BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Robot Pemusnah Mukalakus ialah sebuah robot pemusnah yang diberikan oleh Bago Go secara percuma kepada Adu Du.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Musim 1, Episod 12[]

Adu Du pengsan selepas mendengar harga senjata yang ingin dibelinya daripada Bago Go, jadi Probe menjual Kapal Sampah A80 itu kepada Bago Go. Selepas Adu Du tersedar dari pengsan dan mendapat tahu kapal angkasanya telah dijual, dia memarahi Probe kerana dia hanya membeli Sudip Elektrik, namun disebabkan oleh itu, Bago Go telah memberikan Mukalakus sebagai hadiah kepadanya.

Musim 1, Episod 13[]

Apabila Adu Du mendapat tahu tentang Robot Pemusnah Mukalakus itu, dia menggunakannya untuk mengalahkan BoBoiBoy dan kawan-kawannya. BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan cuba untuk memusnahkannya dan hampir berjaya mengalahkannya. Walau bagaimanapun, Adu Du menculik Ochobot dan menggunakannya sebagai sumber kuasa, yang menjadikan Mukalakus lebih kuat. Dia dengan mudah mengalahkan BoBoiBoy Tanah dan kemudian BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan, membuatkan mereka berubah semula menjadi BoBoiBoy Petir dan BoBoiBoy Angin dan mereka terus digenggam oleh Mukalakus. Melihatnya, BoBoiBoy Tanah mula memaksa dirinya untuk mengumpulkan tenaga dan kemudian berubah menjadi BoBoiBoy Gempa. Bersama-sama dengan BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan, mereka mengalahkan Mukalakus dan menyelamatkan Ochobot.

Musim 2, Episod 12[]

Dalam mimpi Adu Du, dia dilihat sedang membaiki robot Mukalakus untuk cuba mengalahkan BoBoiBoy sekali lagi, tetapi disebabkan oleh PETAI membunuh Probe, Adu Du telah mengubah fikirannya untuk menggunakan Mukalakus untuk mengalahkan Ejo Jo demi membalas dendam atas kematian Probe.

BoBoiBoy vs Ejo Jo Bahagian 1[]

Adu Du menggunakan Mukalakus untuk mengalahkan Ejo Jo dan menyelamatkan BoBoiBoy dan kawan-kawan sekelasnya.

Senjata dan Kuasa[]

  • Tembakan Mukalakus: Serangan asas bagi Mukalakus dengan melepaskan satu tembakan ke arah musuh.
  • Tumbukan Keras Mukalakus: Mukalakus mengenakan serangan tumbukan padu untuk menyerang musuhnya. Tumbukan ini 40% lebih kuat dari tumbukan Yaya.
  • Pedang Laser Merah: Merupakan senjata bagi Mukalakus yang berbentuk pedang merah.
  • Kuasa Laser Maksima: Menyerang musuh dengan laser yang dihasilkan pada tangan Mukalakus dari jarak yang dekat.
  • Tiga Laser Maksima: Kuasa terkuat untuk Robot Pemusnah Mukalakus milik Adu Du yang menggabungkan Tembakan Laser Pemusnah daripada dahinya dan Kuasa Laser Maksima daripada tangan untuk menghasilkan tembakan laser yang kuat.
  • Tembakan Laser Pemusnah/Laser Pemusnah: Mukalakus menyerang musuhnya dengan laser yang kuat yang terletak di dahinya, impaknya boleh memusnahkan satu kawasan dengan mudah.

Trivia[]

  • Bago Go memberikan robot ini kepada Adu Du secara percuma disebabkan robot ini sudah kehabisan tenaga dan pada masa yang sama, dia juga memerlukan ruang dalam stor untuk meletakkan senjata-senjata baru.
  • Apabila Mukalakus ingin melepaskan tembakan, ia mengeluarkan bunyi seperti sedang menghidupkan enjin.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Robot Pemusnah Mukalakus

Kemunculan[]

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Musim 1[]

Musim 2[]

Musim 3[]

Advertisement