BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

RompakBot merupakan sebuah Power Sphera kembar dengan CetakBot milik Gijimo. Ia mampu menghasilkan Power Sphera palsu apabila mendapat maklumat daripada CetakBot.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

Dalam Pencetak Rompak, kedua-dua Power Sphera CetakBot dan RompakBot diseru oleh Gijimo setelah kesemua Power Sphera tiruan yang sedia ada telah dikalahkan oleh BoBoiBoy, Gopal dan Fang. Lalu kedua-dua CetakBot dan RompakBot menjalankan tugas masing-masing setelah mendapat arahan dari Gijimo untuk mencetak rompak BoBoiBoy. CetakBot mulanya mengimbas BoBoiBoy untuk mendapatkan maklumat tentang kuasa elementalnya lalu menghantar maklumat tersebut kepada RompakBot. Berbelas-belas bebola kuning dikeluarkan dari mulut RompakBot, di mana lahirnya BoBoiBoy versi cetak rompak. Setiap kali sekumpulan robot tiruan itu dikalahkan, RompakBot terus mengeluarkan kumpulan-kumpulan yang baru dan mereka mula terperangkap di belakang.

Lalu Fang berpendapat bahawa mereka perlu menghentikan kedua-dua CetakBot dan RompakBot, maka mereka menjalankan satu rancangan yang rapi sehingga semua robot tiruan bersama-sama dengan CetakBot, RompakBot dan Gijimo berjaya ditumpaskan oleh ketiga-tiga wira itu. Setelah kekalahan mereka, mereka telah dibawa ke Stesen Angkasa TAPOPS.

Dalam kredit akhir Sinaran Penamat, CetakBot dan RompakBot telah diletakkan di bilik sementara Power Sphera beserta dengan Power-Power Sphera lain dan berada dalam mod tidak aktif.

Kuasa dan Kebolehan[]

  • Penghasilan Cetak Rompak: RompakBot berkebolehan untuk menghasilkan benda-benda palsu dalam beberapa saat selepas mendapat maklumat sasaran daripada CetakBot. Penghasilan versi cetak rompak ini adalah tidak terhad.
    • Power Sphera Cetak Rompak: RompakBot menghasilkan berbagai Power Sphera versi cetak rompak berdasarkan imbasan dari Power Sphera sebenar.
      • GigiBot Cetak Rompak: Versi cetak rompak dari GigiBot. Dia memiliki kebolehan untuk menggigit dengan gigi palsunya.
      • ApiBot Cetak Rompak: Versi cetak rompak dari ApiBot. Dia memiliki kebolehan untuk menembak bebola api dari mulutnya dan menyelimuti dirinya sendiri dengan bebola api besar.
      • Power Sphera Berlian Cetak Rompak: Versi cetak rompak dari sebuah Power Sphera yang mempunyai kuasa berlian. Dia memiliki kebolehan untuk menembak berlian dari mulutnya.
    • BoBoiBoy Cetak Rompak: Selain dari Power Sphera, RompakBot juga boleh menghasilkan versi cetak rompak dari makhluk hidup seperti BoBoiBoy.
      • BoBoiBoy Petir Cetak Rompak: Versi cetak rompak dari BoBoiBoy Petir.
      • BoBoiBoy Angin Cetak Rompak: Versi cetak rompak dari BoBoiBoy Angin.
      • BoBoiBoy Tanah Cetak Rompak: Versi cetak rompak dari BoBoiBoy Tanah.
      • BoBoiBoy Api Cetak Rompak: Versi cetak rompak dari BoBoiBoy Api. Dia memiliki kebolehan untuk menumbuk berapi daripada tangannya sendiri.
      • BoBoiBoy Daun Cetak Rompak: Versi cetak rompak dari BoBoiBoy Daun.

Rupa[]

RompakBot mempunyai saiz tubuh yang sama besarnya dengan Klamkabot, tetapi dengan bentuk sfera. Besi tubuhnya berwarna kuning, sementara matanya berwarna hijau. Di atas kepalanya, terdapat beberapa duri hijau dan "bekas jahitan" di dahinya. RompakBot mempunyai mulut berbentuk bulat yang besar, yang mana memberikan kelebihan kepadanya untuk menghasilkan benda-benda palsu. Kesemua kakinya pula mempunyai bentuk yang sama seperti mesin bergerak. Bahagian-bahagian besi tubuhnya menunjukkan bahawa RompakBot mungkin dicipta menggunakan barang pelupusan atau besi terpakai yang terdapat di Planet Junkberg.

Perwatakan[]

RompakBot ditunjukkan sentiasa mematuhi arahan dan setia kepada Gijimo sehingga ia diselamatkan oleh pasukan TAPOPS.

Trivia[]

  • Nama RompakBot diambil dari frasa "cetak rompak", sesuai dengan kebolehannya untuk menghasilkan apa sahaja barangan cetak rompak.
  • RompakBot berkongsi pelakon suara yang sama dengan CetakBot.
  • Menurut maklumat Ochobot, kedua-dua CetakBot dan RompakBot dibuat (atau mungkin dicipta) di Planet Junkberg.
  • Kedua-dua CetakBot dan RompakBot memiliki saiz yang besar seperti Klamkabot yang muncul dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Walaupun dalam datanya terdapat elemen air milik BoBoiBoy, namun RompakBot tidak menghasilkan BoBoiBoy Air cetak rompak dan hanya menghasilkan BoBoiBoy asal, Petir, Angin, Tanah, Api dan Daun cetak rompak sahaja.
  • BoBoiBoy cetak rompak merupakan robot pengklonan kedua yang berdasarkan BoBoiBoy. Robot yang pertama ialah BoBoiBot dalam siri BoBoiBoy. Tidak seperti BoBoiBot, mereka tidak pernah bersuara dalam siri BoBoiBoy Galaxy.

Galeri[]

Konsep seni[]

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Advertisement