BoBoiBoy The Movie OST - Track 22 (Selagi Kita Bersama)
Selagi Kita Bersama merupakan runut bunyi ke-22 bagi BoBoiBoy: The Movie. Ia dimainkan ketika BoBoiBoy menangisi kematian Ochobot dan membuatkan rakan-rakannya turut tersebak. Walau bagaimanapun, Ochobot bersuara menandakan dia masih hidup. Lalu, Ochobot menjelaskan bahawa Klamkabot telah memberikan kesemua tenaga terakhirnya kepada Ochobot untuk menghidupkannya semula sambil meninggalkan pesanan kepada BoBoiBoy untuk melindunginya.