BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Roktaroka merupakan seekor raksasa batu api yang menghuni di Planet Volkania, iaitu sebuah planet yang panas, aman dan damai. Dia meninggalkan rumahnya di kaki gunung berapi dan pergi ke Planet Bumi untuk mencari BoBoiBoy yang tidak sengaja menghancurkan rumahnya semasa sedang menjalani misi TAPOPS.

Sejarah

BoBoiBoy Galaxy

Roktaroka muncul dalam Gelora BoBoiBoy Air. Dia menjelma sebagai batu asteroid berapi yang menjunam di angkasa dan melanggar kapal angkasa Adu Du. Kemudian, dia mengikuti kapal angkasa Adu Du ke Bumi lalu kedatangannya dialu-alukan oleh Adu Du dan Probe. Roktaroka membangkitkan dirinya lalu memperkenalkan dirinya kepada semua wira. Setelah itu, Roktaroka berteriak bertanya kepada mereka di manakah budak jahat yang dicari-carinya maka Adu Du pantas menudingkan jarinya ke arah BoBoiBoy. Roktaroka kira-kira ingin mengamuk dan berjalan ke arah BoBoiBoy, namun Yaya menghentikannya dan menyuruhnya untuk menceritakan apa yang menjadi penyebab terhadap kemarahannya. Lalu Adu Du cuba menghentikannya daripada menceritakan, tetapi Roktaroka pantas menerima cadangan Yaya.

Diceritakan oleh Roktaroka, dia berasal dari Planet Volkania iaitu planet yang panas tetapi aman dan damai. Dia awalnya berasa bahagia sewaktu tinggal di kaki gunung berapi. Pada suatu hari, Roktaroka keluar dari rumahnya seketika untuk pergi ke pasar. Setelah dia pulang semula, Roktaroka dapat melihat gunung berapi yang sedang meletus sehingga menghancurkan rumahnya. Roktaroka kemudian mengalirkan air mata jingga lalu Adu Du sengaja bertanya siapakah penyebab gunung berapi itu meletus. Lalu Roktaroka berkata yang dia tidak pasti tetapi ketika itu dia dapat melihat seorang budak bertopi aneh semasa terjadinya letusan itu. Lalu Roktaroka pun menaruh dendam padanya dan yakin bahawa dialah yang akan bertanggungjawab untuk semuanya. Semenjak kejadian itu juga, Roktaroka pun pergi mengembara satu galaksi untuk mencari budak itu, yang rupanya ialah BoBoiBoy.

Roktaroka turut bersyukur kerana bertemu dengan Adu Du dan Probe yang membantunya mencari BoBoiBoy. Tetapi kemudian, Roktaroka berasa aneh setelah melihat BoBoiBoy yang memakai topi ke belakang kerana budak penjenayah itu memakai topi ke hadapan. Gopal pun terus memusingkan topi BoBoiBoy ke hadapan, lantas membuatkan Roktaroka marah dan mengamuk melihat BoBoiBoy. Roktaroka mengenakan tumbukan berapi ke arah BoBoiBoy Tanah yang sempat bertukar dan melindungi diri, namun Tanah Pelindungnya dihancurkan oleh Roktaroka dengan mudah. BoBoiBoy bertukar menjadi biasa semula sementara Roktaroka berpuas hati melihat BoBoiBoy. Yaya dan Ying cuba menyerang balas tetapi sebaliknya kulit mereka terus menjadi panas. Gopal turut menembak dengan kuasanya tetap langsung tiada kesan maka Roktaroka bertindak menyerang Gopal.

BoBoiBoy terus menghentikan Roktaroka lalu berpecah kepada tiga. BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Daun dan BoBoiBoy Angin masing-masing menyerangnya namun semua serangan dipatahkan dengan mudah. Roktaroka mula hairan kerana BoBoiBoy yang menghancurkan rumahnya, namun dia melihat semua serangan BoBoiBoy hambar saja. BoBoiBoy menjadi marah lalu bertukar menjadi BoBoiBoy Api dan melepaskan serangan api ke arahnya. Ia juga tidak meninggalkan kesan dan kemudian Gopal mengambil kesempatan untuk menyimbah sebaldi air ke Roktaroka. Roktaroka bertambah marah, bagaimanapun Yaya memberitahu yang BoBoiBoy tidak berniat dan juga tidak sengaja menghancurkan rumahnya. Roktaroka tetap dengan dendamnya lalu mengikut Adu Du dan Probe ke rumah Tok Aba untuk teruskan membalas dendam. Apapun, dia sempat dihalang oleh Yaya, Ying dan Gopal. Selepas pertempuran mereka, akhirnya BoBoiBoy meminta maaf kepadanya dan mereka berbaik semula.

