarna hitam, mata yang berwarna perang dan berkulit cerah serta mengenakan baju ungu dan rompi hitam.
Perwatakan[]
Ernie boleh disifatkan sebagai seorang remaja yang baik hati, kerana dia tidak keberatan untuk menemani BoBoiBoy semasa di dalam keretapi.
Trivia[]
- Walaupun BoBoiBoy memanggil Ernie sebagai 'abang', dia bukan abang kandung BoBoiBoy.
- Dalam bahasa Melayu, seseorang itu biasanya menggunakan dengan cara sopan dan lazim untuk merujuk kepada orang tua sebagai 'abang', tetapi ia digunakan sama seperti bagaimana seseorang merujuk kepada orang asing sebagai 'encik' atau 'puan'.
- Ernie merupakan watak pertama yang disuarakan oleh Noriman Saffian dan dia berkongsi pelakon suara yang sama dengan Encik Biskut dan Ejo Jo.
- Penampilan Ernie agak mirip dengan Azroy, iaitu watak dalam telenovela dunia fiksyen, Seguni Mawar Merah. Satu-satunya perbezaan di antara mereka adalah Ernie memakai baju ungu manakala Azroy berbaju merah.
- Terdapat kemungkinan bahawa Ernie adalah pelakon untuk watak Azroy dalam telenovela itu.
- Ernie dikreditkan sebagai Penumpang Dewasa dalam Musim 1, Episod 1.
Makcik Kuih[]
Makcik Kuih merupakan watak kecil dalam siri BoBoiBoy.
Sejarah[]
Dalam Musim 1, Episod 1, gambarnya terdapat di papan iklan animatronik. Aksinya yang memotong terung ungu dengan sebilah pisau menyebabkan Probe menjerit ketakutan kerana dia juga berwarna ungu seperti terung.
Dalam Musim 1, Episod 2 pula, Makcik Kuih menjerit meminta tolong kerana sebakul kuih yang dijualnya tidak dapat dihabiskan. Dia akhirnya dibantu oleh Yaya dan kawan-kawannya dengan mengumpul duit untuk membeli kuihnya.
Trivia[]
- Disebabkan oleh peranan yang kecil, Makcik Kuih tidak diberikan nama rasmi.
- Makcik Kuih merupakan watak pertama yang disuarakan oleh Ezdiani Ahmad Fawzi. Watak yang kedua ialah Makcik Kantin dan yang ketiga ialah Mama Zila.
- Apabila mulutnya dilihat dengan teliti dalam Musim 1, Episod 2, gigi tengahnya berwarna emas.
Galeri[]
Pakcik Ikan[]
Pakcik Ikan merupakan watak kecil dalam siri BoBoiBoy. Gopal membantunya untuk mencari kuasanya.
Sejarah[]
Dia muncul ketika Gopal mendengar dia meminta bantuan kerana seekor kucing kurus bernama Potato mencuri ikannya. Kemudian Gopal cuba mendapatkan ikan dari Potato tetapi dia disiksa dan tercalar. Dia juga membuat kemunculan kecil dalam Musim 1, Episod sebagai pelanggan di Tok Aba's Kokotiam.
Galeri[]
Robot Hamba[]
Robot Hamba ialah salah satu robot Adu Du selain Probe.
Sejarah[]
Dalam Musim 1, Episod 2, mereka telah diarahkan oleh Adu Du untuk mencari lokasi BoBoiBoy dan Ochobot, kemudian mereka cuba mencuri beberapa koko Tok Aba tetapi mereka berjaya dihalang oleh BoBoiBoy dan kawan-kawannya, membuatkan Adu Du bertambah geram. Dalam Musim 1, Episod 5, mereka cuba mencuri koko Tok Aba sekali lagi tetapi Gopal menukarkan mereka menjadi chickadees dan bercadang untuk menjualnya di warung Tok Aba. Namun Tok Aba tidak mengizinkannya kerana chickadees adalah tidak sihat untuk dimakan. Kemudian dalam Musim 1, Episod 11, salah satu daripada mereka mengintai BoBoiBoy Angin yang sedang berbicara dengan Yaya tentang susu kambing putih untuk membuat biskut.
Beberapa Robot Hamba bertindak sebagai kamera sewaktu BoBoiBoy dan kawan-kawannya berada di Markas Kotak dalam emosi yang tidak terkawal dan sebagai jurukamera sewaktu rancangan MKHIPI.
Rupa[]
Robot Hamba dicipta untuk mematuhi arahan Adu Du. Mereka mempunyai antena hijau di kepala mereka dan mata yang berwarna merah yang boleh melepaskan tembakan laser. Ia juga boleh menjadi kamera untuk tujuan pengintipan musuh, dan rakamannya dihubungkan ke skrin Markas Kotak.
Galeri[]
- Kategori utama: Gambar Robot Hamba
Popo[]
Popo merupakan seekor penguin yang tinggal di Kutub Selatan.
Sejarah[]
Dalam Musim 1, Episod 3, BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Petir diingatkan oleh BoBoiBoy Angin bahawa Ying pernah pergi sejauh Kutub Selatan pada minggu lalu apabila BoBoiBoy menyuruhnya membelikan dua plastik ais. Popo enggan memberikan satu plastik ais itu walaupun selepas disuruh oleh Ying. Dalam Musim 1, Episod 10 pula, Popo muncul dalam video khas yang dipaparkan oleh Probe dan Komputer yang diambil dari video "Meet Ying".
Rupa[]
Popo mempunyai kepala hitam, mata dan sirip, dan bahagian bawah siripnya berwarna putih seperti seluruh tubuh badan depannya dengan paruh kuning dan sepasang kaki.
Trivia[]
- Dia pertama muncul dalam video Meet Ying apabila Ying pergi ke Kutub Selatan tetapi terperangkap sendiri apabila badai salji tiba tetapi Popo membantunya oleh membaling bola salji dan membiarkannya bebas.
Galeri[]
Posmen[]
Posmen merupakan watak kecil dalam siri BoBoiBoy.
Sejarah[]
Dalam Musim 1, Episod 5, apabila BoBoiBoy Angin ditugaskan untuk menghantar tin koko kepada nenek Ying, dia tersalah tempat dengan pergi ke Pejabat Pos Pulau Rintis. Disebabkan itu, Posmen membantu dia mencari rumah nenek Ying.
Dalam Musim 1, Episod 11, Posmen kelihatan sangat kecewa kerana tayar van penghantarannya tidak rata yang memberi perhatian kepada Yaya apabila mendapati BoBoiBoy Angin.
Dalam Musim 1, Episod 13, Posmen membuat kemunculan ringkas ketika Gopal berjalan dalam gerakan lambat.
Trivia[]
- Dalam Musim 1, Episod 11, Posmen dilihat telah menganggap van penghantaran suratnya seperti anak lelakinya sendiri.
- Dia juga muncul dalam satu setem BoBoiBoy.
Galeri[]
- Kategori utama: Gambar Posmen
Nenek Ying[]
Nenek Ying ialah watak kecil dalam siri BoBoiBoy. Beliau merupakan nenek kepada Ying.
