BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Ini merupakan sebuah video ucapan Selamat Tahun Baru Cina bagi tahun 2012 dengan menampilkan Raksasa Tidur.

Ringkasan[]

Tatkala sedang berehat di taman, Yaya, Ying dan Gopal meluahkan rasa bosan mereka dengan ketiadaan BoBoiBoy bersama mereka. Tiba-tiba Raksasa Tidur muncul di hadapan mereka bertiga sambil melepaskan ngauman yang kuat. Mereka mula panik sementara Ying menengkingnya dengan soalan apa yang dia mahukan. Raksasa Tidur menjawab bahawa dia hendak "mengajar" mereka lalu terus memotong sehelai kertas merah dan memperlihatkannya kepada mereka. Maka membuatkan mereka lega dan akhirnya mereka bertiga bersama Raksasa Tidur mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada penonton.

Trivia[]

  • Raksasa Tidur muncul semula dalam video iklan ini selepas kemunculannya dalam Musim 1, Episod 9. Sudah tentu dia masih hidup kerana dia hanya dikalahkan oleh BoBoiBoy Halilintar di dalam dunia mimpinya.
  • Raksasa Tidur menjadi watak baik dalam video iklan ini adalah kerana dia asalnya merupakan musuh kepada Papa Zola sahaja.

Video[]

Advertisement