BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Sai merupakan abang kembar kepada Shielda. Sebelum ini, Sai merupakan penjaga Power Sphera di Planet Volkania. Kemudian, dia telah dipindahkan ke Stesen Angkasa TAPOPS dan menjadi salah seorang anggota TAPOPS.

Sejarah[]

Kehidupan awal[]

Sai merupakan ahli tetap dalam pasukan TAPOPS. Sebelum ke Bumi dan berjumpa dengan BoBoiBoy, Fang membentuk pasukan sendiri yang dianggotai oleh Sai dan kembarnya Shielda dan menjalankan misinya bersama mereka. Kini Sai dan Shielda sahaja yang tinggal dalam pasukan ini.

BoBoiBoy Galaxy[]

Dalam Pertarungan Hangat, Sai bersama Shielda dan Fang telah ditugaskan untuk menghalang pasukan BoBoiBoy daripada mengambil Power Sphera sebagai Pasukan A semasa Ujian Kental TAPOPS. Shielda dan Sai dengan mudah mengalahkan Yaya, Ying dan Gopal dan kemudian mereka pergi ke lokasi BoBoiBoy. Mereka telah menghina BoBoiBoy dan kawan-kawannya sebagai pasukan yang lemah dan menyamakan Fang seperti mereka. Penangan itu telah membangkitkan satu kuasa elemental BoBoiBoy, iaitu BoBoiBoy Api. BoBoiBoy yang tidak dapat mengawal perasaan terus menyerang Pasukan A sehingga Laksamana Tarung tiba dan mengumumkan bahawa Ujian Kental telahpun tamat, membuatkan Pasukan A berasa lega. Tarung turut menenangkan BoBoiBoy yang membuatkan dia kembali normal. Setelah semua kembali ke Stesen Angkasa TAPOPS, Sai memuji kehebatan BoBoiBoy dan kemudian berbaik dengannya.

Sai muncul dalam Si Penceroboh Panto bersama Shielda dan Fang, ditugaskan oleh Laksamana Tarung untuk menjaga Jokertu dari melarikan diri dari penjara. Kemudian dalam Loopa Lupa?, Sai bersama pasukannya muncul secara ringkas apabila mereka berusaha untuk melindungi Stesen Angkasa TAPOPS yang telah diserang oleh penjahat asing. Mereka akhirnya dikalahkan oleh Tarung dengan Kuasa Sarung Tarung.

BoBoiBoy Movie 2[]

Sai dilihat mengenderai sebuah kapal angkasa untuk memindahkan penduduk Kampung Rimbara ke tempat yang selamat sambil mereka dijaga oleh Shielda.

Kuasa[]

Serangan
4/5
Pertahanan
3/5
Ketangkasan
1/5
Keberanian
3/5
Kelajuan
3/5


Semasa bertarung, Sai bergantung penuh pada topi yang dipakainya untuk menyerang musuh. Oleh kerana saiz topi perisainya adalah lebih kecil dan ringan, Sai merupakan penyerang utama dalam pasukan adik-beradik tersebut.

  • Topi Perisai: Merupakan topi dan senjata utama bagi Sai berupa terendak yang amat keras dan membolehkannya untuk menyerang atau mempertahankan diri dari serangan musuh dengan mudah yang bergerak mengikut pergerakan tangannya. Topi ini juga pernah digunakan oleh BoBoiBoy Api sebagai senjata dengan menjadikannya Topi Berapi.
    • Lontaran Zig-Zag Topi Perisai: Sai mengambil topinya lalu membuat aksi dan kemudian melontar topinya yang berputar-putar dengan laju ke arah musuh. Topi ini juga dapat mengekalkan kelajuannya walaupun termasuk ke dalam lingkungan yang telah diperlahankan masa dan apabila menyentuh tanah, ia boleh menghasilkan sebuah letupan yang boleh melemahkan musuhnya.
    • Lontaran Topi Perisai: Sai melontar topinya ke arah musuh lalu mengawal pergerakan topi itu melalui jarinya.
    • Pusaran Maksima: Sai memusingkan badan pada kelajuan tinggi dan melontarkan topinya tepat ke arah musuh. Jika musuhnya dapat mengelak, Sai mampu untuk memusingkan semula topinya dan menyerang musuhnya dari belakang. Dalam Majalah Komik BoBoiBoy Isu #91, ia juga dikenali sebagai Topi Maksima.

Rupa[]

Sai memakai pakaian tradisional, mirip dengan ninja. Dia memakai senjata perisainya dalam bentuk terendak. Topinya adalah sebuah perisai yang boleh dilempar untuk menyerang musuh. Dia mengenakan baju perisai yang mempunyai ketebalan yang tinggi di bahagian badan. Kaki dan tangannya dilindungi oleh kain perisai yang lebih nipis untuk memudahkan pergerakan.

Perwatakan[]

"Mudah."
— Slogan kata Sai

Sai, seperti adik perempuannya, merupakan seorang yang serius dan efisien dalam sesuatu tindakan. Sai juga seorang yang optimis, kerana dia sentiasa menunjukkan semangat tidak mahu ditewaskan di dalam setiap pertarungan. Sai juga gemar menyebut perkataan "mudah" sebagai slogan katanya. Tetapi dia juga sangat degil, apabila dia tidak mengalah daripada bertarung dengan BoBoiBoy Api. Dia selalu berlatih dengan BoBoiBoy dan yang lain ketika berada di Stesen Angkasa TAPOPS.

Trivia[]

  • Nama Sai diambil dari perkataan perisai, yang merupakan senjata utamanya.
  • Walaupun kadangkala Sai dan Shielda perlu bersaing antara satu sama lain dengan BoBoiBoy dan rakan-rakannya ketika latihan kental, tetapi lazimnya mereka saling berkawan antara satu sama lain. Sai dan Shielda juga sentiasa memberikan tips yang berguna kepada mereka[1].
  • Di Stesen Angkasa TAPOPS, Sai tinggal sebilik dengan Fang[2].
  • Makanan kegemaran Sai ialah mi goreng manakala minuman kegemarannya ialah kopi susu ais.
  • Jenis lagu kegemaran Sai ialah rock.
  • Warna kegemaran Sai ialah hijau, sama seperti adik kembarnya.
  • BoBoiBoy pernah belanja Sai minuman Ais Koko Special Tok Aba, dan menurutnya ia adalah benda paling sedap yang pernah dia rasa.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Sai

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

BoBoiBoy Galaxy
Lain-lain
BoBoiBoy Movie 2
Lain-lain

Rujukan[]

Advertisement