Sejarah[]
Dalam Musim 1, Episod 5, Nenek Ying menjadi salah seorang pelanggan yang memesan koko dari warung Tok Aba. Beliau duduk di luar rumahnya sementara menunggu tin koko dihantar oleh BoBoiBoy Angin dengan bantuan seorang Posmen.
Dalam Musim 1, Episod 13, Nenek Ying hanya tampil sebagai watak kecil di Stesen Keretapi Pulau Rintis apabila dia berjalan dengan lebih laju daripada Gopal yang berjalan dalam gerakan yang perlahan.
Dalam Musim 2, Episod 9, Nenek Ying menjadi salah seorang penonton rancangan MKHIPI bersama-sama dengan Tok Aba, ToToiToy, Pakcik Kumar dan Sasha pada pukul empat setengah pagi.
DalamKerjasama BuBaDiBaKo, BoBoiBoy dan Gopal membantunya melintasi jalan.
Dalam 5 Panglima Scammer, Nenek Ying ditemubual oleh Ravi J. Jambul tentang perasaannya di saat bandar diserang makhluk asing.
Perwatakan[]
Seperti cucunya Ying, dia suka ketawa sedikit apabila berkata sesuatu tetapi tidak bercakap dan berjalan pantas. Kerana usia, beliau perlu menggunakan tongkat untuk berjalan, tetapi beliau adalah lebih cepat apabila Gopal berjalan gerak perlahan.
Trivia[]
- Menurut Ying dalam Apa Kata Yaya: Buat Baik Dengan Haiwan, neneknya alah dengan kucing kurus.
- Dalam Papa Pipi: Nekpi-Robik, nenek Ying masih bertenaga dan cergas menari meskipun sudah berusia.
Galeri[]
- Kategori utama: Gambar Nenek Ying
Cekupan skrin[]
- BoBoiBoy
- Musim 1
- Musim 2
- Musim 3
Makcik Saodah[]
Makcik Saodah ialah watak kecil dalam siri BoBoiBoy.
Sejarah[]
BoBoiBoy[]
Dalam Musim 1, Episod 4, Adu Du telah mengarahkan Probe untuk menyamar sebagai Makcik Saodah dan membeli biskut Yaya. Namun Yaya dapat mengecam rupa "Saodah" sebagai Probe, tetapi tetap memberikan sekeping biskut kepadanya. Akhirnya, dia dikenakan tumbukan oleh Yaya kerana mengatakan bahawa biskutnya rasa macam kertas pasir.
Dalam Musim 1, Episod 5, menurut Tok Aba, Makcik Saodah merupakan bekas jiran Yaya. Probe turut menyamar menjadi Makcik Saodah sekali lagi sementara Adu Du menyemar menjadi anaknya yang ke-13, Leman.
Dalam Musim 2, Episod 11, Probe, sebagai Makcik Saodah muncul lagi di sekolah bersama anaknya yang bernama Abdul Adu Dul (Adu Du).
Trivia[]
- Makcik Saodah merupakan seorang bekas penjual nasi lemak. Dia berhenti disebabkan oleh tidak ada masa kerana mempunyai 13 anak
Galeri[]
- BoBoiBoy
- Musim 1
- Musim 2
Leman[]
Leman ialah watak kecil dalam siri BoBoiBoy.
Sejarah[]
Musim 1, Episod 5[]
Disebabkan oleh Probe menyamar sebagai Makcik Saodah, bekas jiran Yaya, Adu Du menyamar sebagai Leman yang merupakan anak ketiga belas Saodah.
Trivia[]
- Ia tidak diketahui jika Makcik Saodah betul-betul mempunyai tiga belas anak kerana dia mempunyai dua belas anak.
Galeri[]
Konsep seni[]
Cekupan skrin[]
- BoBoiBoy
Tauke[]
Tauke ialah watak kecil dalam siri BoBoiBoy. Dia merupakan seorang lelaki tua yang bekerja sebagai seorang penemuduga.
Sejarah[]
Dalam Musim 1, Episod 10, Probe telah memberitahu bahawa Papa Zola telah mengeluarkan sebuah buku yang menjadi buku terbaik pada abad ini (abad dalam musim pertama siri BoBoiBoy) setelah gagal dalam semua temuduganya, iaitu buku 1001 Sebab Gagal Temuduga. Antara tip-tipnya ialah "Jangan Pandai Memandai-mandai" dan "Jangan Bersalah Mengaku Salah". Ditunjukkan pula ketika Papa Zola ditemuduga oleh Tauke, namun kelakuan Papa Zola telah membuatkan si Tauke menghalaunya, tetapi dengan cara yang baik.
Rupa[]
Dia merupakan seorang tua yang berkulit gelap, dia berbotak, mempunyai kening berwarna kelabu, mata berwarna perang, memakai cermin mata yang memiliki cermin berbentuk bulat, hidung yang panjang kebawah, telinga yang besar, dan juga janggut yang mempunyai sedikit rambut dan juga berwarna putih. Dia memakai kemeja berwarna hijau gelap dan juga rompi berwarna hijau dengan nama tag yang dinamakan "Tauke".
Perwatakan[]
Tauke merupakan seorang penemuduga yang sangat rajin dan juga serius dalam pekerjaannya. Tetapi, dia juga tersinggung dengan kejenakaan Papa Zola. Dia juga menghalau orang dengan cara baik tanpa keras dengan membuatkan Papa Zola keluar dari pintu.
Trivia[]
- Walaupun Tauke kelihatan tua, tetapi dia masih lagi boleh bekerja sebagai seorang penemuduga.
Galeri[]
Azroy[]
Azroy merupakan watak sampingan dalam siri BoBoiBoy yang muncul dalam telenovela Seguni Mawar Merah sebagai pemilik kucing bernama Sasha.
Sejarah[]
Dalam telenovela, dia kelihatan sangat sedih kerana dia mahu mengucapkan selamat tinggal terakhir kepada Sasha, kucingnya yang lama hilang sebelum pergi ke kolej, dalam Musim 1, Episod 11. Apabila air mata dalam satu mata akan jatuh, Adu Du menyerah emosi yang membuatnya menangis. Dia dan Sasha saling melihat lagi yang membuat BoBoiBoy Taufan menangis.
Rupa[]
Rupa Azroy sama seperti Ernie, dan watak Azroy dilakonkan oleh Andry Siau.
Trivia[]
- Azroy sama dengan Ernie, perbezaannya ialah Azroy memakai baju merah.
- Dia juga membuat penampilan datang dalam Extended Finale.
Galeri[]
- Kategori utama: Gambar Azroy
Video[]
Sasha[]
Sasha merupakan watak sampingan dalam siri BoBoiBoy yang muncul dalam telenovela Seguni Mawar Merah sebagai kucing kurus kesayangan Azroy.
Sejarah[]
Dalam Musim 1, Episod 11, Sasha disebut oleh Probe sebagai kekasih Azroy, tetapi ia belum mendedahkan bahawa dia adalah seekor kucing kurus sehinggalah episod terakhir.
