BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


SampahBot merupakan sebuah robot yang berasal daripada kapal angkasa Adu Du iaitu Kapal Sampah A80. Ia dapat bertukar berkat daripada penyaluran kuasa halilintar oleh BoBoiBoy.

Sejarah

BoBoiBoy

SampahBot muncul dalam Pertarungan Di Bulan. Ia bertukar setelah BoBoiBoy Halilintar menyalurkan kuasanya kepada kapal angkasa Adu Du namun pertukarannya menelan masa lima jam untuk bertukar sepenuhnya menjadi robot dan menyebabkan Lima Panglima Scammer tertidur. Apapun setelah lama bertukar, SampahBot yang dikawal oleh Adu Du, BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Fang yang duduk dalam satu kokpit bertarung dengan MegaBot ScamBot. Pada mulanya, setiap serangan SampahBot sangat perlahan sehingga kedua-dua Yaya dan Ying masing-masing menyalurkan kuasa graviti dan kuasa kelajuan masa mereka untuk mempercepatkan pergerakan SampahBot. SampahBot juga memperoleh senjata Pencakar Sampah Halilintar yang disalurkan oleh BoBoiBoy dan mereka menggunakan serangan Cakaran Halilintar yang bertalu-talu untuk merenjat anak-anak kapal MegaBot ScamBot.

Dalam pertengahan pertarungan, SampahBot telah diberikan sayap dengan kuasa bayang Fang dan mengejutkan musuh mereka dengan versi baru, iaitu SampahBot Wing X. SampahBot, masih berbekalkan Cakaran Halilintar melakukan banyak kerosakan ke atas robot musuh dengan sekali cakaran sehingga MegaBot ScamBot mula jatuh dan hampir berkecai. Namun Panglima Scammer bangkit dengan membentuk Tembakan Meriam Kodok Bawah Tempurung yang sangat kencang dan menjatuhkan SampahBot Wing X dari angkasa ke permukaan bulan. Penghujungnya, SampahBot mengalami kerosakan yang teruk dengan hanya sebatang jari yang masih elok. Melalui jari itu, Gopal menggunakan kuasanya dan menukarkan batu-batan di belakang MegaBot ScamBot menjadi emas, membuatkan Panglima Scammer rambang mata dan lupa tentang pertarungan. Sambil mereka leka, Adu Du mengambil alih MegaBot ScamBot dan memijak Lima Panglima Scammer sehingga lenyek.

Ciri-ciri

  • Kokpit: Merupakan bilik kawalan untuk robot SampahBot, di mana Adu Du bersama BoBoiBoy dan kawan-kawannya mengawal SampahBot dengan kuasa-kuasa mereka.

Kebolehan dan Kuasa

Walaupun tidak mempunyai sebarang kuasa, SampahBot masih mempunyai beberapa gerakan untuk berlawan dan menyerang musuhnya.

  • Tumbukan SampahBot Padu: Tumbukan robot SampahBot, namun pergerakannya amat lambat.
  • Tendangan Gunting Dalam Lipatan: Gerakan berbentuk tendangan yang boleh menjatuhkan musuhnya.
  • Tendangan Padu Sampah: Tendangan padu robot SampahBot.
  • Tumbukan Bertubi-tubi: Tumbukan bertubi-tubi yang kuat dan pantas.

Selain daripada gerakan sendiri, SampahBot juga dapat bertarung dengan musuhnya atas penyaluran kuasa daripada BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Fang.

  • Kuasa Graviti: Kuasa graviti yang disalurkan oleh Yaya untuk menghentikan SampahBot daripada melayang di angkasa.
  • Kuasa Kelajuan Masa: Kuasa kelajuan masa yang disalurkan oleh Ying untuk menlajukan setiap pergerakan dan serangan SampahBot.
  • Pencakar Sampah Halilintar: Kuasa halilintar berbentuk pencakar yang disalurkan oleh BoBoiBoy untuk menyerang MegaBot ScamBot dengan lebih pantas.
    • Cakaran Halilintar: Kuasa cakaran halilintar yang disalurkan oleh BoBoiBoy yang diserang bersama rakan-rakannya.
  • Tukaran Sejari: Kuasa penukaran objek yang disalurkan oleh Gopal untuk mengalihkan perhatian ahli Panglima Scammer.
  • SampahBot Wing X: Rupa baru SampahBot yang mempunyai sayap bayang selepas dinaik taraf yang membolehkan SampahBot untuk terbang ke udara. Ini merupakan kuasa yang disalurkan oleh Fang iaitu kuasa bayang dengan bantuan cahaya matahari.

Trivia

  • Kapal Sampah A80 memakan masa yang sangat lama iaitu selama lima jam hanya untuk bertukar menjadi SampahBot.
  • Pada asalnya, robot ini hanya berfungsi sebagai pengangkut sampah sahaja, namun tetap dapat bertarung dengan musuh dengan adanya penyaluran kuasa yang cukup daripada BoBoiBoy dan kawan-kawan.
  • Selepas SampahBot memperoleh sayap bayang dari kuasa Fang, SampahBot bertukar menjadi versi baru, iaitu "SampahBot Wing X".
  • Bermula dari peringkat 80 dalam permainan BoBoiBoy: Power Spheres, SampahBot mengeluarkan suara yang sama seperti BoBoiBot.
  • Dalam kad Choki Choki, SampahBot dinamakan sebagai "Mechadudu".

Galeri

Kategori utama: Gambar SampahBot

Video

Advertisement