BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Rumah Berhantu merupakan sebuah rumah terbiar yang tidak berpenghuni yang terletak di kawasan di Pulau Rintis. Walau bagaimanapun, ia telah didedahkan bahawa rumah ini adalah rumah latihan yang disewa oleh Fang selepas dia berpindah ke Pulau Rintis.

Sejarah

BoBoiBoy

Musim 2, Episod 1

Ketika dalam perjalananan BoBoiBoy untuk pulang ke rumah melalui jalan dekat dengan rumah ini. Apabila mendekati rumah itu, BoBoiBoy terdengar ngauman dari dalam rumah, lalu melangkah masuk melalui pintu pagar. BoBoiBoy mengesan bunyi itu datang dari semak lalu melemparkan Keris Petir ke arah semak itu, namun tidak menjumpai apa-apa selepas dia berlari ke arah semak itu. Pada masa yang sama, BoBoiBoy sedang diperhatikan dari dalam halaman rumah.

Musim 2, Episod 2

Pakcik Kumar telah menceritakan sejarah tentang rumah ini kepada BoBoiBoy, Tok Aba dan Pakcik Mat/Burgerriak. Menurut ceritanya, "rumah ini didiami oleh satu keluarga pada suatu ketika dahulu. Pada enam bulan pertama, mereka hidup bahagia. Tetapi, pada bulan ketujuh..." Walau bagaimanapun, cerita penuhnya tidak ditunjukkan dalam siri.

Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 3)

Pada waktu malam, Fang menghubungi seseorang sambil melihat melihat pancaran hologram kapal angkasa di dalam sebuah bilik. Selepas menerima mesej, Fang berkata bahawa dia akan bersiap sedia.

Lokasi

Rumah ini terletak berdekatan dengan Sekolah Rendah Pulau Rintis yang telah ditinggalkan bertahun lamanya, menurut Pakcik Kumar dalam Musim 2, Episod 2.

Trivia

  • Ia adalah tidak mustahil yang Fang terus menyewa dan tinggal di rumah ini selepas dia tiba di Pulau Rintis. Semenjak dia mempraktis Kuasa Bayangnya di situ, dia turut menakutkan penduduk Pulau Rintis yang melalui kawasan situ. Dia juga didedahkan telahpun berada di dalam rumah itu sebelum ketibaan BoBoiBoy, Gopal, Adu Du dan Probe di dalam rumah itu dan bertengkar di luar sebuah bilik.
Advertisement