Dalam Musim 1, Episod 12, Ochobot memancarkan episod terakhir "Seguni Mawar Merah" keluar dari matanya untuk tontonan BoBoiBoy Taufan, di mana Azroy akhirnya bersatu semula dengan 'kekasihnya' iaitu Sasha si kucing kurus setelah tiga tahun berpisah. Disebabkan oleh pengakhiran jalan ceritanya yang dramatik, menyebabkan BoBoiBoy Taufan sebak melihat babak tersebut dan bertukar balik menjadi BoBoiBoy Angin.
Dalam Musim 2, Episod 9, Sasha membuat penampilan ringkas apabila menonton rancangan MKHIPI dan menjadi salah satu penonton rancangan tersebut.
Dalam Amukan Koko Jumbo, Sasha muncul dalam imbas kembali dengan Potato ketika Koko Jumbo sedang berjalan.
Rupa[]
Sasha memiliki bulu berwarna putih dan badan yang agak kurus. Matanya berwarna biru.
Trivia[]
- Sasha merupakan kucing kurus kedua yang muncul dalam siri BoBoiBoy. Watak kucing kurus yang pertama ialah Potato.
- Sasha dianggap sebagai setengah yang menonton rancangan MKHIPI daripada semua empat orang setengah penonton.
Galeri[]
Gambar promosi[]
- BoBoiBoy
- BoBoiBoy Galaxy
Cekupan skrin dipadamkan[]
- BoBoiBoy
Cekupan skrin[]
- BoBoiBoy
- BoBoiBoy Galaxy
Cekupan skrin dipadamkan[]
- BoBoiBoy
Video[]
Encik Biskut[]
Encik Biskut ialah watak kecil dalam siri BoBoiBoy.
Sejarah[]
Encik Biskut adalah watak kecil dalam Musim 1, Episod 11 yang muncul dalam siaran TV untuk Hari Biskut Sedunia, yang mana ianya telah mengejutkan Gopal, BoBoiBoy dan Ying yang lupa akan Hari Biskut Sedunia pada hari tersebut, lebih-lebih lagi dengan Yaya yang akan meminta tolong mereka untuk membuat biskut.
Trivia[]
- Encik Biskut merupakan watak kedua yang disuarakan oleh Noriman Saffian selepas Ernie dan Ejo Jo.
Petikan dialog[]
- "Harga runtuh! Harga runtuh!"
- "Untuk menikmati potongan harga sehingga 90%!"
- "Datanglah ke Gedung Membeli-belah Atan!"
- "Anda tak tahu bagaimana nak menyambut Hari Biskut Sedunia?"
- "Jangan risau, saya Encik Biskut!"
Galeri[]
Cikgu Disiplin[]
Cikgu Disiplin ialah watak yang tidak pernah muncul dalam siri BoBoiBoy. Beliau merupakan seorang guru disiplin di Sekolah Rendah Pulau Rintis. Meskipun tidak pernah muncul, tetapi beliau telah disebut dalam beberapa episod.
Sejarah[]
Dalam Musim 2, Episod 3, Gopal telah menceritakan kepada BoBoiBoy dan Fang bahawa cikgu disiplin ini sememangnya tegas mengenai peraturan sekolah kerana dia yang akan membaca nama-nama pelajar yang membuat kesalahan dalam buku Yaya. Cikgu disiplin turut diceritakan merupakan bekas jeneral tentera dan selepas berhenti, dia menjadi juara tomoi sebanyak lapan kali berturut-turut serta pernah berenang lima kali merentas Lautan Pasifik. Ia juga dikatakan bahawa cikgu disiplin pernah menjalani pembedahan untuk mengganti uratnya dengan dawai besi.
Dalam Musim 2, Episod 4, dia telah disebut lagi oleh Robolabolabolabolabot Super King, setelah dia, Adu Du dan Fang dihukum berdiri di luar pejabatnya sambil memegang baldi di kedua-dua belah tangan kerana telah merosakkan harta sekolah.
Rupa[]
Berdasarkan lakaran kakitangan Sekolah Rendah Pulau Rintis, Cikgu Disiplin memiliki tubuh badan yang tinggi lampai dan berbaju kemeja. Beliau memiliki rambut, kening dan misai yang lebat.
Perwatakan[]
Menurut cerita Gopal tentang Cikgu Disiplin, beliau ialah seorang yang amat tegas dan garang dengan jawatannya sebagai guru disiplin sehingga digeruni oleh murid-murid sekolahnya.
Trivia[]
- Menurut Gopal dan Amar Deep, namanya tidak boleh disebut kerana dipercayai dia akan muncul secara tiba-tiba di hadapan sesiapa sahaja yang menyebut namanya.
- Nama Cikgu Disiplin telah didedahkan ialah Rakesh dalam novel pertama Detektif Yaya, iaitu spin-off bagi siri BoBoiBoy.
- Penjelasan tentang Cikgu Disiplin daripada Gopal telah mengejutkan para pelajar kelas 5 Jujur.
Galeri[]
Robolabot[]
Robolabot merupakan dua buah robot yang menolong Adu Du, Probe dan Fang dalam perlawanan bola sepak. Robolabot boleh bercantum dengan Probe untuk membentuk Robolabolabolabolabot Super King.
Sejarah[]
Robolabot muncul dalam Musim 2, Episod 4 sebagai ahli yang melengkapkan pasukan Adu Du dalam permainan bola sepak. Robolabot kuning maju apabila pasukannya menguasai bola dan memacu bola ke arah gawang Gopal. Gopal mengarahkan Iwan dan Yaya untuk menghalang Robolabot kuning, dan mereka berdua berbuat-buat galah panjang di depan robot itu untuk melengahkannya. BoBoiBoy rebah dalam kekecewaan melihat gelagat mereka berdua. Adu Du segera menyuruh Robolabot kuning menendang, tetapi rembatan hebatnya dari udara sempat ditampan oleh Gopal. Permainan kian berterusan sehingga Robolabot diberi arahan untuk bercantum dengan Probe untuk menjadi "Robolabolabolabolabot Super King" yang kemudiannya menampan rembatan BoBoiBoy dalam sekelip mata.
Ciri-ciri[]
Kedua-dua Robolabot mempunyai sebahagian warna besi yang berbeza, satu berwarna kuning dan satu lagi berwarna biru. Di besi badan mereka, terdapat nombor 2 (kuning) dan 3 (biru) yang menunjukkan posisi apa yang dipegang oleh kedua-dua Robolabot. Kedua-duanya hanya mempunyai satu mata dan saiznya lebih besar jika dibandingkan dengan Probe.
Galeri[]
Pak Senin Koboi[]
Pak Senin Koboi ialah watak yang belum pernah muncul dalam BoBoiBoy. Pak Senin Koboi memiliki sebuah lorong yang terletak di Pulau Rintis dan dia belum dilihat dalam mana-mana episod lagi tetapi kucingnya yang digelar sebagai Kucing Sewel telah muncul dalam Musim 2, Episod 5 dan Musim 2, Episod 6 di mana ketika dia menyerang BoBoiBoy, Gopal dan Fang yang ingin pergi ke sekolah.
Maharaja Ata Ta Tiga[]
Maharaja Ata Ta Tiga merupakan maharaja di Planet Ata Ta Tiga. Beliau tidak pernah muncul dalam siri BoBoiBoy, tetapi beliau telah disebut oleh Ejo Jo dalam Musim 2, Episod 10.
