BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Sahabat Cilik SPRM merupakan sedut-sedutan video ringkas yang dimuat naik di akaun rasmi YouTube dalam saluran Monsta yang membintangi Kapten MACC dan BoBoiBoy.

Senarai episod[]

Video Tajuk Tarikh dimuat naik Plot
Jangan Salah Pilih! 16 Mei 2018 Ketika penonton tiba di Stesen Angkasa TAPOPS, Koko Ci, BoBoiBoy dan Kapten MACC berterima kasih kepada penonton untuk tiba di stesen. Lalu, BoBoiBoy dan Koko Ci pergi untuk menjalankan misi untuk meninggalkan penonton dan kapten yang menjaga stesen angkasa. Namun, tiba kapal lanun angkasa yang akan menyerang stesen angkasa. Kapten MACC mencadangkan penonton untuk menyediakan medan kuasa, tetapi Bago Go mengganggunya untuk menyuruhnya membeli medan kuasa miliknya.

Medan Kuasa A: Kerana penonton memilih medan kuasa TAPOPS, ini membuat Bago Go jadi kecewa dan mengaktifkan medan kuasa TAPOPS. Kerana medan kuasa TAPOPS yang kukuh dan kuat, lanun angkasa menyerangnya sehingga tidak dapat menghancurkannya. Kapten MACC berterima kasih kepada penonton untuk memilih medan kuasa yang lebih kuat sehingga BoBoiBoy dan Koko Ci tiba kembali ke stesen angkasa untuk berterima kasih kepada penonton.

Medan Kuasa B: Kerana penonton memilih medan kuasa Bago Go, Bago Go berterima kasih kepadanya dengan senyum jahat, tetapi kembali ke ekspresi biasa dan meninggalkan mereka. Kerana medan kuasa Bago Go yang mudah dihancurkan dan lemah, lanun angkasa menyerangnya sehingga dapat menghancurkannya. Kapten MACC menegurnya kerana memilih medan kuasa yang lemah dan melarikan diri.

Patuhi Undang-undang! 16 Mei 2018 Di lokasi yang tidak diketahui di angkasa lepas, BoBoiBoy sedang mengendarai motornya, tetapi dilepasi oleh Adu Du dan Probe yang mengejeknya lembab. Tetapi kerana Adu Du dan Probe mempercepatkannya, mereka dapat melanggar peraturan lalu lintas dengan melebihi had laju. Tetapi, robot polis tiba untuk menghentikan Adu Du dan Probe yang melebihi had laju. Adu Du ingin meminta maaf, tetapi Probe mencadangkannya untuk memberikan wang kepadanya.

Terima Saman!: Adu Du meminta maaf kepada robot polis atas perbuatannya, tetapi dimaafkan dan menerima saman. Namun, tiba batu besar yang datang ke hadapan Adu Du dan Probe dan didedahkan menjadi penyamaran Kapten MACC yang berterima kasih kepada mereka kerana melakukan keputusan yang bijak.

Beri Rasuah Kepada Robot Polis: Adu Du hampir memberikan wang kepada robot polis, tetapi tiba batu besar yang datang ke hadapan Adu Du dan Probe dan didedahkan menjadi penyamaran Kapten MACC yang menegur mereka kerana memberikan rasuah kepada robot polis. Disebabkan oleh itu, Adu Du dan Probe ditahan dalam penjara dan Adu Du menyalahkan Probe atas perbuatannya.

Sentiasa Berlaku Adil! 16 Mei 2018 Di padang Sekolah Rendah Pulau Rintis, Papa Zola dan Kapten MACC akan mengadakan ujian pertandingan bola sepak. Sebelum pertandingan bermula, Gopal mencadangkan Ezra untuk memasukkan mereka sebagai satu pasukan dan menggunakan kuasa mereka sebagai superhero, tetapi seorang remaja lelaki membantah bahawa ia tidak adil.

Bahagikan Pasukan Sama Rata: Selepas pertandingan bermula, BoBoiBoy dan kawan-kawan akhirnya memenangi pertandingan bola sepak dengan cara yang sama rata. Kemudian, Papa Zola dan Kapten MACC mengucapkan tahniah kepada BoBoiBoy dan kawan-kawan kerana bermain dengan bahagikan pasukan yang sama rata.

Kesemua Superhero Dalam Satu Pasukan: Selepas pertandingan bermula, BoBoiBoy dan kawan-kawan menggunakan kuasa mereka untuk memenangi pertandingan bola sepak. Tetapi, Papa Zola dan Kapten MACC menghukum mereka dengan berlari keliling padang kerana tidak berlaku adil.

Video[]

Advertisement