BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

"Jujur, Usaha, Teguh"
— Slogan kata Sekolah Rendah Pulau Rintis


Sekolah Rendah Pulau Rintis merupakan salah satu daripada dua sekolah yang terletak di Pulau Rintis. Bermula daripada musim kedua, BoBoiBoy dan kawan-kawan setempatnya bersekolah di sini dalam darjah 5. Selepas kejadian siri BoBoiBoy, BoBoiBoy dan kawan-kawan meneruskan pembelajaran mereka di Akademi Pulau Rintis.

Ciri-ciri[]

  • Bilik darjah
  • Stadium: Terletak di belakang sekolah di mana BoBoiBoy dan Fang bersaing dalam perlumbaan lari membawa telur dalam sudu.
  • Padang bola sepak
  • Kantin: Seperti sekolah lain, terdapat juga kantin.
  • Parkir kereta
  • Padang bola keranjang
  • Bilik stor
  • Bilik sukan
  • Bilik kawalan CCTV

Peraturan[]

Senarai kakitangan[]

Senarai murid[]

Kelas 5 Jujur[]

Kelas lain[]

Kemusnahan[]

Setelah Ejo Jo tiba ke Bumi dalam Musim 2, Episod 12, Ejo Jo telah menyeru Robot PETAI dan bertempur dengan Probe sehingga mengakibatkan kematiannya apabila tubuhnya hancur kepada bahagian yang lebih kecil dan mati di pangkuan Adu Du. Setelah itu, bangunan Sekolah Rendah Pulau Rintis turut retak dan pecah apabila PETAI menggerudi tanah di bawah bangunan sekolah. Sementara Yaya, Ying dan Gopal berusaha menyelamatkan Papa Zola dan rakan-rakan sekelasnya yang lain, PETAI mengambil kesempatan untuk menculik mereka.

Trivia[]

  • Sekolah ini pertama kali disebutkan dalam Musim 1, Episod 11.
  • Dalam Musim 2, Episod 12, Sekolah Rendah Pulau Rintis telah dimusnahkan oleh Robot PETAI. Tetapi dalam beberapa episod Apa Kata Yaya, kelihatan sekolah ini berada dalam keadaan yang baik dan tidak mengalami sebarang kemusnahan. Ini menunjukkan bahawa episod-episod itu dibuat sebelum kemusnahan sekolah berlaku.
  • Menurut BoBoiBoy dalam salah satu surat peminat, BoBoiBoy dan rakan-rakan sekelasnya memakai jaket ke sekolah disebabkan oleh cuaca persekitarannya yang sejuk kerana lokasi sekolah mereka yang terletak di kawasan bukit.

Galeri[]

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

BoBoiBoy
Musim 2
Musim 3
Advertisement