Sejarah[]
Beliau membuat kemunculan kecil dalam Musim 2, Episod 10 sebagai alien yang dimiliki oleh Golongan Elit di planet mereka.
Rupa[]
Maharaja Ata Ta Tiga mempunyai rupa yang amat mirip dengan Bago Go dengan warna ton kulitnya, ketebalan misainya dan rupa pada mukanya. Perkara yang membezakan mereka adalah pakaian merah dan mahkota emas di atas kepala Maharaja Ata Ta Tiga.
Trivia[]
- Pada tahun 2013, Maharaja Ata Ta Tiga muncul dalam laman web rasmi Animonsta Studios.
- Sebelum pengeluaran siri BoBoiBoy, Maharaja Ata Ta Tiga sepatutnya menjadi salah satu antagonis selepas Adu Du, Probe dan Komputer. Namun, dia mungkin telah digantikan oleh Bago Go, iaitu watak yang mirip dengannya.
- Maharaja Ata Ta Tiga merupakan alien yang bertanggungjawab memerintahkan semua Sfera Kuasa diburu dan ditangkap dengan apa juga cara sekalipun. Bora Ra juga memberikan hasil tangkapannya kepada Maharaja supaya dia boleh menakluk banyak planet di seluruh galaksi.
Galeri[]
Polis Gemuk[]
Polis Gemuk merupakan salah seorang anggota polis lelaki di Pulau Rintis yang menjadi watak kecil dalam siri BoBoiBoy dan BoBoiBoy: The Movie.
Galeri[]
Polis Kurus[]
Polis Kurus merupakan salah seorang anggota polis lelaki di Pulau Rintis yang menjadi watak kecil dalam siri BoBoiBoy dan BoBoiBoy: The Movie.
Galeri[]
Ketua Polis[]
Ketua Polis merupakan seorang ketua bagi anggota polis lelaki di Pulau Rintis yang menjadi watak kecil dalam siri BoBoiBoy dan BoBoiBoy: The Movie.
Shamsul Rizal Sabri[]
Shamsul Rizal Sabri merupakan watak kecil dalam siri BoBoiBoy. Beliau merupakan pengurus di Bank Pulau Rintis dalam Musim 3, Episod 7. Namanya didedahkan dalam BoBoiBoy: The Movie.
Galeri[]
Raksasa Ketam[]
Raksasa Ketam ialah watak kecil dalam siri BoBoiBoy. Ia merupakan seekor raksasa yang tinggal di dalam dunia permainan Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang.
Sejarah[]
Dalam Serangan Mama Zila, Raksasa Ketam muncul dalam dunia permainan Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang dan dianggap sebagai bos terakhir oleh BoBoiBoy, Gopal dan pemain di alam nyata. Namun, apabila melihat kelibat Mama Zila, ia terus melompat keluar melalui tingkap dengan rasa cemas. Rupanya, ia didedahkan bahawa Raksasa Ketam melarikan diri disebabkan ia takut akan Mama Zila bertukar menjadi raksasa.
Rupa[]
Seperti namanya, ia mempunyai rupa yang sama seperti seekor ketam biasa tetapi dengan saiz yang lebih besar. Kedua matanya dan bahagian bawahnya berwarna kuning. Ia mempunyai kulit belakang yang berwarna hijau tua dengan beberapa tompokan merah di belakangnya. Tangan dan kakinya berwarna biru dengan beberapa tompokan merah di tangan dan kuning di kaki.
Perwatakan[]
Raksasa Ketam ditunjukkan mempunyai rasa takut, lebih-lebih lagi apabila terserempak dengan Mama Zila, yang merupakan bos terakhir dalam dunia permainan yang sama dengannya. Dalam Serangan Mama Zila, ia telah dinyatakan yang Raksasa Ketam melarikan diri selepas terserempak dengan Mama Zila kerana takutkan dia berubah menjadi raksasa.
Trivia[]
- Raksasa Ketam pada mulanya dianggap sebagai bos terakhir dalam permainan Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang.
Galeri[]
Ah Beng[]
Ah Beng merupakan watak yang tidak muncul dalam siri BoBoiBoy dan hanya disebut sahaja. Ah Beng merupakan bapa kepada Uncle Yim dan pemilik asal Kedai Game Ah Beng & Sons sebelum dia menyerahkan amanah untuk menjaga kedai itu kepada anaknya.
Sejarah[]
Menurut siri, Ah Beng telah menubuhkan kedai permainan yang menjual semua jenis permainan video. Permainan Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang merupakan permainan legenda yang banyak dihebohkan, sehinggakan ramai orang berbondong-bondong untuk membelinya hinggakan ramai juga yang gagal membelinya. Seminggu kemudian, orang berbondong-bondong lagi tetapi kali ini untuk memulangkan permainan disebabkan betapa susahnya kerana tidak ada seorang pun yang dapat memenanginya. Beberapa tahun kemudian, Ah Beng menjadi semakin berusia dan anaknya Uncle Yim menggantikan tempatnya untuk menjaganya.
Detektif Konon[]
Detektif Konon ialah watak televisyen dalam sirinya yang bertajuk Detektif Konon dalam Misteri Penjenayah Api.
Trivia[]
- Detektif Konon diparodikan dari watak utama siri anime dan manga Jepun, Detektif Conan, Conan Edogawa. Rupanya juga serupa dengan Detektif Conan.
- Asalnya, Conan Edogawa bukan anak yang sebenar. Sebenarnya, Conan Edogawa adalah seorang detektif remaja bernama Shinichi Kudo yang menyusut anak kecil kerana dia diracuni oleh organisasi jenayah yang terancang.
Galeri[]
- Kategori utama: Gambar Detektif Konon
Pakcik Kantin[]
Pakcik Kantin ialah watak sampingan dalam siri BoBoiBoy. Dia hanya membuat kemunculannya dalam Musim 3, Episod 18, di mana semasa BoBoiBot Taufan menyejukkannya dengan angin taufan ketika Pertandingan Populariti Perwira Pulau Rintis. Dia juga merupakan suami kepada Makcik Kantin dan bapa kepada Anak Kantin.
Anak Kantin[]
Anak Kantin ialah watak sampingan dalam siri BoBoiBoy. Dia hanya membuat kemunculannya dalam Musim 3, Episod 18, iaitu semasa dia didukung oleh BoBoiBot Gempa dan bermain-main bersamanya. Dia juga merupakan anak kepada Makcik Kantin dan Pakcik Kantin.
Anak Bago Go[]
Anak Bago Go ialah watak kecil dalam siri BoBoiBoy. Dia merupakan anak lelaki kepada Bago Go, sementara Tom, Wak Baga Ga, Bagi Gi, dan Bagu Gu menjadi bapa saudaranya.
Sejarah[]
Menurut ayahnya, sebelum dia berubah menjadi besar seperti Stegasaurous, tubuh badannya kurus seperti lidi selepas menggunakan Mesin Senaman BoBoiBoy. Identiti ibunya adalah tidak diketahui. Maklumat ini mungkin merupakan penipuan Bago Go kepada Adu Du dan Probe.
