BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Robot Pango merupakan sebuah robot yang dibeli oleh Adu Du daripada Bago Go dan kemudiannya menghadiahkannya kepada Tiga Rob setelah menolong mereka melepaskan diri dari penjara. Bersama dengan Raksasa Bawang, mereka merupakan ahli Kumpulan Gerombolan Kejahatan.

Sejarah

BoBoiBoy

Robot Pango muncul pertama kalinya dalam Adu Du Kembali Jahat apabila dia menggegarkan kawasan luar bangunan Sekolah Rendah Pulau Rintis dalam bentuk bola. Robot Pango mendedahkan dirinya dengan menjelma dalam bentuk robot tenggiling, menunjukkan ia telah mencuri dan merompak hasil tabung derma, duit kantin dan yuran Kelab Matematik. Robot Pango kemudian meneruskan jenayahnya dengan mencuri harta dan kemudahan di sekolah, iaitu telefon awam, pagar sekolah, juga tayar kereta Papa Zola dan seterusnya tiang bola keranjang serta gawang bola sepak. Ia akhirnya dihentikan oleh BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan di akhir episod.

Dalam Musim 3, Episod 14, Robot Pango berlawan dengan Halilintar dan Taufan. Kesemua serangan mereka tidak berkesan pada Robot Pango, lalu Pango terus berlawan dengan mereka sehingga dapat membalas dendam ke atas BoBoiBoy. Adu Du kemudian muncul dari kelas dan kedua-dua Adu Du dan Robot Pango berlakon berlawan antara satu sama lain sehingga Adu Du berlakon mengaku kekalahan. Tiga Rob melancarkan fasa kedua apabila musuh mereka semakin ramai, di mana Raksasa Bawang muncul dan menggunakan gas pemedih mata pada mereka. Namun pada akhirnya, Robot Pango ditewaskan oleh serangan kombo BoBoiBoy bertiga sehingga perisainya mencapai hadnya, dipatahkan dan badannya hancur berkecai. Tiga Rob juga meraung kepedihan akibat gas Raksasa Bawang yang dijatuhkan oleh Yaya ke atas Robot Pango.

Robot Pango kembali dalam Bahagia Bersama BoBoiBot di mana Kokomander Koko menyuruh mereka untuk mencuri dan merompak semua burger daripada seluruh gerai burger di Pulau Rintis termasuk kedai Pakcik Mat. Mereka dikejar oleh pihak polis sebelum BoBoiBoy muncul dan turut mengejar mereka. Mereka panik dan Roberto menyuruh mereka untuk menggunakan kuasa kelajuan maksima, lalu Robert mengingatkannya bahawa enjin Robot Pango sudah tidak stabil selepas dibelasah oleh BoBoiBoy dalam perlawanan tempoh hari dan boleh menyebabkan robot itu meletup. Roberto tidak peduli lalu terus menggulingkan Robot Pango kepada kelajuan maksima.

Mereka berjaya bersembunyi dari BoBoiBoy, tetapi tidak dari pihak polis yang terlihat mereka lalu terus mengejar mereka. Robot Pango terus berguling di hujung lorong kawasan perumahan sehingga terlihat Kokomander Koko iaitu Adu Du yang cuba menghalang mereka, mendapati dia hanya sering mempergunakan mereka dan memutuskan untuk melenyekkannya. Tindakan mereka gagal apabila BoBoiBot muncul dan bertukar menjadi BoBoiBot Api lalu menyerang Robot Pango, menyebabkan Tiga Rob tercampak keluar dari Robot Pango dan mereka digulingkan ke dalam trak polis. Tidak diketahui apa yang berlaku kepada Robot Pango pada masa kini, ia mungkin dimusnahkan atau disita dari pihak polis.

Kuasa dan Kebolehan

  • Bola Perisai: Robot Pango menghasilkan perisai sekeras berlian bagi mempertahankan dirinya.
  • Putaran Tenggiling Guling: Putaran kencang dalam bentuk bola untuk menepis serangan lawan.
  • Serangan Lidah/Serangan Lidah Pango: Lidah panjang yang dikeluarkan dari mulutnya untuk mencengkam musuhnya.
  • Lilitan Lidah: Sedikit berbeza daripada Serangan Lidah. Lilitan Lidah digunakan untuk melilit musuh dan kemudian menghempasnya ke sana dan ke sini.
  • Gulingan Penggelek: Mengguling seperti bola untuk menyerang musuh atau menepis serangan serta memenyekkan lawan yang berada di laluannya.

Rupa

Robot Pango mempunyai rupa yang hampir sama dengan tenggiling gergasi yang mengenakan badan berwarna merah dengan gabungan besi berwarna perak dan emas yang menghiasi badan Robot Pango. Iris matanya pula berwarna merah terang.

Galeri

Kategori utama: Gambar Robot Pango

Video

Advertisement