Kuasa

  • Tumbukan Lava: Roktaroka melepaskan tumbukan yang berapi ke arah sasarannya.
  • Ludahan Lava: Roktaroka meludah batu-batu kecil yang berapi dari mulutnya.
  • Tendangan Berapi: Roktaroka mengumpulkan api di kakinya lalu menendang sasarannya yang membuatkannya berasa sakit dan panas. Ia hampir sama dengan kuasa BoBoiBoy Api yang digunakan dalam Pertarungan Hangat.
  • Hentakan Lava: Roktaroka mengumpulkan kuasa api yang membara di tangannya untuk menghentak sasarannya.
  • Letupan Lava: Roktaroka memasukkan kedua-dua tangannya yang berapi ke dalam jalan raya untuk mengeluarkan api darinya.
  • Batu Api Berguling: Roktaroka menggulingkan dirinya menjadi bebola batu yang berapi ke arah sasarannya.

Rupa

Rupa Roktaroka diinspirasikan daripada suasana Planet Volkania itu sendiri, iaitu batu dan lava gunung berapi. Seluruh badannya terdiri daripada batu dengan aliran lava kecil, kecuali di mukanya. Mukanya tidak mempunyai batu kecuali di hidung. Air matanya ialah lava.

Perwatakan

Roktaroka merupakan seorang raksasa dari gabungan batu dan lava yang memiliki sifat panas baran dan keganasan. Walaupun begitu, dia pun juga memiliki sifat kekok dan kekanak-kanakan. Setelah peristiwa dimana rumahnya dihancurkan oleh BoBoiBoy Api, dia menaruh dendam terhadap BoBoiBoy Api, maka dia berhasrat untuk menghapuskan BoBoiBoy Api dan juga menghancurkan rumah Tok Aba. Tetapi Roktaroka akhirnya insaf setelah BoBoiBoy Air membelasahnya dengan teruk.

Trivia

  • Roktaroka merupakan watak kedua yang boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris, watak yang pertama ialah Koko Jumbo dalam siri BoBoiBoy.
  • Sebab rumahnya dihancurkan secara tidak sengaja oleh BoBoiBoy disebabkan perubahan BoBoiBoy kepada BoBoiBoy Api menyebabkan gunung berapi meletus dalam peristiwa Pertarungan Hangat.
  • Roktaroka merupakan watak kedua yang kelemahannya adalah air selepas BoBoiBot.
  • Sebenarnya Roktaroka bukan dibantu, tetapi telah dipergunakan oleh Adu Du dan Probe dan menghasutnya untuk memusnahkan BoBoiBoy.
  • Roktaroka mempunyai beberapa persamaan dengan Koko Jumbo:
    • Kedua-dua mereka memiliki sifat kemarahan dan keganasan.
    • Kedua-dua mereka bertanggungjawab untuk menghancurkan Pulau Rintis. Roktaroka menghancurkan kejiranan manakala Koko Jumbo menghancurkan bandar.
    • Kedua-dua mereka ditanyakan apa masalah mereka, iaitu Yaya kepada Roktaroka dan Adu Du kepada Koko Jumbo.
    • Kedua-dua mereka berhasrat untuk membalas dendam kepada seseorang, iaitu BoBoiBoy kepada Roktaroka kerana rumahnya dihancurkan oleh BoBoiBoy Api manakala Adu Du kepada Koko Jumbo kerana dia dibuang oleh bekas tuannya sendiri untuk menjadi alien yang baik dan berguna.
    • Kedua-dua mereka boleh berbahasa Inggeris selain Bahasa Melayu.
    • Kedua-dua mereka memiliki kelemahan. Disebabkan badan Roktaroka berasal dari api dan lava, jadi kelemahannya air kerana api dimusnahkan oleh air manakala Koko Jumbo mudah diperdaya oleh penyamaran seperti dia ditipu oleh Gopal dan Adu Du yang menyamar menjadi pelancong untuk mengambil gambarnya dan membuatnya mundur belakang supaya dia jatuh ke gaung.
    • Kedua-dua mereka mengkhianati bos dan rakan iaitu Adu Du.
    • Kedua-dua mereka akhirnya insaf selepas dikalahkan oleh BoBoiBoy Air dan Mega Probe.

Galeri

Gambar promosi

Cekupan skrin

BoBoiBoy Galaxy Card

Konsep seni

Advertisement