Musim 1, Episod 12[]
Ia telah disebutkan bahawa dia telah tertembak ayahnya dengan Laser Beam X3400 sehinggakan ayahnya berada di hospital selama dua tahun.
Musim 2, Episod 1[]
Bago Go mengambil masa enam bulan untuk kembali ke Planet Ata Ta Tiga dan disebabkan itu, anaknya tidak mengenalinya lagi.
Musim 2, Episod 9[]
Dia muncul semasa iklan promosi Bago Go untuk mainan BoBoiBoy Petir.
Musim 2, Episod 10[]
Bago Go berkata bahawa anaknya hanya memberikan ikan kering kepadanya sebagai hadiah pada hari lahirnya.
Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 2)[]
Bago Go menjual pakaian parti hari jadi anaknya kepada Probe dengan menipu bahawa ia adalah pakej Superhero Jero-Jero dengan harga 30 juta dan 30 sen. Kemudian, anaknya datang dan bertanya sama ada ayahnya sudah membeli pakaian parti hari jadi untuknya. Bago Go berkata bahawa dia belum membelinya lagi dan kemudian memberikan setroli wang kepada anaknya untuk membeli ais krim.
Rupa[]
Dia berkepala kubus, sama seperti alien Planet Ata Ta Tiga. Tetapi, bentuk kepalanya bersambung dengan leher dan terus ke tubuh badannya yang berwarna hijau. Dia juga mempunyai mata yang besar dan muka yang comel.
Perwatakan[]
Anak Bago Go ditunjukkan sebagai seorang yang ceria dan dia menyayangi bapanya kerana dia sering memberikan kesemua wangnya kepadanya untuk memenuhi kehendaknya seperti mainan atau ais krim.
Trivia[]
- Sebelum kemunculan pertamanya, dia pertama kali disebutkan oleh Bago Go dalam Musim 1, Episod 12 sehingga Musim 2, Episod 10.
- Dia juga muncul dalam kedua-dua video bapanya yang sedang mempromosikan BoBoiBoy: The Movie iaitu Pesanan Khas Bago Go - Versi SPM dan Pesanan Khas Bago Go - Cuti Sekolah.
- Dia diberikan setroli wang daripada Bago Go dalam Musim 3, Episod 22 dan video Versi SPM bapanya.
- Tetapi dalam video Cuti Sekolah bapanya, dia tidak menunjukkan memberikan wangnya kerana dia menyuruhnya untuk pergi bermain jauh-jauh.
Galeri[]
Wakil KPKT[]
Wakil KPKT merupakan watak sampingan dalam siri BoBoiBoy yang muncul dalam Musim 3, Episod 23.
Sejarah[]
Beliau bertanggungjawab ke atas gerai "Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan" (KPKT) semasa Karnival Hari Bumi.
BoBoiBoy, Ying, Yaya dan Gopal melawat pamerannya untuk mengetahui proses pembuangan sampah dan kitar semula yang sedia ada, dan kemudian Pakcik Kumar juga pergi yang dalam masa yang sama dia dilenyek oleh replika biskut Yaya gergasi.
Galeri[]
Konco Lanun[]
Konco Lanun merupakan konco-konco kepada Kapten Separo dan ahli-ahli dalam Lanun Angkasa.
Sejarah[]
BoBoiBoy Galaxy[]
Dalam BoBoiBoy Kembali!, Konco-konco Lanun telah membantu Kapten Separo dalam usaha mereka untuk merampas Power Sphera bernama MotoBot daripada Komander Koko Ci. Namun, disebabkan mereka gagal apabila Koko Ci meminta bantuan BoBoiBoy, Kapten Separo terpaksa mengambil alih dan melaksanakan sendiri misi itu. Setelah mereka berjaya melarikan diri melalui portal, Konco Lanun telah berhasil mendapatkan maklumat tentang Power Sphera yang memiliki Kuasa Teleportasi, Ochobot dan adiwira Bumi, BoBoiBoy.
Galeri[]
- Kategori utama: Gambar Konco Lanun
Alien Mop[]
Alien Mop merupakan sekumpulan alien yang bekerja dalam TAPOPS. Tugas mereka ialah untuk menyamar sebagai pekerja dobi sewaktu masa penyamaran di Stesen Angkasa TAPOPS untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting daripada pihak luar. Mereka dikenali dengan rupa dan bahasa mereka iaitu "Mop, mop, mop".
Sejarah[]
BoBoiBoy Galaxy[]
Alien Mop pertama kali dilihat dalam episod MotoBot!. Koko Ci yang melihat Alien Mop tersebut memasuki ke dalam kedai mendapati isyarat MotoBot tidak ada bersama mereka. Alien Mop yang serba merah mendekati ke kaunter dan bertanya ubat gigi berada di mana kepada BoBoiBoy dan Gopal dalam bahasa asing. Dalam keadaan yang gelabah dan tidak memahami apa yang dikatakan oleh Alien Mop itu, BoBoBoy dan Gopal terdiam seketika sebelum Gopal secara tidak sengaja bersuara sambil tangannya menunjukkan ke arah sebuah rak.
Alien Mop itu keharainan, seakan-akan antara memahami dan tidak memahami jawapan daripada Gopal. Untuk mendapatkan kepastian, Alien Mop bertanya lagi dalam bahasanya ["Oh, dekat rak sebelah sana tu ke?"], lalu mengucapkan terima kasih dan beredar dari situ.
Trivia[]
- Nama "Alien Mop" diambil dari penampilan fizikal mereka yang menyerupai mop dan bahasa utama mereka.
Galeri[]
- Kategori utama: Gambar Alien Mop
Gambar promosi[]
Cekupan skrin[]
- BoBoiBoy Galaxy
- Pastikan Ori
- BoBoiBoy Movie 2
Anak Waibi[]
Anak Waibi merupakan watak kecil dalam siri BoBoiBoy Galaxy. Dia adalah anak kepada Waibi.
Sejarah[]
BoBoiBoy Galaxy[]
Dia muncul dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 4 di mana dia berlari ke arah bapanya dalam keadaan tergesa-gesa dan memberitahu bahawa satu lagi rumah telah diserang. Berita itu mengejutkan mereka semua lalu bergegas ke lokasi tersebut. Setelah meneliti kawasan kemusnahan, mereka sempat menanyakan gerangan si penyerang lalu anak pakcik itu menjawab bahawa semua perkara ini terjadi angkara "Raksasa Gurunda". Kemudian selepas BoBoiBoy yang berazam ingin menangkap raksasa berkenaan, seluruh penduduk kampung Kaktoi kegembiraan lalu memeluk Gopal sebagai ucapan terima kasih.
Apabila BoBoiBoy dan kawan-kawan merancang untuk memerangkap raksasa, Cattus tiba untuk minum air dan BoBoiBoy mengusirnya untuk pergi dari sini kerana tempat ini tidak selamat namun sempat diberi amaran oleh penduduk di situ akan kehadiran raksasa itu. Kemudian Gopal bertindak mengubah peluru itu kepada gula-gula getah lalu mengenai pokok kaktus dan turut mengubahnya. Penduduk tempatan berang akan aksi Gopal lalu memarahinya.
Rupa[]
Anak Waibi merupakan seorang alien yang bertubuh kecil dan memiliki rambut merah, mata hijau terang, dan kening perang terang. Dia memakai baju berwarna perang gelap yang diikat dengan tali berwarna kuning. Dia mengenakan jaket yang berwarna ungu gelap dan garis emas gelap, dan juga sepatu but berwarna perang gelap.
Galeri[]
Hantu Pokok[]
Hantu Pokok atau Raksasa Pokok merupakan raksasa-raksasa pokok yang mendiami di Planet Dargha'ya.
Sejarah[]
BoBoiBoy Galaxy[]
Dalam Misi Dobi TAPOPS, beberapa Hantu Pokok muncul dan mengganggu BoBoiBoy, Gopal dan Fang dalam misi mereka untuk menghantar bungkusan dobi TAPOPS. Akhirnya, BoBoiBoy dan Fang bertungkus-lumus menghentikan pokok-pokok itu dan diakhiri dengan serangan oleh BoBoiBoy. Di akhir episod, mereka bertemu dengan Adu Du dan Probe.
Kebolehan[]
Setiap raksasa pokok mempunyai kebolehan untuk menyamar sebagai pokok di planet mereka. Mereka akan menyerang sesiapa sahaja yang memasuki ke dalam kawasan mereka.
Rupa[]
Penampilan Hantu Pokok serupa dengan pokok biasa, tetapi mempunyai tangan dan kaki seperti manusia, yang mana membolehkan mereka bergerak bebas. Mereka juga mempunyai mata jingga yang menyala dengan mulut untuk mengaum. Walaupun begitu, pokok-pokok ini tidak mempunyai daun disebabkan oleh kebanyakan pokok yang telah mati di Planet Dargha'ya.
Galeri[]
Gambar promosi[]
Cekupan skrin[]
Raksasa Batu[]
Raksasa Batu merupakan sekumpulan raksasa batu yang menghuni di Planet Dargha'ya.
Sejarah[]
BoBoiBoy Galaxy[]
Raksasa Batu pertama kali muncul dalam Pukauan Katakululu di mana mereka mula-mula menyamar sebagai batu-batu biasa. Setelah mendengar suara tangisan seketul batu kecil, mereka pun bangkit lalu mengepung BoBoiBoy, Gopal dan Fang. Mereka bertiga melindungi diri di dalam Tanah Pelindung lalu melarikan diri dengan membawa bungkusan-bungkusan dobi melalui belakang. Raksasa Batu terus memecahkan Tanah Pelindung dan mengejar wira itu, namun terhenti apabila mereka semakin jauh. Mereka muncul kembali setelah diseru oleh seekor katak yang telah memukau mereka, Katakululu dan mengepung wira lagi sementara Katakululu cuba untuk memukau wira. Namun, ketibaan Tarung yang kemudiannya menangkap Katakululu membuatkan Raksasa Batu kembali normal.
Rupa[]
Seperti namanya, ia berbentuk seperti batu-batu kecil yang dicantumkan menjadi raksasa. Memiliki sepasang mata yang berwarna biru muda, namun bertukar menjadi merah selepas dipukau oleh Katakululu. Mereka juga mempunyai mulut dengan gigi-gigi batu yang tajam. Walaupun mereka tidak mempunyai kaki tetapi mereka masih boleh bergerak dengan melompat.
Galeri[]
Gorila TAPOPS[]
Gorila TAPOPS merupakan seekor gorila besar yang muncul ketika ujian fokus di Stesen Angkasa TAPOPS.
Sejarah[]
Gorila TAPOPS muncul dalam Ujian KENTAL sebagai sebahagian daripada ujian yang kedua yang perlu dilalui oleh BoBoiBoy dan rakan-rakannya iaitu ujian fokus, di mana mereka perlu bermain lagu Tepuk Amai-Amai dengannnya tanpa menggunakan kuasa dan juga tanpa sebarang kesilapan. Yaya dan Ying telah bermain dengan sempurna, manakala Gopal dan BoBoiBoy gagal dalam ujian fokus ini.
Rupa[]
Gorila TAPOPS kelihatan sama seperti gorila biasa dengan saiz tubuh badan dan tangan yang besar.
Perwatakan[]
Gorila TAPOPS mempunyai muka yang bengis apabila marah, tetapi mudah diajak ramah apabila orang lain tidak membuat kesilapan ketika ujian fokus. Dia mungkin bekerja dengan serius juga.
Galeri[]
Video[]
Power-Power Sphera Bad Dudes[]
Mereka adalah Power-Power Sphera yang dimiliki oleh Jugglenaut dan kumpulan Bad Dudes. Selepas kekalahannya, mereka kemudian berpindah ke pasukan TAPOPS.
Galeri[]
Keluarga Cattus[]
Keluarga Cattus merupakan penduduk Planet Gurunda yang tinggal di kampung Cattus. Keluarga Cattus terdiri dari ibu bapa, sepupu, adik angkat, makcik dan juga pakcik Cattus.
Sejarah[]
Sejarah awal[]
Dalam suatu hari, BellBot telah melarikan dirinya dari pemburu Power Sphera dan ia terhempas di Planet Gurunda. Cattus terlihatnya lalu membantunya bersembunyi. Walaupun Cattus telah membawa pulang ke rumahnya, namun BellBot tetap dapat dikesan oleh pemburu itu. Maka dalam keadaan terdesak, Cattus diberikan Kuasa Pembesaran oleh BellBot supaya ia dapat untuk mempertahankan dirinya dan keluarganya. Semenjak daripada itulah BellBot mula terikat di sekitar leher Cattus untuk bersembunyi. BellBot berjaya dilindungi olehnya, namun disebabkan oleh transformasi Cattus menjadi kucing gergasi telah menyebabkan rakan-rakannya menjadi takut dan akhirnya Cattus dipulaukan oleh semua rakannya. Demi kebaikan semua penduduk, Cattus pun mengambil keputusan untuk meninggalkan kampungnya.
BoBoiBoy Galaxy[]
Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 18, di sebuah perkampungan di Planet Gurunda, kelihatan sekumpulan kucing keturunan Cattus sedang menjalani kehidupan yang bahagia di kawasan oasis itu. Tiba-tiba, sebuah kapal angkasa gergasi yang aneh muncul di atas mereka. Sebuah kelibat yang kelihatan seperti robot, melangkah keluar sambil mengumumkan bahawa dia telah kembali.
Kemudian, BoBoiBoy dan kawan-kawan tiba di kampung Cattus. Sebuah robot memerangkap BoBoiBoy dan kawan-kawan dan juga menghalang Cattus daripada berlari menuju keluarganya yang bersembunyi di dalam rumah berbentuk kaktus.
Setelah A.B.A.M. dikalahkan dan badannya ditukar menjadi bakul ikan, Cattus berubah menjadi gergasi dan menyerang A.B.A.M. sehingga melemparkannya ke oasis. Ibu bapa Cattus berlari menuju anak mereka dan berterima kasih kepadanya. Lalu rakan-rakan dan keluarga lain Cattus berbaikan dan meminta maaf dengannya setelah menyelamatkan mereka daripada A.B.A.M.. Cattus dan keluarga berlari ke arah Papa Zola dan berkumpul di atasnya.
Galeri[]
Pemilik D'Sosej[]
Pemilik D'Sosej adalah watak kecil dalam siri BoBoiBoy Galaxy. Dia merupakan salah seorang penduduk Planet Junkberg yang menjual makanan cucuk di gerainya, D'Sosej.
Sejarah[]
BoBoiBoy Galaxy[]
Dia pertama kali muncul dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 19 apabila Gopal mengambil semua makanan cucuk dari kedainya. Ochobot mengimbasnya dan dia bersama dengan BoBoiBoy berjaya menipu Gopal bahawa dia makan cicak angkasa supaya mereka boleh melanjutkan misi mereka lagi.
Dia muncul lagi dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 21 apabila BoBoiBoy menanyakannya jika dia tahu tempat macam arkib lama di Planet Junkberg, tetapi dia kata tidak ada. Lalu Gopal meminta 10 makanan cucuk dari kedainya lagi, membuat BoBoiBoy dan Ochobot kecewa.
Trivia[]
- Pemilik D'Sosej dikenali sebagai "Penjual Satay" dalam kad BoBoiBoy Galaxy Card.
Galeri[]
Robot Lanun[]
Robot Lanun merupakan sekumpulan tentera dalam kumpulan Lanun Angkasa.
Trivia[]
- Muka tentera lanun hampir serupa dengan muka topeng gas.
- Mereka memanggil Kapten Kaizo sebagai Kassim setiap 4 kali.
Galeri[]
Gambar promosi[]
Cekupan skrin[]
Burung Nuri Lanun[]
Burung Nuri Lanun ialah ahli dalam Lanun Angkasa Vargoba.
Sejarah[]
BoBoiBoy Galaxy[]
Dalam Misi Koloni Lanun, dia muncul melalui skrin kapal angkasa TAPOPS untuk meminta identiti mereka. Disebabkan gurauan Papa Zola, dia mengugut untuk menembak kapal angkasa mereka. Tetapi, Fang sempat menghentikannya dengan menyatakan identiti mereka dan Burung Nuri membolehkan mereka untuk pergi ke hangar no. 5.
Dalam Ancaman Armada, dia bersama dengan Kapten Vargoba pergi menuju Stesen Angkasa TAPOPS.
Dalam Sinaran Penamat, dia melepaskan senjata dari kapal angkasa Vargoba untuk memberikan kepada kaptennya.
Galeri[]
- Kategori utama: Gambar Burung Nuri Lanun
Tok Cendatok[]
Tok Cendatok merupakan penghulu Kampung Cendawa, sebuah penempatan yang dihuni oleh kaum Cendawa di Planet Rimbara.
Pengawal Ladang[]
Tumbosaur[]
Tumbosaur merupakan penduduk Planet Kadruax. Mereka pertama kali muncul dalam isu ke-7 BoBoiBoy Galaxy Musim 2.
Sejarah[]
Belantara Penuh Bahaya![]
Ketika geng BoBoiBoy sedang menjelajahi Hutan Kadruax, mereka menemui dinosaur yang serupa dengan pohon gergasi yang berjalan dengan dua kaki dengan kepala seperti bunga dan lidah bercabang tiga. Kedengaran bunyi-bunyi pecutan dari berdekatan jadi BoBoiBoy dan lain-lain mula berjaga-jaga, kecuali Gopal yang hanya meraung ketakutan akan raksasa. Seperti yang diduga, munculnya seekor "raksasa pokok" berbentuk dinosaur berjalan dua kaki dengan kepala seakan bunga bersiung dengan lidah cabang tiga. BoBoiBoy Taufan mencampakkan raksasa jauh-jauh dengan Tolakan Taufan sehingga ia terhentak pada pokok, tetapi muncul pula banyak lagi raksasa seumpamanya mengepung dan menyerang mereka!
Yaya menyerang dengan Tumbukan Graviti, Ying mengenakan Tendangan Ribut, dan Taufan pula melemparkan Cakera Taufan. Gopal cuba mengatasi ketakutan dengan melakukan Tembakan Machinegun Makanan, tetapi nampaknya kuasanya tidak memberikan sebarang kesan dan dia pun melarikan diri sambil dikejar raksasa. Taufan menyelamatkan Gopal dengan menaikkan ke hoverboard sambil menghubungi Papa Zola supaya datang ke lokasi mereka untuk menolong, tetapi Papa Zola pun memesan supaya selamatkan diri kerana tempatnya juga diserang oleh raksasa pokok yang sedang menarik kapalnya ke tanah. Taufan mengeluarkan Taufan Pengabur untuk melindungi seluruh geng daripada raksasa pokok, sementara Gopal meraung menyalahkan Qually.
Sementara itu, Adu Du dan Probe juga sedang melawan raksasa pokok yang sama. Probe dibaham oleh seekor raksasa, tetapi sempat diselamatkan oleh suatu pukulan kepada raksasa tersebut. Probe berterima kasih kepada Adu Du tetapi Adu Du berkata bukan dia yang buat. Kedengaran teriakan berulang-ulang "ja ba ja ba" sementara kawanan raksasa melarikan diri, membuat Adu Du berasa tidak sedap hati.
Senarai Tumbosaur[]
- Tumbosaur
- Tumbosaurus Rex
- Tumbosaurus Top
- Alpha Jumbosaur/Tumbosaur[1]
Trivia[]
- Namanya merupakan gabungan antara perkataan "tumbuhan" dan "dinosaur", merujuk ke rupa mereka yang merupakan dinosaur yang serupa dengan tumbuhan.
Galeri[]
Rujukan[]
Puak Baja[]
Puak Baja ialah nama bagi spesies berakal (setaraf manusia) yang mendiami Planet Kadruax.
Sejarah[]
Puak Baja (seperti yang digambarkan dalam Galaxy Musim 2 Isu 8) merupakan spesies berakal yang hidup secara berkampung. Setiap ahli puak berkulit biru, berambut biru firus, berbaju daun kering, memakai topeng, dan bertutur dalam bahasa yang kedengaran seperti "ba ja ba ja". Tidak diketahui dengan nyata siapa penghulu mereka, selain daripada Adu Du sewaktu kunjungannya ke planet berkenaan.
Walaupun pada luarannya kelihatan seperti kaum gasar (Qually pernah menceritakan bahawa mereka memakan manusia), tetapi sebenarnya mereka ternyata mempunyai sejarah peradaban yang lampau. Mereka diketahui pernah membina sebuah piramid di mana mereka melakar sejarah lampau ketika mereka diselamatkan dari kemarau berlarutan oleh pendatang Kubulus yang membawakan Power Sphera bernama PasuBot untuk menyuburkan kembali tanah mereka, malah PasuBot pun disimpan di dalam piramid.
Trivia[]
- Puak Baja dinamakan sempena "baja", bahan yang digunakan untuk menyuburkan tanaman.
Galeri[]
Askar Kelkatoa[]
Askar Kelkatoa ialah tentera Planet Windara. Ia terdiri daripada tentera seperti kelkatu. Mereka pertama kali muncul dalam "Pergolakan Di Windara".
Sejarah[]
Sejarah awal[]
Kelkatoa adalah musuh besar orang Windara. Mereka adalah bangsa ganas makhluk lemah fikiran.
BoBoiBoy Galaxy Windara[]
Semasa penaklukan Planet Windara, orang Kelkatoa, bergabung dengan Maharaja Reramos untuk membuat penduduk Windara tunduk. Mereka membantu Reramos menjadi Maharaja bagi menggantikan Kuputeri. Kemudian, terbongkar bahawa Reramos sedang mengawal tentera menggunakan Power Sphera LampoBot.
Galeri[]
Penduduk Kepaku[]
Kamarul[]
Rokkiah[]
BoBoiBoy: The Movie[]
Robot T[]
Robot T merupakan sekumpulan robot-robot kuning yang berasal dari Kapal angkasa Tengkotak.
Sejarah[]
Dalam rancangan untuk menangkap Klamkabot dan merampas kuasanya, Robot T digunakan untuk mengikat dan menghentikannya. Namun, walaupun berjaya berbuat demikian, usaha mereka tetap gagal apabila Klamkabot menggunakan sisa tenaga teleportasi yang ada di dalam dirinya untuk melarikan diri.
Kuasa[]
- Tembakan Pengikat: Robot-robot T melepaskan satu tembakan dan mengikat musuh untuk menghentikannya.
Trivia[]
- Robot T dieja sebagai "Robot Tee" dalam komik BoBoiBoy: Sfera Kuasa.
Galeri[]
Nenek Sayur[]
Nenek Sayur ialah seorang nenek dalam BoBoiBoy: The Movie. Akibat adegan kejar-mengejar di antara Tiga Rob dengan polis Pulau Rintis dan BoBoiBoy, sayur kepunyaan nenek tersebut hancur dilanggar tayar kereta. Akibatnya nenek itu menjadi marah dan mahu menuntut bela atas sayurnya dan dengan bantuan BoBoiBoy Taufan, dia berjaya membalas dendam dengan menarik telinga Roberto Santana.
Sejarah[]
Apabila nenek itu menunggang basikal sambil membawa sayur-sayurannya, geng RDB hampir melanggar nenek dan BoBoiBoy berpecah jadi tiga dengan BoBoiBoy Halilintar, Taufan dan Gempa. Taufan menyelamatkan nenek itu dari kereta geng RDB. Selepas diselamatkan oleh Taufan, salah satu sayur-sayurnya dilanggar oleh tayar kereta dan bikin nenek menangis sayur-sayurnya dimusnahkan. Kerana itu, Taufan membantu nenek itu mengejar geng RDB untuk membalas dendam demi sayur-sayurnya dan juga membantu pihak polis. Rob dan Roberto melemparkan bungkusan dobi-dobi ke arah mobil polis. Kerana itu, mobil itu hampir menumpaskan Taufan dan nenek sampai mereka mengelakkannya. Apabila Rob dan Roberto masih melemparkan bungkusan dobi-dobi ke arah pihak polis, BoBoiBoy Taufan dan juga nenek, akhirnya ketiga-tiga BoBoiBoy berjaya untuk mengalahkan geng RDB dan nenek pun menghukum mereka dengan memulas telinga untuk membalas dendam. Nenek dan BoBoiBoy Gempa mengujar "Terbaik".
Kebolehan[]
- Pulasan Telinga: Walaupun nenek tidak mempunyai sebarang kuasa, dia boleh memulas telinga Rob, Robert dan Roberto sebagai bentuk hukuman kerana memusnahkan sayur-sayurannya ketika mereka dikejar oleh polis.
Rupa[]
Nenek memiliki kening berwarna hitam, mata berwarna ungu terang, hidung besar dan gigi besar. Dia pun mengenakan tudung berwarna pasir kuning, berkacamata perang kemerahan, subang berwarna ungu, baju berwarna merah berbentuk bunga dan ada bunga kuning di bajunya, seluar berwarna perang dan selimpah berwarna hitam.
Apabila nenek menunggang basikal, basikalnya tersebut memiliki rangka-rangkanya berwarna ungu, tayar berwarna hitam, tengkuk berwarna kelabu terang dan juga sarung hendal berwarna hitam. Ada juga bakul berwarna kelabu didepan basikal dimana sayur-sayurnya berada.
Perwatakan[]
Tidak diketahui tentang perwatakan nenek ini. Ia menunjukkan bahawa dia suka sayur. Ketika sayur-sayurnya dimusnahkan, dia menjadi naik berang dan membalas dendam kepada seseorang yang dianggap bertanggungjawab terhadapnya.
Galeri[]
Nurul Julie Juliana[]
Nurul Julie Juliana merupakan salah seorang wartawan bagi saluran TV33. Beliau disuarakan oleh Fara Fauzana dalam versi Bahasa Melayu.
Sejarah[]
Semasa berlaku kes rompakan Geng RDB, Nurul menyampaikan berita tentang kes tersebut secara langsung, yang mana beritanya pertama kali dilihat oleh Ochobot sebelum dia keluar berkhemah. Nurul turut menyampaikan berita tentang pasukan Jero-Jero yang cuba membantu perompak itu dan BoBoiBoy yang berjaya menyelamatkan keadaan.
Rupa[]
Beliau berpakaian formal dan bertudung berwarna ungu. Memiliki kening hitam, sepasang mata yang besar dengan iris berwarna biru muda, dan bibir yang tebal. Beliau memakai cermin mata yang lebih besar dari matanya dan berbingkai merah. Bajunya berwarna ungu gelap.
Perwatakan[]
Beliau seorang yang peramah, dilihat dari segi percakapannya ketika menyampaikan berita dengan berdedikasi.
Galeri[]
BoBoiBoy Movie 2[]
Raksasa Pengun[]
Raksasa Pengun merupakan seekor raksasa yang mendiami di Planet Saharu bersama anaknya. Ia pertama kali muncul dalam BoBoiBoy Movie 2.
Trivia[]
- Raksasa Pengun memiliki beberapa persamaan dengan Raksasa Gurunda dalam BoBoiBoy Galaxy kerana mereka sangat protektif terhadap anaknya. Disebabkan oleh perkara Gopal, dia mengejar BoBoiBoy dan Gopal dengan marah. Ketika anak mereka bersama Gopal, dia kemudian mengejarnya. Akhirnya, dia bersatu semula dengan anak mereka. Mereka juga berkongsi pelakon suara yang sama.
Galeri[]
Anak Pengun[]
Anak Pengun merupakan anak Raksasa Pengun yang muncul dalam BoBoiBoy Movie 2.
Trivia[]
- Anak Pengun mempunyai beberapa persamaan dengan Anak Raksasa Gurunda dalam BoBoiBoy Galaxy kerana mereka dicuri oleh Gopal dalam bentuk telur sebelum menetas. Selepas mereka menetas, mereka berdua menyerang Gopal sebelum ibu mereka datang menyerangnya. Akhirnya, dia bersatu semula dengan ibu mereka. Mereka juga berkongsi pelakon suara yang sama.